Mar 27, 2008

Hasil Pembacaanku Mengenai Syiah

Nabi saw bsabda:
“apabila timbul fitnah atau bid’ah dan sahabat2ku dimaki,maka orang berilmu hendaklah menzahirkan ilmunya: sesiapa yang tidak melakukan demikian,maka keatasnya laknat Allah,malaikat,dan manusia seluruhnya. Allah tidak akan terima daripadanya amalan fardhu mahupun sunat”


Ketahuilah sahabat-sahabat kesayanganku kerana Allah,hadis ini mendorong ana untuk menulis tentang syiah meskipun ana tahu,diri ana tidak layak untuk menulis tentangnya..tapi ana cuba sedaya upaya untuk berkongsi dengan antum semua cebisan ilmu yang ana perolehi daripada hasil pembacaan ana melalui koleksi kertas kerja yang dibentangkan di seminar pemulihan aqidah 2008 anjuran pejabat mufti wilyah persekutuan & jabatan agama islam wilayah persekutuan.

Pertama sekali,apa yang ana nak tekankan disini ialah,ana harap,sekiranya ana ada tersasul dalam memberi maklumat dan fakta ttg syi’ah,tolong betulkan.. mungkin ana terkhilaf dalam memahami.

Sebut sahaja tentang syiah atau syi’i tentu antum pernah dengar..Namun begitu,adakah antum mengetahui secara mendalam apakah sebenar yang dimaksudkan dengan syiah dan siapakah mereka.? sebenarnya,sebelum ini,ana memang kurang pengetahuan tentang syiah tapi selepas membaca kertas kerja ni,alhamdulillah,ana mengetahui serba sedikit ttg syiah dan ana harap dengan pengongsian ni,sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada antum tentang syiah dan nanti try la buat research dengan lebih mendalam mengenai syiah ek. Ana sangat berbesar hati sekiranya antum perbetulkan kesalahan yang terdapat disini.

Erm,sebelum tu,adakah sahabat2 antum yang berpegang pada ajaran syiah..?
n lets you know,di kampus ana sendiri ada yang berpegang pada syiah..tapi sejauh mana pegangan mereka wallahu’alam.. ketahuilah sahabat2ku,bahawa gerakan sulit syiah sedang berjalan dengan rapi dan teratur untuk merosakkan akidah umat islam.kesan2 kegiatan mereka dapat dilihat daripada pengedaran risalah2 secara sulit yang memakai nama
“Markaz Ahli Bait”..Jesteru itu,berhati-hatilah sahabat2ku dan sama2 kita kenali kepincangan aliran syiah yang bertentangan dengan pegangan ahli sunah wal jamaah(ASWJ)..

Apakah itu syiah?
# Syiah bererti mereka yang menyokong saidina ali dan anak-anaknya,dan berpegang bahawa,imam selepas wafat rasulullah saw adalah khusus kepada saidina Ali dan anak-anaknya”

الامام الشهرستاني mendefinasikn syiah sebagai mereka yang menyokong saidina ali dan berpegang bahawa imam dan khalifah itu khusus bagi saidina ali,secara dalil nas dan melalui wasiat rasulullah saw sama ada secara jelas atau sebaliknya. Mereka juga berpegang bahawa imam itu tidak akan beralih tangan kepada selain daripada anak-anak keturunan saidina ali,tetapi,jika ini berlaku,maka ini merupakan 1 kezaliman dari pihak yang menerima kepimpinan itu.

Sebelum kita pergi lebih jauh,mari sama-sama kita mengenali siapakah ahli sunah.
# ahli sunah ialah mereka yang berpegang dengan Al-quran & as-sunnah,serta aqidah mereka sesuai dengan keterangan yang terdapat dalam kedua-duanya dan mengikut fahaman salafussoleh daripada para sahabat,tabi’in dan yang mengikut mereka.

