islam itu syumul maka jadikan yang syumul itu carahidup yang sebenar-benarnya dan marilah kita berpesan pesan untuk menuju matlamat akhir kehidupan kita iaitu mendapatkan keredaan ilahi menerusi carahidup(addin) yang dilingkari olih panduan islam . semuga usaha yang kecil ini mendapat keberkatan ilahi- amin
'dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang orang yang beruntung - ali imran(ayat 104)'
"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan pesan dengan yang haq(benar) dan berpesan pesan dengan kesabaran"-(surah alashr)
"sampaikan walaupun satu ayat" maksud hadis
"hendaklah kamu menjadi orang2 Rabbaniyyin(yang hanya mengabdikan diri kepada Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah dan kerana kamu selalu mempelajarinya".(Al-Imran:79)
Apr 17, 2008
Apr 7, 2008
Sukaneka PASTI adikku..
Cara Berpakaian Wanita Islam Diluar Rumah.

Sabda Rasulullah saw: “ perempuan itu aurat,maka apabila ia keluar,mendongaklah syaitan memandang akan dia.” –Riwayat Ahmad,Thabrani & Hakim.
Cara Berpakaian Wanita Islam Diluar Rumah.
1) Menutup aurat mengikut syarak. Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2) Warna pakaian hendaklah suram @ gelap.
3) Pakaian mestilah tidak nipis @ jarang yang boleh menampakkan susuk badan pemakai.
4) Jangan terlalu ketat atau sempit.
5) Tidak dikenakan dengan bau-bauan.
6) Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7) Niat memakai pakaian bukanlah untuk bermegah-megah,menunjuk dan berhias.
8) Tidak menyerupai pakaian orang kafir musyrik.
~keanggunan seorang wanita bukan semata-mata terletak pada kecantikan wajah dan tubuhnya, tetapi ianya bersandar kepada kemurnian akhlak dan imannya.~
“ Ke Arah Jailul Islam ”