May 26, 2008

MUSLIM CONVERT

Aminah as-Silmi

Sebelum menganut agama islam, Aminah as-Silmi merupakan seorang wanita yg mjadi ketua pembebasan wanita Amerika Syarikat(women liberation). Beliau juga merupakan seorang penganut mazhab Baptist yang sangat kuat berpegang kepada agama Kristian. Sebelum menganut Islam,beliau terlalu prejudis dengan orang-orang Arab dan Islam. Kebencian beliau terhadap orang-orang Islam dan Arab telah menyebabkan beliau berusaha mengkristiankan mereka. Aminah as-Silmi pernah berkata kepada pelajar-pelajar Arab yang sedang menuntut di sebuah sekolah di Amerika Syarikat bahawa satu-satunya jalan untuk mereka selamat ialah dengan mengakui bahawa Nabi Isa sebagai penyelamat mereka.
Menurut as-Silmi,pelajar-pelajar Arab tersebut bersikap lembut dan tidak marah kepdanya, malah ada seorang pelajar telah memberikannya senaskhah Al-Quran dan beberapa buku-buku Islam. Aminah as-Silmi berkata bahawa dengan Al-Quran dan buku-buku yang telah diberikan oleh pelajar tersebut,beliau membaca Al-Quran yang diterimanya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau tidak menyangka bahawa Al-Quran yang dibacanya menyebabkan beliau semakin berminat untuk memahami agama Islam. Dan akhirnya beliau telah mengucap dua kalimah syahadah..SUBHANALLAH!!

~sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah.. Dia berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya..~