Jun 8, 2011

!!! Promosi Ready Stock Skirt Labuh !!!

!!! Promosi Ready Stock Skirt Labuh !!!
CEPAT 2x !!!
berbaki 2 helai sahaja..



RM 62 sahaja termasuk postage~
Normal Price RM 69..



ingin melihat busana yang lain??
~terdapat lebih banyak pilihan dan koleksi menarik di sana~


do visit My Business Blog. =D
http://malabismuslimah.blogspot.com/

or do like My Facebook Page..=)
:: Malabis Muslimah ::


Aug 23, 2010

salahkah mendoakan non-muslim???

salahkah seorg muslim mendoakan saudara kafir yang lain agar diberi hidayah untuk memeluk islam???
akhbar yang berpihakkan UMNO mmg suka mempolitikkan keadaan!

kenyataan ustaz zakaria ahmad didalam akhbar sinar harian...


Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"

TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.

~Allah tau ape yang tbaik~
bertambah pahala ustaz zakaria di bulan Ramadhan ni.. huhu (^_^)

Mar 24, 2010

KEM REMAJA EXCELLENT KINI KEMBALI!!



AYUH SELURUH LEPASAN SPM, STPM, STAM, & MATRIK!!
  • Ingin ke Universiti?
  • Mahu berkenalan dengan rakan-rakan yang bakal ke IPT?
  • Nak jumpa senior-senior IPT?
  • Nak buat persediaan yang terbaik sebelum ke IPT?

JOM BERAMAI-RAMAI SERTAI KEM REMAJA EXCELLENT 2010:

1. menyediakan generasi mahasiswa yang benar-benar bersedia dalam menghadapi senario iklim kampus yang sebenar.

2. memberi gambaran umum kepada pelajar-pelajar tentang situasi kehidupan di kampus

3. Menerapkan elemen-elemen kecemerlangan terhadap bakal mahasiswa/I dalam aspek sikap,pemikiran dan tindakan yang betul dalam menguruskan kehidupan sebagai mahasiswa Islam
4. Menanamkan kesedaran kepada bakal mahasiswa/I tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa Islam yang menyumbang kepada pembinaan masyarakat kampus yang sihat

5. Menggunakan pendekatan yang lebih santai dan menarik!!

“Membina Mahasiswa Penggerak Ummah”.

HUBUNGI:

1.EHSAN 013-4028464

2. SAMIHAH 019-4491928

Mar 5, 2010

Mukmin Profesional

mukmin profesional ialah mukmin yg mempunyai 2 ciri unggul:-

1) tingkah laku->
:: mereka yang mempunyai keperibadian yang unggul dan hubungan yang mantap antara dirinya dan penciptaNya (hablu minallah) dan hubungan yang baik antara dirinya dan orang lain (hablu minannas)

Anas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "terdapat 4 perkara, satu di antaranya menyangkut hubungan dengan Aku, satu menyangkut hubunganmu dengan hamba-hambaKu, satu untukmu dan satu untuk Aku. Adapun yang untuk Aku ialah bahwasanya engkau menyembah-Ku tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku, sedang yang satu untuk engkau ialah bahwasanya apa yang telah engkau perbuat dari kebaikan Aku akan membalasmu. Adapun yang satu antara Aku dan engkau ialah bahwasanya engkau berdoa dan Aku menerima dan yang antaramu dan hamba-hambaKu ialah bahwasanya engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau relakan bagi dirimu sendiri." (Riwayat Abu Nu'aim)

2) gerak kerja->
:: muslim yang profesional dalam gerak kerja, yang melaksanakan sesuatu tanggungjawab dengan profesional.mereka melakukan kerja dengan ilmu dan kepakaran serta kemahiran terhadap kerja yang dilakukan. ia tidak hanya dikhususkan kepada golongan yang dikatakan profesional seperti doktor, bahkan nelayan dan petani juga boleh menjadi profesional sekiranya mereka melakukan kerja dengan baik dan menepati piawaian-piawaian tertentu.

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud)

jom jadi Mukmin Profesional =)

Feb 9, 2010

Kakakku Naimah dan abg Israq selamat diijabkabulkan~

Alhamdulillah kakakku naimah dan abg israq selamat diijabkabulkan di Mesir pd 5hb Feb 2010.. medik sama medik.. cabaran jugak tu, sbb kedua-duanya berada dalam bidang yg sibuk sama sibuk.. tp biiznillah, itu bukanlah cabaran utama kpd mereka berdua kerana masing-masing faham akan peranan masing2 di sisi masyarakat.. sohih? sohih insyaAllah..=)

Dikesempatan ini, sherah ingin mengucapkan:.
Selamat Pengantin Baru kapada kakakku dan suaminya..
mabruk alaikuma!!!

