Sep 18, 2008

kawin..kawin..

"sherah..mai sini sat, salah seorang roommate kita nak kawin.." panggil kak nani,zirah n milah..
aku agak terkejut sambil terbayang dibenakku wajah setiap orang ahli bilikku..terasa hilang segala keletihanku ketika itu dimana aku baru jer balik dari kelas,tetapi ditukar dengan perasaan ingin tahu yang membuak2 pula.. bila aku duduk sebelah diorang,diorang meunjukkan kad walimah tersebut kepadaku.
"Madiha dan al-Haq"..eh,macam nak kenai nama ni,tapi Roommate kita yang 18 orang sekarang ni x der pun nama madiha,jangankan pula al-haq! ha,then baru kuperasan,madiha yang dikenali sebagai macD lah empunya diri yang akan berkahwin lepas raya ni..terkejut beruk la jugak aku ni bila membacanya.. waktu nak buka kad walimah tu,spontan perkataan " tak nak buka boleh x?" muncul dimulutku.. hihi,aku takut bila aku bukak kad walimah tu,nanti yang tertera nama aku pula..! bukan nama macD n al-haq..!huhu
bila keadaan dah ok semula,aku ucapkan syukur kepada ilahi kerana macD dah nak kahwin,walaupun aku sememangnya tak percaya akan hal tersebut. .
anyway,bila cakap pasal kahwin,dah 3 orang sahabat sebaya denganku yang dah bergelar isteri dan sekarang nak bertambah 1 lagi ranking sahabatku yang dah berkahwin! aku bila lagi?? huhu,bila aku dijadikan bahan gurauan roommates,mejoriti mengatakan aku akan berkahwin ketika usia 21 tahun dan ada yang nak jadikan aku besan diorang n so on..haha,apa yang aku boleh balas ialah jodoh pertemuan ditangan Allah..kita tunggu dan lihat ek! hehe..
aku masih ingat perbualanku bersama salah seorang sahabat aku yang belajar di DQ bahawa kalau boleh dia nak mendapat suami dikalangan budak DQ jugak.. insyaAllah aku doakan..dia juga ada bagitahu bahawa ada hadis yang mengatakan kalau kita nak tahu berkat umur seseorang perempuan tu ialah apabila perempuan tersebut berkahwin awal,dapat anak awal dan lagi 1 aku dah terlupa..sesapa yang tahu boleh la kot tolong bagitau ekk.=)
haha,tapi apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah aku masih lagi mendapat lampu merah dari baba? aduh..( ceh,macam kempunan nak kahwin awai jer aku ni! huhu,sajer je aku menaip ni..act,aku pun masih belum mampu untuk menggalas tanggungjawab seorang isteri ketika ini..huhu,memang xboleh nak bayangkan!) ^-^

Sep 12, 2008

rindu

BABA DAN MAMA TERCINTA

hari ni saya rindu bangat pada family,jadi saya pun mengambil inisiatif untuk mengupload gambar mama dan baba kedalam blog..
tanpa mereka, siapalah saya,
tanpa mereka, tiadalah saya..


"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."

..............................................................

gambar adik beradik yang lain mana? rasanya x perlu untuk di uploadkan.. nanti famous tak bertempat pulak n x pasal2 saya pula kena marah dengan diorang..huhu.
tapi gambar ni memang lebih dari boleh kot..ustaz kecil Mohd Naim..penyejuk dimata,penawar dihati mama baba dan kami sekeluarga kerana dialah adik kami yang bongsu dan satu2nya anak lelaki dalam family..

Sep 8, 2008

ToM YAm


bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..inilah hasilnya.. pemprosesan memasaknya bermula pada pukul 12am dan selesai dalam pukul 1 setengah pagi..pada asalnya nak buat tomyam made in perak,tp last2 jadi tomyam made in pelbagai negeri..=) perak, kelantan, selangor n peneng.. so,kalau x sedap,bukanlah salah orang perak ek,huhu..tapi apa yang penting,ianya sangat enak dimakan ketika sahur..angkat bakul sendiri sekali sekala apa salahnya kan? ^-^..
kepada roommates yang balik kampung,maaflah ek, korang tak sempat nak merasai kenikmatan tomyam kami..hihi..act,sedih gak sebab x semua yang dapat makan,tapi waktu cutilah yang free sikit untuk masak benda ni..maaf sekali lagi..
insyaAllah,kalau ada rezeki kita buat lagi n memang dah dengar pun cadangan untuk memasaknya sekali lagi..=)

Sep 7, 2008

PJ vs NILAI

Ramadhan kali ini,agak berbeza sikit bagi aku.. Apa yang berbezanya tu ek?? Erm,sbb berpuasa di tempat baru kah? Mungkin juga kot.. kalau di matrik UIA PJ tahun lepas,aku susah untuk merasa nasi ketika sahur,dan seingat aku, memang tak pernah pon,melainkan bila balik umah.. hehe,sian jugak bila parent aku dengar..act,aku dan roommates 3 orang yang sememangnya sekepala hanya makan roti sahaja ketika sahur. Huhu,malas nak turun café la katakan..maklumlah, bila nak turun,macam2 yang perlu dipersiapkan..