Berpegang kepada ajaran ASWJ adalah merupakan satu-satunya penyelamat daripada kesesatan dan kebinasaan.الامام الطحاوى dalam kitabnyالعقيدة الصحاوي
ada menyebut: “ajaran yang menjadi ikutan kita adalah ASWJ,dan yang kita jauhi ialah pendapat yang ganjil,menyalahi sunah dan berpecah daripada jemaah”


kepentingan pegangan ASWJ adalah sama dengan kepentingan islam dalam melaksanakan tuntutan "ألاهي" supaya kita berpegang dengan agama yang benar serta diredoi serta tidak berpecah belah. Peristiwa silam dan reality masa kini memperlihatkan bahawa permusuhan, persengketaan dan pertumpahan darah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan jika fahaman syiah dibiarkan bertapak dikalangan AswJ.

Sekarang ana hendak memperkatakan tentang “Aqidah imamah disisi syiah imamiah isna ‘asyarah”

Syiah isna ‘asyarah juga dikenali sebagai ja’fariah. Mereka mempunyai aqidah dan disiplin ilmu yang tersendiri dengan kitab-kitab rujukan dan para ulama yang dianggap muktabar dikalangan pengikut2nya dan merupakan mazhab rasmi Negara iran sekarang.

Aqidah imamah yang dikenali juga dengan al-wilayah disisi mazhab syiah imamiah bermaksud al-khilafah atau kepimpinan umat selepas nabi Muhammad saw dan menjadi hak mutlak 12 wali @ imam sehingga hari kiamat. Antara syarat penting seorang imam ialah maksum seperti nabi. Menurut mereka,pemerintahan khulafa’ ar-Rasyidin dan pemerintahan islam selepasnya adalah tidak sah dan merampas hak imam-imam yg mereka senaraikan seramai 12 imam selepas kewafatan nabi. Imamah juga dianggap sebagai rukun islam yang paling utama yang tidak sah islam seseorang melainkan dengannya.

محمد بن نعمان المفيد dalam kitabnya بحار الأنوار : “ulama’ imamiah sependapat mengatakan bahawa sesiapa yang mengingkari kepimpinan salah seorang daripada imam-imam yang disebut serta tidak mengakui kewajipan taat kepada mereka seperti mana yang diwajibkan oleh Allah,maka ia menjadi kafir,sesat dan layak masuk neraka.”


محمد رضا الظفر dalam kitabnya عقاءد الامامية: “ kita beriktikad bahawa imamah adalah merupakan sebahagian daripada usuluddin,tidak sempurna iman seseorang tanpa beriktikad dengannya.”


Akidah ini yang dianggap rukun islam yang utama disisi syiah didasarkan kepada hadis-hadis palsu yang diriwayatkan dalam kitab-kitab mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh محمد بن اسحاق الكليني dalam kitabnya الكافي : “ daripada abu ja’far katanya,islam ditegakkan diatas suatu ajaran seperti mana diseru kepada alwilayah (imamah).

Syiah juga beriktikad bahawa imam2 mereka lebih afdhal daripada para anbiyak selain nabi Muhammad saw.الشيخ المفيد menyebut dalam kitabnya أواءل المقالات “satu kaum daripada ulama syiah memutuskan bahawa imam-imam lebih afdhal daripada semua rasul dan nabi yang terdahulu selain nabi Muhammad saw.”

Kesimpulannya syiah menyatakan bahawa pengikut ahli sunah bukan mukmin.contohnya : seorang ahli hadis syiah الشيخ يوسف البحراني dalam kitabnya الحداءق الناضرة “orang mukmin itu ialah muslim yang beriktikad akan kepimpinan imam12.”

Apakah pandangan syiah terhadap Al-Quran?

Sesungguhnya,ulama’ islam telah ijma’ bahawa Al-Quran adalah kitab yg terpelihara dan sesiapa yg beriktikad bhw ia telah ditambah,dikurangkan atau diubah,maka ia menjadi kufur dan terkeluar daripada islam.

Namun begitu,golongan raafidhoh(رافضة) mengatakan bahawa Al-Quran telah diubah serta dikurangkan.mereka juga mengatakan bahawa orang yg mengumpulkan Al-Quran yg betul hanyalah Ali dan baginda hanya menzahirkan sekali sahaja kepada para sahabat untuk dijadikan hujah sebelum menyembunyikannya.kemudian sebelum mninggal dunia,beliau menyerahkannya kepda anaknya Hussien.selepas husien,seterusnya kepada imam-imam berikutnya sehinggalah sampai kepada imam ke-12 yg dikatakan ghaib dan membawa bersamanya quran yang hakiki(iyer la tu hakiki..) al-Quran ini akan dizahirkan ketika kemunculan imam mahdi.