باركا الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما بالخير

"semuanya indah, bila bercinta kerana Allah. bertemunya tidak jemu, berpisahnya tidak gelisah."

" siapa yg lebih cinta, dia akan lebih banyak memberi." erti hidup pada memberi bak kata Ustz Hasrizal..^-^..

dup dap...dup dap.begitulah agaknya perasaan Naimah disaat ingin bertukar status drpd cik kpd puan..ehehe^_6

Rasulullah SAW bersabda," kamu nasihatilah para wanita itu dgn baik kerana ssgguhnya wanita itu djadikan drpd tulang rusuk yg bengkok. Dan tulang yg paling bengkok ialah yg paling diatasnya. Maka jika engkau paksa utk meluruskannya, patahlah ia. Dan jika engkau biarkan shj, tentu selama-lamanya bengkok. Oleh kerana itu, berbuat baiklah terhadap wanita." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


tersasul x abg israq?

alhamdulillah selamat semuanya~

"sebaik-baik isteri adalah yg dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau ( suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dpt menjaga kehormatan dirinya dan hartanya bendamu ketika engkau tiada di rumah." (Riwayat Thabrani drpd Abdullah bin Salam)

~kakakku Naimah dan abang Israq bergambar kenangan bersama ustaz Fawwaz dan isterinya, kak Niah~

"kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (bersabarlah) krn mungkin kamu tdk menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yg banyak." (an-Nisa':19)

adakah mereka berdua cuba utk m'kontrolkan diri ketika makan..?
atau makanan dkontrol oleh mereka?huhu

.:bersama sahabat sebatch my sis kot:.

selepas bergelar suami isteri pd majlis graduasi abg Israq..
sweetnya..=)
nnt kak Naimah ditinggalkan dimesir apabila abg Israq meneruskan perjuangan di Malaysia.
xper,sygkan isteri tinggal-tinggalkan ek..?huhu..


" kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh krn Allah telah melebihkan sbhagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka( lelaki) yang menafkahkan sebahagian dpd harta mereka." (an-Nisa':34)



jenaka sejenak:-
si Ibu berkata kpd anaknya.." tang calon isteri kamu suruh mak cari calon yang solehah, cantik, baik budi pekerti, dan sempurna serba-serbi.. tapi tang kamu tu hampeh, serba serbi tak menjadi..!!!
so nak cari soleheh, kita perlulah menjadi soleh dulu..ye x?

~tak sabar menanti majlis yang akan diadakan di malaysia~


Nov 26, 2009

HAJI AKBAR

sebelum mama n baba ke Mekah, mereka ada bagitau insyaAllah taun ni "haji Akbar".. sekadar apa yg ku tahu, haji akbar ialah para jemaah haji berwukuf di Arafah pd hari Jumaat dlm erti kata lain, raya haji jatuh pd hari jumaat.. itu jer!

erm, utk menambahkan maklumat n ilmu yg cetek ni, disini aku copy paste mengenai haji akbar dr sini ;)

Ulama mempunyai pendapat berbeza mengenai Haji Akbar. Ada yang mengatakan ia adalah hari wukuf kerana ia rukun terpenting dalam ibadat haji. Ada yang mengatakan hari ke-10 Zulhijjah kerana semua asas penting dalam haji sudah diselesaikan.

Imam Hasan Al-Basri ketika ditanya mengenai Haji Akbar menjawab: “Apa yang perlu ditanyakan lagi kerana hal ini berlaku pada tahun Abu Bakar dilantik Rasul SAW mengetuai rombongan menunaikan haji pada tahun ke-9 hijrah. Jawapan ini juga sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 3 bermaksud: “Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin”.

Menurut sejarah, ketika Haji Wada’ 10 Hijrah, Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat dan esoknya hari ke-10 di Mina masih dalam rangka Haji Akbar. Jika Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat nescaya wukuf Abu Bakar pada tahun sebelumnya bukan hari Jumaat sedangkan pada musim haji berkenaan disebut dalam surah Taubah berkenaan.

Ibnu Kathir pula lebih cenderung kepada hari yang ke-10 berdasarkan sebuah hadis Abdullah Ibnu Umar bahawa Rasul SAW berdiri berhampiran Jamrah ketika Haji Wada’ pada hari ke-10 lalu berkata, “Inilah dia Haji Akbar.’

Alasan kedua ialah hadis Abdul Rahman Bakrah yang menceritakan, “Pada hari duduknya Rasul SAW di atas belakang unta dan bertanya: “Hari apakah ini? Kami semua diam kerana mungkin Baginda akan mengumumkan sesuatu nama yang baru buat hari itu”. Lalu sabda Rasul SAW: “Bukankah hari ini yang bernama Haji Akbar? – (Hadis Bukhari).

Saidina Ali Abi talib pernah ditanya mengenai Haji Akbar, beliau menjawab: “Hari Nahar (hari ke-10)”.