Sekarang berpuasa di tempat baru..tempat yang terkenal dengan destinasi membeli baju kot..hehe,mana lagi kalau bukan di Nilai. Disini lain pula keadaannya.. kejutan budaya kerana duduk di kawasan pedalaman,hehe.. kejutan sebab perlu berkongsi bilik seramai 20 orang..macam kembali ke zaman muda-muda @ nostalgia lama pulak..zaman persekolahan dulu,di mana dulu ketika di asrama memang duduk dalam dorm..sekarang dah masuk zaman universiti pun lebih kurang sama sahaja keadaanya..

Tapi itu lah,di sebalik kesusahan dan ketidaksukaan,insyaAllah,ada rahmat disebalik semuanya..

Seperti sekarang,aku tidak perlu lagi kebuluran nak makan nasi ketika sahur kerana roommates ku semuanya pandai memasak.. kami curi2 bawa rice cooker.hehe,kalau diketahui fellow,habes la kitorang..dah la bilik aku ni paling ramai AJK hisbah..presiden, head com dakwah dan head com akademik semuanya ditakdirkan duduk di dalam kotak yang sama..mereka tidaklah skema sangat.huhu.tapi kalau kantoi,mampus la kami!! Tentu diberi memo perletakan jawatan dalam masa 24 jam..huhu, semuanya x boleh diharapkan..!! tapi berdasarkan pendapat tak berguna aku,x per la kot nak langgar disiplin sat,bulan puasa,bagi la kelonggaran sikit ek..!! hihi..


Sharing is caring…begitulah yang kurasakan pada bulan puasa ni..kami bergotong royong masak dan berkongsi-kongsi makanan.. ukhwahnya memang terasa…alhamdulillah,berkat pindah ke matrik Nilai la ni.. so lepas ni x blh la nak meluahkan ketidak puasan hati bila berada di sini..hihi.. bila cakap pasal masak ni,aku baru teringat yang aku perlu menunaikan janjiku untuk memasak tomyam waktu berbuka nanti, semuanya dok mengingatkan aku tentang tomyam tu.. well,aku pun x sabar2 nak pergi giant n beli apa yang patut untuk dijadikan ramuan tomyam nanti.. biar diorang rasakan tomyam tidak cukup rasaku..=)

Sep 3, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Pejam celik pejam celik,bulan Ramadhan menjelma lagi.. Tak sangka pantas sungguh masa berlalu tanpa saya sedari.. Terasa baru semalam sahaja saya berpuasa. Namun begitu,inilah saat yang paling dinanti-nantikan kerana bulan ini adalah bulan terbaik untuk melakukan amal ibadah disamping 1001 keistimewaan yang ada pada bulan ini. Bukanlah maksud saya bulan lain tidak istimewa,tetapi Ramadhan mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana,sekiranya kita melakukan ibadah yang sunat,kita akan mendapat ganjaran pahala yang fardhu,dan kalau kita mengerjakan ibadah yang fardhu,pahalanya bersamaan dengan ibadah 70 fardhu pada bulan lain.!

Wah,siapa yang tak nak kan? Kalau ditanya,pasti semua orang nakkan ganjaran pahala yang sedemikian rupa. Hanya orang yang tidak tahu berfikir sahaja yang akan melepaskan peluang sebegini. Tetapi apa yang sedihnya, saya perlulah menerima hakikat diri bahawa umur saya semakin meningkat.kubur kata datang,dunia kata pergi..huhu,dah la sekarang pun dah dikatakan matured, masa akan datang lagi bertambah matured la saya ek..? huh.

Erm,berbalik kepada puasa ni,suka untuk saya mengajak anda semua merenung ayat Al-quran daripada surah al-Baqarah yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertakwa.

Melalui ayat ni dapatlah kita simpulkan bahawa matlamat atau objektif kita berpuasa ialah taqwa kepada Allah. Apa yang dimaksudkan dengan taqwa itu? Taqwa ialah kita menghampirkan diri kepadaNya, menjaga diri daripada perkara yang mendatangkan murka Allah dan azabnya,serta melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Jadi,untuk mencapai tujuan tersebut,Allah telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 fasa sebagaimana yang disebut didalam hadis Nabi saw:

"أوله رحمه وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار"

Maksudnya: Awalnya(Ramadhan) adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan dan pengakhirannya adalah selamat daripada api Neraka.

Oleh itu sahabat2,rebutlah keistimewaan Ramadhan yang banyak ini. Saya tinggalkan post saya kali ini dengan sepotong hadis yang bermaksud:

“Celakalah orang yanag masuk ke dalam bulan Ramadhan membawa dosa, dan keluar bersama dosa itu juga.”

Allahu taa’la a’lam..