*bg mereka,orang yg layak memerintah umat manusia dalam masa keghaiban imam ke-12 ialah para ulamak feqah dikalangan syiah..

ابو حسن الشريف dalam tafsirnya مرآة الأنوار : sesungguhnya pandangan bahawa berlaku perubahan pada Al-Quran adalah merupakan antara pegangan asas dalam mazhab syiah.


Mengenai cara pengumpulan Al-Quran :
الكلينى menyebut riwayat daripada ibnu ja’far katanya: “mana2 orang yang mendakwa bahawa ia mengumpul Al-Quran semuanya seperti yang diturunkan,dakwaanya adalah dusta.tiada siapa yang mengumpul dan memeliharanya seperti yang dturunkan oleh Allah melainkan ali dan imam-imam selepasnya.”

Sifat Al-Qurqn mereka:
الكلينى membawa riwayat daripada Muhammad bin Ja’far: “dan sesungguhnya dsisi kami ada mashaf Fatimah.Apakah mereka tahu tentang mashaf Fatimah? Mashaf itu besarnya 3 kali ganda daripada Quran kamu ini. Demi Allah, tidak terdapat dalamnya 1 huruf pun daripada Quran kamu.”

Erm,bagaimana pula yer syiah beramal dengan Al-Quran yang ada pada hari ini?
Diperjelas oleh النورى الطبرسى dalam فصل الحطاب : “sesungguhnya telah sah daripada imam kita bahawa mereka menyuruh membaca apa yang ada pada mashaf hari ini. Tanpa menambah dan mengurangkan sehingga muncul imam mahdi yg akan membacakan kepada manusia mengikut apa yang diturunkan oleh Allah dan dikumpulkan oleh amirul mukmin(saidina Ali).
Kita dilarang membaca seperti yang diriwayatkan dalam hadis2 kerana jika seseornag membaca berlainan daripada apa yang ada didalam mashaf,ia akan terdedah kepada bahaya daripada mereka yg berlainan aqidah dan menggalakkan tindakan pihak berkuasa,seterusnya mendedahkan diri kepada kebinasaan. Oleh itu,imam2 melarang kita daripada membaca seperti yg diriwayatkan.”


Bagaimana pula pandangan syiah terhadap sunnah?

Seperti yang kita maklumi,sunnah merupakan sumber ke-2 selepas Al-Quran. Namun begitu,definasi sunnah menurut pandangan syiah adalah berbeza dengan ASWJ.jadi apakah perbezaannya?
Disisi ASWJ= segala perbuatan,perkataan,perakuan daripada RAsulullah saw.
Disisi syiah= bukan sahaja terbit daripada Rasulullah,tetapi juga daripada imam2 mereka yg maksum.

Mengenai syarat bagi seorang rawi(perawi hadis) untuk diterima hadisnya, mereka menambahkan syarat IMAN selain daripada islam,baligh,berakal,adalah dan dhobit. Telah diberitahu sebelum ini makna mukmin disisi syiah ialah orang yang berpegang kepada aqidah imamiah isna ‘asyarah. Maka,natijah yang pasti drpd syarat ini ialah hadis2 yg mjadi pegangan ASWJ tidak ada nilai disisi syiah.
دكتور محمد التيجاني السماوى dalam فسألوا أهل الذكور menyatakan bahawa “kitab hadis bukhari dan kitab hadis-hadis lain (yg menjadi pegangan ahli sunah) tidak mpunyai nilai disisi syiah.”

Apakah Pandangan syiah terhadap sahabat Rasulullah saw.?

Mereka mengkafirkan khulafa’ ar-Rasyidin dan para sahabat nabi. Syiah menganggap melaknat para sahabat khususnya saidina Umar dan Abu Abu Bakar adalah suatu ibadat yang besar.

Pendirian syiah terhadap ASWJ.