Jadi tidaklah dapat dipastikan mengenai Haji Akbar ini. Namun demikian ada ulama yang mengambil jalan tengah dengan memberi maksud Haji Akbar – iaitu ‘Haji Besar’, ibadat haji itu sendiri dengan wukuf di Arafah dan umrah ‘haji kecil’. Ulama Tabi’in berpendapat ‘Haji Akbar’ ialah Haji Qiran (mengerjakan haji dan umrah serentak). Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ialah hari ke-10 di Mina kerana melontar Jamrah dan menyembelih binatang.

Sufya As-Tsaury berkata, “Keseluruhan ibadat haji itu adalah Haji Akbar kerana ia juga disebut Yaumul Fath (hari kemenangan). Setengah ulama berpendapat bahawa haji pertama dilakukan dalam hidup seseorang adalah ‘Haji Akbar’ kerana ia adalah ibadat yang amat bermakna dalam hidupnya kerana mendapat keistimewaannya yang besar..

wallahu'alam

~jom kita pakat posa hari ni!~
kata nabi saw: Puasa Arafah, aku hrp agr Allah mhapuskan dosa setahun sblm n slpsnya.(HR Muslim)

nak ilmu lg? kutiplah permata2 ilmu dr video ini..

دروس وعبر من وقفة عرفة والحج الأكبر للشيخ كهلان الخروصي 1





Nov 16, 2009

Ya Qalb::


Wahai hati…
Apakah perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau, segarkah dikau menempuhi hari-harimu yang semakin sukar ini?

Aku tidak tahu mengapa aku kerap mengingati dirimu kini,
Katanya kau semakin berubah,
Jika dulu engkau sentiasa sibuk dengan zikrullah,
Kedengarannya kini engkau semakin culas dengannya.
Mengapakah begitu wahai hati…?

Jika dulu dirimu sentiasa kelihatan di Masjid,
Di awal waktu, berpakaian suci dan bersih,
Begitu bersegera bertemu Rabbmu Yang Maha Agung.
Namun mengapa kini engkau jarang ke sana?
Jarang sekali.
Cukup jarang…

Kemana dirimu di waktu subuh?
Ketika setiap hamba menyahut seruan Ilahnya,
Mengorak langkah ke masjid, memperbanyak fikir dan zikir.
Kemana dirimu wahai hati.

Jika dulu setiap kata-katamu diselangi dengan ayat-ayat Allah,
Rasa takut dan gerun akan azab dan seksanya,
Mengapa kini cukup mudah engkau mengeluarkan kata?
Cukup mudah engkau bermadah walau songsang maksudnya walau sesat tujuannya.

Wahai hati…
Kesibukan apakah yang melanda dirimu?
Adakah kamu sibuk dengan pelajaranmu
hingga kamu tiada masa untukNya?
Apakah kamu asyik pula memikirkan soal duniamu,
Hingga kamu tidak lagi seronok bersama Rabbmu.
Atau mungkin dirimu terlalu hanyut dalam rasa cinta dan perasaan.
Hingga Dia engkau ketepikan.

Namun sedarkah dirimu,
Pelajaranmu untuk siapa?
Urusan dunia mu menuntut redha siapa?
Dan cinta dan perasaanmu, atas dasar apakah ia dibina?
Insaflah dikau wahai hati.
Insaflah dikau seketika ini dan selamanya…

Duhai hati…
Aku sebenarnya takut.
Aku sebenarnya risau.
Aku sebenarnya gerun.
Aku tidak mahu engkau terus-terusan begini.

Kerana…
Rosak dirimu maka akan rosaklah seluruh diriku.
Sedang baiknya dirimu maka akan eloklah diriku.
Bersegeralah engkau kearah keampunan dan maghfirahNya wahai hati.
Kerana di situ masih ada tempat buat dirimu,
Mencari REDHA ILAHI…

Oct 23, 2009

Korea.:destinasi mereka:.


Apple, korang kena bg discount kt saya ni sbb sy tlg promote syarikat korang=)

Baru2 ni Allah megizinkan adk n kakakku melawat ke Korea bersama Apple travel agency.. lbh kurang5 hari gitu..erm, best! jelous pn ada jugak.. tp xper, klu da rezki smpai jugak aku ke sana.. pd pmulaannya hanya kakak sorg je yg nk g, tp last2 minit, adkku pn nk join jugk sbb dia cuti waktu tu.. apa lg, pnjam duit kt babalah! *pengaruh cerita Korea kah?*=)
norehan, bila taun hang nk bayaq kt baba balik? huhu, rasanya mmg lupus mcm tu jer.. hehe waktu aku bgtau mama yg aku jg teringin ke sana, mamaku menjawab:" pnjamlah duit kt baba.." hehe, xperlah, sherah teringin nk pi bumi anbiya' dulu.. bln 12 ni insyaAllah pakcik idris n family nk ke syiria,jordan n mesir..kak nabilah pn nk ikut(my sepupu)..huh, best bangat! tp nk pi cari duit mn shahirah? RM6000 sorg..* kena smpan duit dr skrg nih! jom pi cari ngeja^-^*

