Oct 29, 2008

Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Ketahuilah bahawasanya amar ma’ruf ( menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi munkar( mencegah melakukan kejahatan) adalah puncak tertinggi dalam agama. Ia merupakan suatu soal yang amat penting sekali kerana tujuan utama Allah mengutuskan para nabi sekaliannya adalah untuk melakukan amar ma’ruf nahi munkar. Andaikata tugas itu dilengahkan dan segala jentera amar ma’ruf nahi munkar itu dicuaikan,samada dalam ilmu pengetahuan dan amalan,tentulah kesesatan bermaharaja lela dan kejahilan terus akan melanda setiap orang, dan ketika itu negara akan mejadi rosak binasa manakala rakyatnya menjadi kacau bilau.

Tugas menjalankan amal ma’ruf nahi munkar menjadi wajib sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Imran:104

  •             
104. dan wajiblah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya(bahagia).

Ayat tersebut jelas sekali menunjukkan hukum amar ma’ruf dan nahi munkar adalah wajib yakni melalui perkataan “” yang bermaksud wajiblah ada merupakan suatu perintah kerana ia datang dalam sighah fi’il amar. Seperti mana yang kita ketahui,perintah itu menunjukkan kewajipan kepada perkara yang disuruh. kemudian dalam ayat itu diterangkan pula perkataan Berjaya atau bahagia, yang mana pencapaian tingkat itu bergantung dengan melakukan perintah yang wajib tadi. Perhatikanlah firmanNya:    yang maksudnya mereka itulah orang2 yang Berjaya. Ternyatalah bahawasanya tugas itu merupakan fardhu kifayah,bukanlah fardhu ain,yang mana bila sesuatu umat atau golongan menjalankan perintah atau tugas itu,maka gugurlah kefardhuannya keatas manusia yang lain.

Firman Allah:

              •         •    
71. dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Berdasarkan ayat ini, Allah taala telah mensifatkan orang2 yang beriman itu sebagai orang2 yang menyuruh mengerjakan kebaikan, maka sesiapa yang meninggalkan tugas menyuruh membuat yang baik, terkeluarlah ia daripada golongan yang disifatkan oleh Allah dalam ayat tersebut sebagai orang yang beriman.

Namun begitu,timbul pula persoalan disini, dimana sebahagian daripada kita mempersoalkan bagaimana kita nak melakukan amar ma’ruf nahi munkar sedangkan kita sendiri pun banyak melakukan kesilapan.?

Sabda Nabi saw:
Daripada Hazrat Anas r.a beliau meriwayatkan bahawa kami berkata:
“ wahai Rasulullah,adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan2 yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya? Maka baginda berkata: “bukan begitu, serulah kepada amalan2 yang baik walaupun kamu belum beramal dengan semuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya.”

Jesteru itu sahabat2,marilah sama2 kita melakukan amar ma’uf nahi munkar kerana kita adalah sebaik2 umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia sebagaimana firman Allah didalam surah al-Imran yang bermaksud:

“kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”

Wallahu’alam.

Oct 14, 2008

lagu best!

Baru-baru ni saya sajer-sajerlah search tentang Majlis Syura Muslimun(MSM) di mana ianya merupakan sebuah organisation pelajar melayu di UK..Then saya pergi ke youtube.. inilah hasil yang saya dapat.. sebuah lagu yang cukup mempunyai makna mendalam bagi saya.. cubalah dengar bait-bait liriknya.. bagus!!!




wallahu'alam

Oct 7, 2008

Eidukum mubarak

May all of us have a blessed end of Ramadhan,
Joyful eid n wonderful year ahead.
Minal 'aidin wal faaizin wal maqbuliin.
Kullu 'am wa antum bikhair..
Asifah jiddan 'ala kulli hal..

seperti biasa,kami semua berkumpul di rumah tok pada pagi raya dan saling bermaaf-mafan di hari lebaran..

menziarahi pusara tokwan.. smg beliau berada dikalangan para solihin..Ameen ya Rabb.

ziarah menziarahi amalan mulia..















  • beraya di umah pakngah dan tokcik..
seperti biasa,sepupu-sepupuku yg kecil sibuk beraya dari rumah ke rumah untuk mengutip duit raya.. huh,teringat zaman kanak-kanakku dulu.. sonok bangat dapat duit raya.. bila dh besar macam skrg, ingatkan tak akan dapat duit raya dah,rupa-rupanya lagi banyak duit raya yang diperolehi berbanding zaman kanak2 dulu.. hihi,rezeki,jangan ditolak! ketepikan malu-malu kucing tu..=)














  • kanak-kanak riang..
kebiasaannya pada sebelah petang di kampung sebelah mamaku, kanak2 akan pergi ke kubur untuk mendapatkan duit raya daripada masjid.. sekarang saya hanya boleh tengok dari jauh je la. takper,kita bagi peluang kepada generasi seterusnya pula..huhu,padahal dalam hati nak juga beratur bersama budak2 tu..kih2
sempat lagi kami pergi ke pantai merdeka pada sebelah petangnya.. bukan aper,kawan Sumaiyyah yang berbaju merah tu teringain nak melihat laut.. kalau nak tahu,beliau bukanlah seorang muslim. smg beliau akan mendapat hidayah suatu ketika nanti..Ameen!


sekian dulu..