Mereka menghukum orang-orang islam yang bkn syiah sebagai najis serta harus dibunuh dan diambil harta mereka serta tidak sah solat berimamkan pengikut ASWJ.
يوسف البحرانى menyebut: “ia adalah benar lagi zahir malah jelas drpd hadis2 yg masyhur dan byk yg mnunjukkan orang yg menyalahi syiah adalah kafir,memusuhi ahli bait adalah syirik serta halal harta dan darahnya.”

Taqiyah((تقية..(betul ker sebutan ana?maaf yer,ejaan jawinya tak ada baris,so takut la jugak klu silap pronounnya..huhu)
Munurut syiah,taqiyah ialah engkau menyatakan atau melakukan sesuatu lain daripada apa yang engkau iktikad utk menolak mudhorat drpd diri atau hartamu atau utk menjaga kemuliaanmu.”

ابن بابوية القمى dalam "من لا يخصره الفقية " menyebut dalam kitab solat: “ bab pada menyatakan hukum tidak harus sembahyang berimamkan orang yang berlainan dalam aqidah yang sohih melainkan atas dasar taqiyah.oleh itu disunatkan atas alasan taqiyah menghadirkan solat berjemaah dengan mereka berkaitan aqidah dan berdiri bersamanya dibarisan hadapan.”


Syiah mewajibkan mengamalkan taqiyah sehingga muncul imam.sesiapa yang meninggalkan taqiyah sebelum muncul imam,maka keluar daripadanya agama Allah dan daripada agama imamiah.

ابن بابوية القمى dalam "الاعتقادات"ada menyebut : “kita beriktikad bahawa taqiyah adalah wajib seperti soalat. Sesiapa yang meninggalkan taqiyah seperti meninggalkan solat.”


Jesteru itu sahabat2ku,marilah sama-sama kita mengukuhkan pegangan ASWJ dan memperjelaskan kepada orang ramai mengenai fahaman syiah yang menyeleweng. Disamping itu,marilah sama-sama kita memberi mesej kepada masyarakat bahawa penyatuan ummah adalah berteraskan aqidah ASWJ.

Wallahu’alam bissowab.

Mar 17, 2008

kesilapan..

Ya Allah,kau hadiahkanlah cinta & kasih sayangMu kpd guruku ini dmi beritizam dlm pjuangan mnegakkan agamaMu,krn merekalah yg mgajarku tanpa erti penat &jemu.”slmt hari guru.syukran atas tunjuk ajar y dberikan n doakan kjyaan saya.”-……._

Huh,msg ini lah y ana berikan kpd guru2 ana pd 16 mach 2008 yg sepatutnya ku berikan pd 16 mei... ana sungguh2 x perasan yg ana silap tarikh..keliru barangkali..! honestly,ana mmg dh btekad utk ucp hari guru 2 all of my previous teachers since 2week ago I thought..

Bila ana dpt tau yg kitorang akan ada program pd bln 3,ana doa dlm hati moga2 ianya x bertembung dgn 16march..almaklumlah,hp akan diambil bg memastikan kitorg betul2 ada dlm program tersebut..(fhm2 sndiri la ek).. Klu tarikhnya bertembung dgn smbutan hari guru,sdh tn2 ana x berkesempatan ucp hari guru pd diorang..smpai begitu skl ana fikir utk ucp..tp malang skl,ana tersilap tarikh dan terperasan akan kslpan ana bila cerita pda mama n untie ttg ana send msg pd semua guru termasuk cikgu2 tuisyen..adoi,malunya kt cikgu2,tentu mereka pelik kan,huhu..

Tp apa yg mgelikan hatiku ialah sbhagian ustaz2 n cikgu2 bls msg ana n siap ucp tme kasih lg atas ingatan..dorg x perbetulkan la plk kslpn ana..itulah yg myebabkan ana lbh confident yg ana x slp tarikh..huhu..

K,conclusion dan istifadah yg blh diambil ialah jgn tergopoh gapah dlm sesuatu pekerjaan. Jgn jadi mcm ana k!huhu.

Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bsabda:
Berhati-hati itu dtgnya dari Allah swt,sedangkan sikap tergopoh-gapah itu dtgnya bpunca dari syaitan.-hadis riwayat tirmidzi-

Wslam..