tadi kakakku bagtau insyaAllah taun dpn dia nk pi Korea lagi..tp pi sendiri2, tnpa travel agency.. erm, nk ikut jgk lah.. jom kita pakat pi ramai2.. sapa nk pi bg nm kt saya ek..huhu.. *igt senang mcm pi masjid jamek ka?*hihi

k.. ni aku attach gmbr2 diorg..




mcm sedap...~~~ tp halalkah?


best3x.. tp ole2 kt korea agak mahal skt..~


~norehan dpn muzium apa ntah~





.:berbaju tradisional Korea:.



nmpak masjid x?


~belajar buat Kimchi~





~tempat winter sonata~

Selamat Menunaikan Ibadah Haji~

aku nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada mama baba, ayah2 saudara serta mak2 saudaraku dan kepada seluruh umat islam umumnya.. semoga mereka semua beroleh haji yang mabrur..

tahun ni adalah tahun yang paling ramai anak menantu tok guru haji Ahmad pergi menunaikan ibadah haji. sekaligus menyahut seruan rukun islam yang 5..erm,8 orang jugaklah jumlahnya sekiranya nak dibandingkan dengan tahun2 sebelum ni hanyalah pakngah Hassan jer yang pergi hampir setiap tahun as a pakar rujuk tabung haji.. tapi alhamdulillah, kali ni Allah mengizinkan mereka pergi bersama.. tapi dengan tarikh yang berbeza..

mama baba akan pergi pada 12.11.09..kalau x 22.10 dh bertolak kesana. syukur dapat tunda tarikh sbb baba nak pergi mekah dahulu.. aku seronok, sbb diorg dapat p skl.. dulu hanyalah baba p sorang.. then mama pun p sorg gk.skrg sm2 dpt p.. alhmdulillh rezki murah..

pak Ngah Hassan(abg baba) n mak ngah Fauziah akan pergi pada 8hb 11 kalau x slp..

pak Njang Salleh(abg baba), Mak Njang solehah, Mak Ndak Raihanah( kakak Baba) n Cu Tah(adk bongsu baba) telah berangkat pada 25 hb lepas..

best2, teringinnya nk pi.. anyway smg Allah memudahkan urusan diorng dan mereka semua memperoleh haji yang mabrur..

ok lah,bila di sebut pasal haji yang mabrur, suka utk aku berkongsi tentangnya.. tapi aku copy paste dari blog ustaz ni jelah lah ek.. jgn segan2 utk membaca..^_6

Haji mabrur adalah dambaan dan cita-cita setiap muslim yang melaksanakan haji. Tetapi pertanyaannya apa itu haji mabrur? Banyak orang menafsirkan bahwa haji mabrur adalah haji yang ditandai dengan kejadian-kejadian aneh dan luar biasa saat menjalani ibadah tersebut di tanah suci. Kejadian ini lalu direkam sebagai pengalaman ruhani, yang paling berkesan.

Bahkan kadang ketika ia sering menangis dan terharu dalam berbagai kesempatan itu juga dianggapnya sebagai tanda dari haji mabrur. Imam Al Ashfahani menyebutkan haji mabrur artinya haji yang diterima (maqbul) (lihat mufradat alfadzil Qur’an, h. 114).

Tapi apa tanda-tandanya?

Mabrur diambil dari kata al birru (kebaikan). Dalam sebuah ayat Allah swt berfirman: “lantanalul birra hatta tunfiquu mimma tuhibbun. Kamu tidak akan mendapatkan kebajikan sehingga kamu menginfakkan sebagian apa yang kamu cintai”. QS.3:92. Ketika digandeng dengan kata haji maka ia menjadi sifat yang mengandung arti bahwa haji tersebut diikuti dengan kebajikan.

Dengan kata lain haji mabrur adalah haji yang mengantarkan pelakunya menjadi lebih baik dari masa sebelumnya. Al Qur’an juga menggunakan kata al birru untuk pengabdian yang terus menerus kepada orang tua wabarraan biwalidati. QS. 19:32. Orang-orang yang selalu mentaati Allah swt dan menjauhi segala yang dilarang disebut al abraar, kelak mereka dihari kiamat akan ditempatkan di surga. “Innal abraara lafii na’iem”. QS.82:13. Bila digabung antara ayat ini dengan hadits Rasulullah: “Al hajjul mabrrur laisa lahuu jazaa illal jannah.” HR Bukhari, nampak titik temu yang saling melengkapi, bahwa haji mabrur akan selalui ditandai dengan perubahan dalam diri pelakunya dengan mengalirnya amal saleh yang tiada putus-putusnya. Bila setelah berhaji seseorang selalu berbuat baik, sampai ia menghadap Allah swt, maka jelas ia akan tergolong kelompok al abraar dan pahala yang akan kelak ia dapatkan adalah surga.

