Feb 16, 2009

Ujian Untuk Dirinya

ana terkejut apabila diberitahu tentang identiti salah seorang vokalis nasyid yang telah berubah imejnya daripada seorang sahabat.. mula2 macam tak nak percaya, tapi apabila melihat sendiri, Ya Allah,hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ana.. nak nangis+ terkejut..semuanya bercampur menjadi satu..

sedih bila mengenangkan beliau adalah diantara kumpulan nasyid yang ana minat waktu zaman kanak2 dulu2.. ana rasa kesian sangat pada beliau.. apa yang terfikir di minda ana,bagaimanakah perkara ini berlaku?

adakah disebabkan faktor persekitaran.? masih segar diingatan ana, dulu ketika kakakku nak apply medic luar negara, sepupu babaku yang juga merupakan seorang doktor sudah berpesan awal2.. naimah jgn minta medic luar negara khususnya negara barat.. takut terpengaruh dengan gejala tidak sihat.. ini disebabkan berdasarkan pemerhatian beliau,beliau lihat ada kalangan budak medic drp sek agama yang terkenal dengan sistem pentarbiyyahnya, tergelincir apabila berada disana.. mungkin peratusannya agak kecil,namun,sebelum perkara ini berlaku,better kita cuba elakkannya..baba pula hanya membenarkan kami belajar di negara timur tengah sahaja kalau nak pergi luar negara pun.. biasalah, anak perempuan,susah sikit lah.. xper,mungkin kami boleh belajar di sana apabila dah berumah tangga kot..ish,kena cari suami yang nak sambung study di negara orang putih nih!!..huhu gurau jerk!

anyway,ana doakan semoga beliau akan berubah suatu masa nanti.. ana kesian sangat pada beliau.. ini adalah ujian untuk dirinya.. mohon Allah sentiasa lindungi kita daripada perkara2 yang tidak elok..
apa yang ana harapkan, apabila ana menulis ni,ana tidaklah membuka keaiban dirinya selagi mana ana tidak menyebut nama beliau.. juz sekadar coretan hati ana dan pengajaran buat diri yang lemah ini..

ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة
wallahu'alam bissowab..

No comments: