Nov 30, 2008

DEMAM BERNIAGA~

Assalamualaikum..~

sekarang ni demam berniaga lah plk..berniaga sempena "Rafest"lah katakan. termasuk lah aku sekali.. hari 1 st tu bersemangat bukan main lagi tolong Entrec berniaga.. nasi kerabu dan nasi dagang,memang sedap dibau,lazat di makan..huhu..

nasi kerabu gerai kami~

untuk membuktikan lagi kesedapan dan kelarisan gerai kami,lebih kurang pukul 11:30 pagi makanan di gerai kami sudah habis dijual..yang tinggal hanyalah lauk-pauk untuk nasi dagang sahaja.. n cian dekat 2 orang makcik guard tu..diorang tak sempat nak beli makanan dari gerai kami lantas memarahi kami kerana tidak menyimpan nasi kerabu untuk diorang..hihi,lawak la jugak.tp after solat jumaat,makcik tu boleh lah beli lagi..=)

















para penjual.~
cuba lihat dalam talam tu.. ayam goreng
untuk nasi kerabu hanya tinggal beberapa
ketul sahaja.(org dlm gmbr tu xde kena
mengena)



















sibuk melayani para pelanggan~

hari ni adalah hari terakhir jualan kami kerana malam ni akan diadakan "closing ceremony" untuk Rafest(Raudhah Festival)

wallahu'alam..



Nov 19, 2008

Puisi

aku hanya insan malang...
selalu derhaka pada tuhan...
selalu lupa pada ketaatan...
mabuk leka meredah kemaksiatan...
ya allah engkau tuhan..engkau tuan...
aku insan hilang pedoman...
mencari air di gurun gersang...
haus hatiku dambakan nur iman...
pimpin hambamu merentas jalan...
jalan lurus Ya Allah kau tunjukkan...
agar tak tersesat ku di hari kemudian...
merintih mengaduh penuh penuh penyesalan...
muka berdebu dosa keingkaran..
jasad tenggelam peluh kemaksiatan...
tangan terkapai lemas menjulang...
Ya Allah...
Ya Allah..
Hanya padamu hatiku serahkan...
agar nur petunjukmu menghias jalan...
Amien..

~nukilan: almusafirq8~

Nov 18, 2008

critical thinking yg meng"critical"kan pemikiranku~

tadi aku baru sahaja balik dari kelas critical thinking.. adui,pening kepala la jugak dalam kelas tu.. pelbagai persoalan dan masalah yang beliau timbulkan sehingga sedikit sebanyak aku tidak dapat menerima pendapat beliau.. mungkin di sebabkan beliau adalah seorang salafi dan sedikit sebanyak pendapatnya bercanggah dengan pendapatku.. tapi insyaAllah aku perlu terima segalanya dengan hati terbuka kerana itu hanyalah masalah khilafiah..~

ketika sesi pembelajaran sedang dijalankan, terdengar bacaan al-Quran berkumandang di udara menandakan hampir masuk waktu solat fardhu 'asar. then,beliau pun mengatakan bahawa beliau akan tersentak walaupun pada perkara kecil dan ianya secara tidak langsung berkaitan dengan critical thinking jugalah.. beliau memulakan hujah beliau dengan memberi contoh sekiranya masjid menguatkan bacaan al-Quran sehingga orang sekeliling dengar dan di situ juga terdapat penduduk yang terdiri daripada orang kristian dan bukan orang Islam, tentu ia akan mengganggu hidup mereka.. sekiranya kita berada ditempat mereka, yakni orang kristian menguatkan doa mereka di gereja barangkali, kita tentulah akan terganggu.. aduh, semua sahabat2 seperjuangan didalam kelasku diam termasuklah diriku.. kami tidak tahu apa yang patut dikatakan..* diam tandanya setuju* ( tapi aku kurang setuju.)

kemudian azan berkumandang, tiba-tiba terdetik di hatiku,sakgi tentu beliau akan membangkitkan hal berkaitan angkat tangan apabila membaca doa.. ha! memang tepat jangkaanku. beliau mengatakan sekiranya kita tak angkat tangan adakah doa kita tidak dimakbulkan?

seterusnya, beliau mengemukakan persoalan dimana didalam mazhab syafi'ie,mengapa ayah yang perlu menjadi wali kepada anak perempuannya apabila berkahwin? memanglah ar-rijal qawwamun 'ala nisa'.. tapi sedangkan ibu yang melahirkan anak tersebut.. ada hadis yang memuliakan mak sebanyak 3x kemudian barulah ayah. beliau juga ada menyebut,menurut mazhab maliki(kalau tidak silap aku)membenarkan sesiapa sahaja menjadi wali kepada anaknya.. aduh,memang memerlukan critical thinking sungguh perkara ni..Allahu Akbar.. aku sungguh kesal kerana aku tidak dapat memberikan pendapat tentang perkara tersebut.. ceteknya ilmu aku..!

ha, ada lagi, berdasarkan kes tangkap khalwat Norman hakim bersama sapa ntah ana xingat, beliau mengemukakan persoalan mengapa perlunya pencegah maksiat pergi mencari kesalahan mereka.. yang membuka pintunya perempuan tersebut, then, pencegah maksiat masuk dan mencari2 norman hakim didalam bilik.. tajassus namanya tu.. kemudian pihak media mewawarkan kes tersebut ke masyarakat umum( beliau tdk setuju..ana juga kurang setuju gak)..beliau mengemukakan hadis yang mafhumnya" sesiapa yang menyembunyikan keaiban muslim,Allah akan menyembunyikan keaibannya di akhirat". kemudian beliau mengemukan contoh, mengapa pihak pencegah maksiat tidak menagkap pelakon didalam televisyen yang secara terang-terang berpelukan dan mendedahkan aurat. mengapa juga mereka tidak mencegah dan menagkap orang2 islam yang pergi ke disko di malam hari??? benda yang nampak di depan mata tak nak tangkap, sedangkan benda yang tidak nampak itulah yang nak di carinya..
aduh, sebenarnya nak jer aku angkat tangan mengemukakan pendapat aku.. tapi mungkin disebabkan tiada keyakinan kot( sebab xda seorang pun yang argue..jadi,aku pn terikut sama..) =(..

aduh.. sakit kepala juga ni.. bukan marahkan beliau,tetapi marahkan diri sendiri kerana kurang yakin dengan diri n kurangnya ilmu untuk memberikan jawapan dan mengemukan pendapat sendiri..

* maaf sekiranya aku yang khilaf didalam memahami, tetapi persoalan2 beginilah yang akan aku hadapi dalam sem ni..*

tema hari ini: perkasakan ilmu didada..~

download

alhamdulillah..bersemangatnya aku pagi ni men"download" ceramah agama..
bertambah seronok apabila laju sahaja speednya..
maklumlah pagi-pagi buta,semua orang dah tidur..
alhamdulillah..Allah permudahkan..
smg ianya bukanlah hanya menjadi hiasan didalam laptopku..
sem baru azam baru ooo..hehe=)

link ni aku cari apabila teringat ceramah "bersama ulama" didalam laptop kakakku Naimah..
then,aku juga ada men"download" video klip lagu tema PAS.. suka bangat lagu tuh!

Nov 17, 2008

Muhasabah

mama dan baba selalu ingatkan kami supaya bersyukur dengan apa yang ada. jangan dilihat pada orang yang lebih senang daripada kita,tapi lihatlah pada orang yang lebih susah daripada kita. ya.. aku akan ingat pesanan ini dan sekarang dalam proses mencuba untuk menerima seadaanya.

sebagai contoh,raya baru-baru ini, baju raya aku juz sepasang sahaja sekiranya nak dibandingkan dengan adik beradik yang lain dimana baju raya mereka lebih daripada 3 pasang. aku tak kisah kerana apabila aku hidup berjemaah di universiti dan selalu mengikuti program,banyak pengajaran yang aku dapat. tapi mungkin disebabkan baju aku yang banyak sehingga tak terpakai menyebabkan aku berbuat demikian kot..ntah la..hanya aku yang tahu..

tapi apa yang pasti, aku sungguh terkesan hati apabila membaca didada akhbar mengenai kisah rakyat palestin. apabila tibanya musim perayaan, ketika kita semua kalut-kalut untuk membeli, membuat dan menempah baju raya,mereka tidak membuat demikian.. mereka tidak membuat, menempah,membeli apatah lagi memakai baju baru,tetapi mereka saling menukar baju untuk anak-anak mereka dengan jiran mereka.kerana apa? kerana mereka mahukan anak-anak mereka merasa memakai baju baru walaupun pada hakikatnya itu bukanlah baju baru. boleh kita katakan disini,kalu kita nak tengok sistem bater,bolehlah kita pergi ke sana. Allahu Akbar! sedih bangat.!