Beradasarkan pembahasan di atas bahwa untuk mencapai haji mabrur ada beberapa persyaratan yang harus dipenuhi:

Pertama, niat yang ikhlas karena Allah swt, bukan karena ingin dipuji orang dan berbangga-bangga dengan gelar haji. Seorang yang tidak ikhlas dalam beramal apapun termasuk haji, Allah swt akan menolak amal tersebut sekalipun di mata manusia ia nampak begitu agung dan mulia.

Kedua, bekalnya harus halal. Haji yang dibekali dengan harta haram pasti Allah swt tolak. Rasulullah saw bersabda: “Sesunguhnya Allah baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Di akhir hadits ini Rasulullah menggambarkan seorang musafir sedang berdo’a tetapi pakaiannya dan makanannya haram, maka Allah tidak akan menerima doa tersebut.” HR. Muslim. Demikian juga ibadah haji yang dibekali dengan harta haram.

Ketiga, Dari niat yang ikhlas dan bekal yang halal akan lahir syarat yang ketiga: istiqamah. Istiqamah artinya komitmen yang total untuk mentaati Allah swt dan tunduk kepada-Nya, bukan saja selama haji, melainkan kapan saja dan di mana saja ia berada. Haji tidak akan bermakna jika sekembalinya dari tanah suci, seorang tidak menyadari identitas kehambaanya kepada Allah swt. Tuntunan syetan kembali diagungkan. Merebut harta haram dan kemaksiatan menjadi kebiasaannya sehari-hari. Bila ini yang terjadi, bisa dipastikan bahwa hajinya tidak mabrur. Karena haji mabrur akan selalu diikuti dengan kebajikan. Pribadi yang istiqamah setelah menjalankan ibadah haji, akan selalu tenang. Tidak plin-plan. Perilakunya jelas tidak berwarna-warni seperti bunglon. Apa yang Allah swt haramkan senantiasa ia hindari, dan apa yang diwajibkan selalu ia tegakkan secara sempurna.

Allah swt mengajarkan bahwa hanya iman dan harta halal yang bisa membuat seseorang selalu istiqamah mentaati-Nya. QS. 2:172, 23:51.

Istiqamah mempertahankan nilai-nilai haji, dan menahan diri dari segala bentuk kemungkaran sekecil apapun.

Seseorang yang naik haji akan di sebut haji mabrur setelah ia nampak bahwa hidupnya lebih istiqamah dan kebajikannya selalu bertambah sampai ia menghadap Allah SWT.

Wallahu a’lam bishshawab.

Sep 30, 2009

SALAM AIDILFITRI


  • kullu 'am wa antum bikhair...
  • asifah 'ala kulli hal
  • smg madrasah tarbiyyah Ramadhan yang lalu benar-banar dapat mentarbiyyahkan diri kita.
  • TAQABBALALLAAHU MINNA WA MINKA

Sep 9, 2009

Bait Muslim

"macam tidak percaya".. itulah ayat yang sering bermain difikiranku apabila mengenangkan kakakku bakal menamatkan zaman solonya tahun depan, InsyaAllah.. apabila dihitung mengenai umur, boleh dikatakan agak muda lagi, yakni setaun lebih tua dari diriku(21tahun).. namun, umur bukanlah perkara utama, tetapi apa yang penting persediaan utk menuju ke arah itu kerana Rasulullah berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika saidatina Aisyah berumur 7 tahun. aku yakin, kakakku sudah cukup perrsediaan kearah itu..

hehe, actually rasa xsabar2 pula nak dapat abang ipar.. 1st time lah katakan..
aku bertambah excited apabila ditugaskan utk mereka pakaian pengantinnya.. erm, mentang2 lah sherah ni suka baju berfesyen2 sikit ek.^-^. aku tidak kisah kerana beliau perlu meneruskan perjuangannya di Mesir bagi membolehkan menjadi doktor n doktorah kepada masyarakat.. alhamdulillah kakakku faham bahawa bakal abang iparku adalah milik masyarakat seperti juga dirinya..

ana doakan semoga itu pilihan terbaik untuk dirinya dan semoga keredhaan Allah sentiasa bersama mereka. *Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya*

erm, bila disebut tentang kahwin, aku tidak terlepas dari diusik oleh ahli keluarga dan sedara maraku.. *huhu,tunggu dan lihat sahajalah yer* Allah tahu apa yang terbaik untuk sherah.. =)

Aku doakan semoga kakakku menjadi isteri solehah disamping suami yang soleh..*amin ya Rabb*
semoga dengan perkahwinan ini menjadi kekuatan kepada mereka untuk sentiasa istiqamah didalam perjuangan Islam..

