"hendaklah kamu menjadi orang2 Rabbaniyyin(yang hanya mengabdikan diri kepada Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah dan kerana kamu selalu mempelajarinya".(Al-Imran:79)
Aug 23, 2010
salahkah mendoakan non-muslim???
akhbar yang berpihakkan UMNO mmg suka mempolitikkan keadaan!
kenyataan ustaz zakaria ahmad didalam akhbar sinar harian...
Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"
TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.
Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.
Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.
“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.
"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.
~Allah tau ape yang tbaik~
bertambah pahala ustaz zakaria di bulan Ramadhan ni.. huhu (^_^)
Mar 24, 2010
KEM REMAJA EXCELLENT KINI KEMBALI!!

AYUH SELURUH LEPASAN SPM, STPM, STAM, & MATRIK!!
- Ingin ke Universiti?
- Mahu berkenalan dengan rakan-rakan yang bakal ke IPT?
- Nak jumpa senior-senior IPT?
- Nak buat persediaan yang terbaik sebelum ke IPT?
JOM BERAMAI-RAMAI SERTAI KEM REMAJA EXCELLENT 2010:
1. menyediakan generasi mahasiswa yang benar-benar bersedia dalam menghadapi senario iklim kampus yang sebenar.
2. memberi gambaran umum kepada pelajar-pelajar tentang situasi kehidupan di kampus
3. Menerapkan elemen-elemen kecemerlangan terhadap bakal mahasiswa/I dalam aspek sikap,pemikiran dan tindakan yang betul dalam menguruskan kehidupan sebagai mahasiswa Islam
4. Menanamkan kesedaran kepada bakal mahasiswa/I tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa Islam yang menyumbang kepada pembinaan masyarakat kampus yang sihat
5. Menggunakan pendekatan yang lebih santai dan menarik!!
“Membina Mahasiswa Penggerak Ummah”.
HUBUNGI:
1.EHSAN 013-4028464
2. SAMIHAH 019-4491928
Mar 5, 2010
Mukmin Profesional
mukmin profesional ialah mukmin yg mempunyai 2 ciri unggul:-Anas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "terdapat 4 perkara, satu di antaranya menyangkut hubungan dengan Aku, satu menyangkut hubunganmu dengan hamba-hambaKu, satu untukmu dan satu untuk Aku. Adapun yang untuk Aku ialah bahwasanya engkau menyembah-Ku tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku, sedang yang satu untuk engkau ialah bahwasanya apa yang telah engkau perbuat dari kebaikan Aku akan membalasmu. Adapun yang satu antara Aku dan engkau ialah bahwasanya engkau berdoa dan Aku menerima dan yang antaramu dan hamba-hambaKu ialah bahwasanya engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau relakan bagi dirimu sendiri." (Riwayat Abu Nu'aim)
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud)
jom jadi Mukmin Profesional =)
Feb 9, 2010
Kakakku Naimah dan abg Israq selamat diijabkabulkan~
Dikesempatan ini, sherah ingin mengucapkan:.
" siapa yg lebih cinta, dia akan lebih banyak memberi." erti hidup pada memberi bak kata Ustz Hasrizal..^-^..
dup dap...dup dap.begitulah agaknya perasaan Naimah disaat ingin bertukar status drpd cik kpd puan..ehehe^_6
tersasul x abg israq?
alhamdulillah selamat semuanya~"sebaik-baik isteri adalah yg dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau ( suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dpt menjaga kehormatan dirinya dan hartanya bendamu ketika engkau tiada di rumah." (Riwayat Thabrani drpd Abdullah bin Salam)
~kakakku Naimah dan abang Israq bergambar kenangan bersama ustaz Fawwaz dan isterinya, kak Niah~
adakah mereka berdua cuba utk m'kontrolkan diri ketika makan..?atau makanan dkontrol oleh mereka?huhu
.:bersama sahabat sebatch my sis kot:.
selepas bergelar suami isteri pd majlis graduasi abg Israq..sweetnya..=)
nnt kak Naimah ditinggalkan dimesir apabila abg Israq meneruskan perjuangan di Malaysia.
xper,sygkan isteri tinggal-tinggalkan ek..?huhu..
" kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh krn Allah telah melebihkan sbhagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka( lelaki) yang menafkahkan sebahagian dpd harta mereka." (an-Nisa':34)
si Ibu berkata kpd anaknya.." tang calon isteri kamu suruh mak cari calon yang solehah, cantik, baik budi pekerti, dan sempurna serba-serbi.. tapi tang kamu tu hampeh, serba serbi tak menjadi..!!!
so nak cari soleheh, kita perlulah menjadi soleh dulu..ye x?
~tak sabar menanti majlis yang akan diadakan di malaysia~