aku terkesan lagi pabila pergi menziarahi kenalan baba,mama dan kenalan kami. ada diantara mereka yang hidup serba kekurangan! sebagai contoh, ketika aku pergi menziarahi salah seorang kenalan kakakku naimah bersama mama dan baba.. apabila melihat keadaan rumah yang agak uzur,kita semua boleh menafsirkan keadaan mereka. apabila mengenangkan ayahnya yang kurang jelas penglihatannya dan sudah tidak boleh bekerja,menambahkan lagi keyakinan aku.tambahan pula, tetamu yang datang hanyalah duduk diluar berlantaikan tikar.apatah lagi secara kebetulan, apabila saudara-mara beliau datang menziarahi dan mahu beransur,ayahnya tidak memberikan duit raya kepada kanak-kanak. can u imagine it?

ketika didalam perjalanan pulang,baba menceritakan kepada kami bahawa ketika kawan kakakku hendak melanjutkan pelajaran ke menara gading, ayahnya telah meminjam wang lebih kurang rm400 daripada saudaranya untuk perbelanjaan anaknya.huh,cuba korang bayangkan duit sejumlah itu tiada didalam tangan. Allahu akbar! menitiskan air mataku.! (tapi pandai2 lah aku cover supaya diorang semua x nampak..huhu). kenapa tiba-tiba jer aku menitiskan air mata? kerana aku terlampau emosional kah? tepuk dada,tanya aku..

itulah,hidup serba kesusahan adalah tarbiyah dr Allah.. hidup senang juga tarbiyyah..
tapi apa yang penting macam mana kita menghadapi pentarbiyyahan tersebut.. adakah kita menghadapinya dengan penuh keimanan atau sebaliknnya?

kadang-kala aku sendiri hampir tewas dan tertewas dek nafsu yang tidak puas-puas.. nak beli itu,nak beli ini.. macam mana ni wahai diri? *masa untuk muhasabah*

~sekadar renungan bersama~

wassalam...

Nov 11, 2008

Sem Baru



Hari ini hari baru..

Hari ini bermulanya azam baru..
Hari ini tinggalkan perangai kurang bagus..

Kerana hari ini bermulanya sem baru yang lebih mencabar sedang menantiku..


Dimulakan dengan langkah bismillahi tawakkaltu 'alALLAH disertai solat hajat,aku berharap sem ini menjadi sem yang terbaik buat diriku sebelum menjejakkan kaki ke main camp as a student di sana dan sekaligus menjadikan sem yang terbaik dari sem-sem sebelumnya..

Sem ini juga merupakan sem yang perlu dipulun lebih kerana contact hour aku adalah 18 jam di mana ia merangkumi 6 core course.. Aduh,sakit jugak tu,kerana sem sebelum ni aku juz ambil 4 core course only n 12 jam contact hour sahaja.. Erm,tapi takper,sebenarnya kalau contact hour 18 jam x per lagi sekiranya nak dibandingkan dengan 1st sem dulu,37 jam lagi tuh!sangat letih!! tapi sekarang alhamdulillah..


Memandangkan sem ini adalah sem last dan azamku adalah azam baru,harapanku aku tidak tergodalah untuk tidur selepas subuh. InsyaAllah,aku boleh buat! kalau di rumah boleh,limaza kt sini tak boleh ek? jadi sekarang adalah masa untuk mengembara mencari sifat istiqamah..=)

Sahabat, ingatkan aku sekiranya aku terlupa, kerana aku seringkali di uji dengan setiap apa yang aku tuturkan atau lebih tepat,apa yang aku nasihatkan.. Kadang kala, perkara tersebut berlaku kembali kepada diriku.. Tapi aku tahu bahawa Allah sentiasa akan menguji hamba-hambanya yang beriman..seperti mana didalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermkasud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;" Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

Wa akhiran,sahabat ana memohon doa dari kalian semua,doakan ana berjaya dunia akhirat yer..!

ّاللهم جعلني من الناجحين في كل امتحان في الدنيا والأخرة~