Sabda Rasulullah SAW: " hati yang bersyukur, lisan yang banyak berzikir, dan isteri solehah yang dapat membantumu dalam urusan dunia dan agamamu adalah sebaik-baik sesuatu yang menjadi simpanan manusia."( HR al-Baihaqi)

wslm..

~apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya memdapatkan mumtaz berturut2 sepanjang 3 tahun di sana, beliau menjawab:
1) niat yang ikhlas kerana Allah
2 Study is all about repeating

erm...menarik..!



Naimah, Norehan, Mohd Naim, Shahirah, Najihah
::tiada dalam gambar: arwah adikku Syafawani::



Aug 24, 2009

Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza:.

kata2 yang cukup mendalam maksudnya.. kata2 yg membuatkan diri ini terfikir sejanak..

ya, ramadhan kita sama sahaja.. seperti juga Ramadhan2 yang lalu..
bulan ramadhan yang sama, tetapi masa yang berbeza.. dan masa yang berbeza menghasilkan natijah yang berbeza..

alhamdulillah hari ini kita masih lagi berpeluang untuk menjadi tetamu ramadhan yang awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah dan penghujungnya dijauhkan dr api neraka..

tetapi kita seringkali terlupa, walaupun Allah masih memberi peluang utk sama2 kita kecapi dalam madrasah ramadhan kali ini, namun kadang2 kita terleka kerana kita masih berada di takat lama.. kita tidak cuba mengislahkan diri kita kearah yang lebih baik dan menjadikan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.. sebagai contoh, mungkin tahun lepas kita bertekad untuk khatam al-Quran dalam ramadhan yang lalu, tetapi kita tidak kesampaian untuk mencapai matlamat tersebut. Lantaran itu kita membawa azam tersebut ke ramadhan kali ini.. tetapi sekiranya kita masih berada di takat lama, al-quran pun malas dibaca, amalan2 sunat pun masih malas dan liat untuk dilakukan .. adakah kita dapat mencapai matlamat tersebut? jawapannya tentulah tidak bukan..?

jesteru itu, marilah sama2 kita cuba berusaha untuk manjadikan Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dari sebelumnya.. bak kata pepatah Melayu, hari ini lebih baik dari hari semalam..

sama2 berusaha untuk manghasihkan natijah yang lebih baik pada ramadhan kali ini..
Ramadhan kita adalah Ramadhan yang sama, bulannya adalah bulan yang sama, cuma masa sahaja yang berbeza, tetapi perkara yang utama ialah kita perlu menghasilkan natijah yang berbeza.. natijah yang lebih baik dari sebelumnya..
kalau ramadhan yang lepas mungkin kita hanya mendapat jayyid jiddan, ramadhan kali ini kita mesti mendapat darjat mumtaz.. mumtaz fiddunya wal akhirah..~

.:wallahu'alam:.

salam Ramadhan Kareem.. asifah 'ala kulli hal..

Aug 16, 2009

Ziarah Family Ammar

Rodhiah: kakak ampa pergi x ziarah mak ayah arwah ammar?
aku : x pasti jugak
Rodhiah: baru2 ni kami tgk kt blog slh seorg shbt ammar( klu ana x slp).. diorg pergi ziarah family ammar..
aku : owh yer ker.. xper nnt km try tanya..

ana percaya, ramai antara kita yg tahu dan ada terdengar berita mengenai kematian pelajar perubatan Mesir, Ammar Zulkifli.. even ana tidak mengenali beliau, tetapi ana dapat merasakan kehilangan beliau.. menitis air mata ketika melayari blog yg menceritakan keperibadian beliau.. pemergiannya ditangisi, kehilangannya dirasai..

bedasarkan cerita yg ana dengari, ana yakin, beliau tentu ditempatkan bersama para solihin.. kata Rodhiah, orang yg masyhur selepas kematiannya tentu dia seorang yang "someting".. ana doakan smg arwah ditempatkan bersama para muttaqin..

sedang diri ini asyik melayari blogger sedunia.. ana terjumpa gmbar ni di sini~

mamaku pun join bersama kakakku dan shbt2 mesirnya
ke rumah arwah Ammar~
ziarah utk kali ke-2.. alhamdulillah..~

INGATLAH! .:Kullu Nafsin Zaiqatul Maut:.

sama2 kita mempersiapkan amalan untuk menuju ke sana..
kita tidak tahu bilakah kita akan dipanggil Ilahi.. mgkin sasaat lagi, mungkin hari ini, esok atau lusa..?

Jul 14, 2009

PEMBERSIHAN JIWA - PROSES KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT

Oleh Mohd Nizam Sahad

KEBAHAGIAAN seseorang Muslim banyak bergantung kepada bagaimana ia menyucikan dan membersihkan jiwa raganya. Manakala kecelakaan bagi dirinya juga terjadi bilamana jiwa tidak dipelihara dan dicemari oleh perkara keji dan kotor. Allah menegaskan perkara ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (As-Syams : 9 - 10).

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua di kalangan kamu akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya: Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat kepadaku mereka itulah yang enggan.”
Kehidupan

Persoalannya sekarang, apakah itu jiwa? Menurut Kamus Dewan jiwa merupakan nyawa, roh dan unsur batin seperti perasaan, fikiran dan cita-cita yang terkandung dalam hati manusia. (1998 : 540 ). Kehidupan manusia berhubung rapat dengan jiwa. Malah segala tindak-tanduk manusia terarah dalam rangka usaha membersih dan menyucikan jiwa bagi mendapat matlamat hidup dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat serta mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang boleh mencemarkan jiwa. Proses pembersihan jiwa ini, haruslah menuruti beberapa langkah seperti berikut :

1. Taubat.
Taubat bermaksud mengosongkan diri daripada seluruh dosa dan maksiat dan menyesal ke atas dosa-dosa lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan sepanjang umurnya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai…” (At-Tahrim: 8).

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya sebanyak 100 kali sehari.”

Sesungguhnya manusia biasa seperti kita, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Apatah lagi di sekeliling kita wujud musuh-musuh Allah yang terdiri daripada syaitan dan iblis serta hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan maksiat. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa bertaubat daripada kesalahan dan maksiat yang dilakukan dengan kadar segera. Taubat yang kita lakukan hendaklah secara sungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi atau taubat yang dikenali dengan taubat nasuha.

2. Muraqabah.
Muraqabah bererti sentiasa merasakan diri kita ini diawasi oleh Tuhan pada setiap detik dan ketika, dan berasa yakin bahawa hanya Allah s.w.t. yang berhak ditaati, Dialah yang Maha Mengetahui setiap rahsia dan perbuatan kita. Bilamana seseorang Muslim ini sentiasa menerapkan perasaan yang sedemikian dalam dirinya, maka ia akan sentiasa mengingati Allah s.w.t., berasa lapang dada kerana keyakinannya itu dan sentiasa gemar ingin berdampingan dengan Allah dengan beribadah kepada-Nya. Malah ia akan sentiasa ingat dan waspada, andai kejahatan yang dilakukan pasti Allah mengetahuinya, walaupun orang lain tidak.
Kebaikan

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Luqman : 22).

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Beribadahlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.”
Ulama salaf as-soleh, Sufyan as-Sauri berkata: “Hendaklah kamu bermuraqabah kepada Allah yang tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun, dan hendaklah kamu berharap kepada-Nya yang memiliki perjanjian, dan hendaklah kamu sentiasa berwaspada kepada-Nya yang memiliki seksaan.”

3. Muhasabah.
Muhasabah bererti menghitung dan mengimbas kembali perlakuan kita seharian, sama ada amalan yang kita lakukan lebih cenderung ke arah ketakwaan atau lebih cenderung ke arah maksiat. Sekiranya amalan kehidupan kita berada di tahap yang dimurkai Allah s.w.t., maka segeralah memohon keampunan kepada-Nya dan bertaubat serta menyesal dan seterusnya melakukan amal kebajikan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr : 18)

Umar al-Khattab pernah berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Di dalam kehidupan ini, seharusnya manusia memerhatikan perihal ketaatan, kemaksiatan, faktor-faktor yang merugikan dan faktor-faktor yang menguntungkan dirinya setiap masa. Dalam perkara menghitung diri ini, ada baiknya juga seseorang individu itu mempunyai borang harian atau pertanyaan-pertanyaan diri bagi tujuan mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri dalam amal ibadah kepada Allah s.w.t. Andai tidak berkesempatan, memadailah bertanya diri sendiri apakah hari ini, lebih baik dari semalam dan bagaimana pula dengan hari esok? Adakah kewajipan diriku sebagai hamba Allah telah tertunai ?

4. Mujahadah.
Mujahadah bermaksud berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang senantiasa memujuk rayu diri kita melakukan perkara keji dan mungkar. Allah s.w.t. menjanjikan bahawa sesiapa yang bermujahadah, maka ia akan diberi petunjuk jalan-jalan Allah. Dan Allah s.w.t. akan tetap bersama orang yang baik. Hawa nafsu yang ada pada manusia itu berupa satu cabaran kepada kekuatan iman dan pemikiran kita dalam menentukan keputusan tindakan kita. Andai jalan yang baik dipilih, maka bersihlah jiwa kita dan andai tewas dengan kemahuan hawa nafsu amarah itu, maka semakin kotorlah jiwa kita di sisi Allah s.w.t.
Sesungguhnya seorang hamba Allah itu tidak akan dapat mengawal hawa dan nafsunya sekiranya ia mengharapkan ada orang lain yang akan mengawalnya. Ia tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya ia tidak dapat mengawal hawa nafsunya. Kawalan dari dalam diri sendiri itu adalah yang terpenting, seperti pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


5. Takwa
Selain itu, pendekatan diri dengan Allah s.w.t. adalah penting agar kekuatan dapat dibina sekukuhnya dengan wujudnya iman dan takwa setiap diri. Apabila seorang insan itu mempunyai iman dan takwa yang tertanam kukuh dalam dirinya, maka syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya untuk mengikut kata nafsu jahat yang dapat merosakkan diri.
Dengan dua senjata inilah, seorang insan itu akan mampu mengalahkan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan musuh utama setiap manusia yang bernyawa. Apabila kita menjadi insan yang bertakwa, maka kita tidak akan menghampiri segala jenis kekejian yang boleh merosakkan kita. Bisikan syaitan dan hawa nafsu akan dapat kita tepis. Kalau ki-ta takutkan Allah, bermaksud kita takutkan hukuman Allah, takutkan neraka Allah, takutkan seksa Allah di alam kubur dan di akhirat kelak. Apabila kita benar-benar percaya dan yakin dengan seksaan Allah, maka kita tentunya tidak akan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa membersihkan jiwa dan mengawasinya daripada perkara-perkara keji dan mungkar agar kita beroleh kejayaan berupa syurga Allah yang kekal abadi. Allah s.w.t. berfirman: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.” An-Naazi’at : 40 -41).

Jun 25, 2009

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH : SATU CONTOH KEPIMPINAN


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1)

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama.Panglima- panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda merupakan cendekiawan ulung di zamannya dan sudah menjadi tradisinya mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luarbiasa. Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol. Baginda sangat kuat menyimpan rahsia pemerintahannya sekalipun terhadap sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya yang terdekat.

Sultan Murad begitu menitikberatkan tarbiah kepada anaknya.Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk.

Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir." Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu, gementarlah hati kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan.

Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadith yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa... pukul 11.00 pagi.Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Pada hari yang diisyaratkan itu, Hassan Ulubate, seorang tentera Al Fateh merebut bintang sebagai syahid dengan melompat ke atas kubu musuh dan memacak bendera di situ. Beliau gugur demi membuka pintu kemenangan kepada sahabat-sahabatnya yang lain. akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepaa Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tazkirah :Contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh wajar dicontohi oleh pemimpin masyarakat zaman ini. Keseimbangannya dalam IQ (intelectual quotient),EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quotient) nyata menjadi senjata utuh Sultan Muhamad Fateh untuk memimpin rakyatnya kearah kegemilangan Islam.

Jun 15, 2009

bengkel keusahawanan

alhamdulillah, even diri ini sibuk dengan assignment Creative Thinking n Bahasa Melayu, sempat jugak aku ke Seminar Kusahawanan Mahasiswa yang dianjurkan oleh Ma'ruf Club dgn kerjasama PKNS..

banyak bangat input yg aku dapat selain drpd kata2 tasyjik yg diberikan oleh usahawan2 muda yang berjaya.. antaranya e-gloo ice cream, steam burger dll..impianku utk menjadi business women bertambah berkobar2.. yakni aku sgt2 teringin utk membuka kedai Butik Busana Muslim yang menjual pakaian2 Islam.. di samping aku akan meneruskan kerjayaku sbg seorg ustazah or pendakwah bebas.. heh,dlu x mnt pn nk menjadi ustazah, tp mgkn berkat doa sebahagian sepupuku yang memanggilku "ustazah", menjadikan diriku berminat untuk menceburi kerjaya tersebut.. baba juga nak aku mengikut jejak langkahnya.. mama pula selalu menyuruh anak2nya menceburi bidang bisness seperti dirinya.. InsyaAllah, sherah akan cuba! 2 in one..

langkahku bermula dr sekarang.. jgn tunggu2 after graduate.. aku akan cuba fikirkan bisnes apa yang blh aku jalankan as a mahasiswi.. itu adalh langkah awalku utk menjadi seorg usahawan yang berjaya..mgkn aku blh menjual t-shirt labuh n kerepek? even jual kerepek itu nmpak lekeh, namun, aku mgkn blh bljr selok-belok perniagaan dari situ.. jatuh bangun seorg ushawan mahasiswa..hehe 6_^

kita hanya mampu merancang, tetapi Allahlah sebaik2 perancang.. Smg DIA memberikan yg terbaik buat diriku..