Feb 28, 2009

SANAH HELWA WAHAI DIRI..

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..

bila lihat profile frenster..sama jer angkanya..
susah betul nak berubah..
tengok profile blog... pun sama! ades, x berubah jugak angkanya..
bila nk berubah ni..?
lor, kena tunggu cukup 365 hari..
baru lah boleh berubah chek..
haa,alhamdulillah,hari yg ditunggu2 telah pun tiba..
hari ni berubah juga angkanya..
dari angka 19 bertukar ke nombor 20..
hehe,macam tak sabar2 nk tua lah pulak bunyinya..ish2

syukur lillah,Allah masih lagi memberi peluang untuk ku hidup udara di bumi yg penuh barakah ini.. makin bertambah usia,makin dekatlah diriku dengan kematian..
makin bertambah usia,makin bertambahlah catatan amalanku..
namun begitu,apa yang penting,adakah kebaikan ku lebih banyak dr keburukan atau
sebaliknya?
masa untuk muhasabah diri ya Shahirah..

terharu dengan sahabat2 yg sudi menelefon untuk wish besday disamping mendoakan ana.. dan bertambah terharu apabila sahabat2 seperjuangan buat gimik besday meskipun esok diorang ada exam dan syukran awi2 diatas pemberian hadiah besday diorang yg comel..syukur ya Allah kerana dikurniakan sahabat2 yg baik hati..
smg usia ana yg mendatang dipenuhi dengan nilai ketaatan seorang hamba..
mjadi anak solehah kpd mama baba..kakak & adik yg penyayang..saudara, sahabat,anak murid yg disenangi ramai..dan segala-galanya yg terbaik walaupun diri ini tidak akan menjadi perfect! apa yang penting,smg diriku mendapat tempat yang tinggi dcc Allah,para malaikat dan rasulNya..Amien ya Rabb..

wallahu'alam~

Sanah Helwa ya Shahirah..6_^

Feb 27, 2009

PERJUANGAN DI SINI HAMPIR BERAKHIR

baru2 ni kakak najihah cal bagitau yg dia nak amik barang2 ana.tp b4 ana abes exam. pada masa yg sama,bolehlah amik adikku terus sebab dia abes exam awai..biasalah,adik2 1st year...

adeh,xbestnya..kenapa nak amik awai sangat? mulanya xpuas ati jugak deng ni.. sebab barang2 banyak yang perlu dikemas n kebanyakannya adalah keperluan diriku.. tapi,ana x bolehlah mementingkan diri sendiri, actually,dia pun buzy jugak.. musim exam pulak tu sekarang nih.. jadi konklusinya, hanya benda yg betul2 wajib sahaja yg perlu ana tinggalkan.. benda2 sampingan tu baik kirimkan siap2.. kalau x,jenuh la deng nak angkat beg berat waktu nak balik nanti.

'ala kulli hal,alhamdulillah, kerana ada jugak orang yg amik brg2 ana sekiranya nak dibandingkan dgn shbat2 ana yang terpaksa menumpang brg di rumah shbt2 lain sementara menunggu masuk short sem dek jarak yg jauh.. bila difikirkan balik tentang perkara nih, ana memang dah cukup bertuah..SYUKUR LILLAH..

syukur lagi sekali kerana dikurniakan seorang kakak yg baik hati.. selalu sungguh menolong adik2nya.. almaklumlah,mama baba dok jauh nun di sana.. jadi apa lagi, kami 2org ni pun slalulah amik ksmpatan utk menyusahkan dia.. hu3.. bagus juga baba bagi kereta kt dia, banyak sungguh membantu!. walaupun ada jugak hajat baba xtercapai yakni kereta itu digunakan utk ke "Taman Melewar".. tp ok lah,dia g jugak taman melewar,cuma setakat g umah pakcik makcik jelah.. bkn g tmpt program..hu3.. tp apa yg penting.., dia gunakan kereta tu g ngajar ngaji di rumah untie2.. n g tuisyen bahasa korea yg dia amat minati tuh..huhu, xdpt deng nk nolong lah klu org dh minat korea! alhamdulillah baba x kisah dia belajar bahasa Korea.. deng doakan tercapai jugak hajat dia nk g korea bulan 5 nih. bolehlah pesan Brooch made in Korea..huh,shahirah2.. bergaya no 1!!!
xpa,tunggu esok,akan ada azam baru..^_~


barang2 kirimanku yg x kurang banyaknya~

Feb 22, 2009

Atamanna Najahan Bahiran Fil Imtihan


sahabat2 yang dirahmati Allah,
esok bermulalah final exam ana..
doakan kejayaan ana n sahabat2 ana disini k..
semoga kami dapat buat yang terbaik dan dipermudahkan segala2nya..
insyaAllah..TERBAIK!!!!

p/s: mohon maaf atas segala-galanya..
wassalam..

Feb 16, 2009

Ujian Untuk Dirinya

ana terkejut apabila diberitahu tentang identiti salah seorang vokalis nasyid yang telah berubah imejnya daripada seorang sahabat.. mula2 macam tak nak percaya, tapi apabila melihat sendiri, Ya Allah,hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ana.. nak nangis+ terkejut..semuanya bercampur menjadi satu..

sedih bila mengenangkan beliau adalah diantara kumpulan nasyid yang ana minat waktu zaman kanak2 dulu2.. ana rasa kesian sangat pada beliau.. apa yang terfikir di minda ana,bagaimanakah perkara ini berlaku?

adakah disebabkan faktor persekitaran.? masih segar diingatan ana, dulu ketika kakakku nak apply medic luar negara, sepupu babaku yang juga merupakan seorang doktor sudah berpesan awal2.. naimah jgn minta medic luar negara khususnya negara barat.. takut terpengaruh dengan gejala tidak sihat.. ini disebabkan berdasarkan pemerhatian beliau,beliau lihat ada kalangan budak medic drp sek agama yang terkenal dengan sistem pentarbiyyahnya, tergelincir apabila berada disana.. mungkin peratusannya agak kecil,namun,sebelum perkara ini berlaku,better kita cuba elakkannya..baba pula hanya membenarkan kami belajar di negara timur tengah sahaja kalau nak pergi luar negara pun.. biasalah, anak perempuan,susah sikit lah.. xper,mungkin kami boleh belajar di sana apabila dah berumah tangga kot..ish,kena cari suami yang nak sambung study di negara orang putih nih!!..huhu gurau jerk!

anyway,ana doakan semoga beliau akan berubah suatu masa nanti.. ana kesian sangat pada beliau.. ini adalah ujian untuk dirinya.. mohon Allah sentiasa lindungi kita daripada perkara2 yang tidak elok..
apa yang ana harapkan, apabila ana menulis ni,ana tidaklah membuka keaiban dirinya selagi mana ana tidak menyebut nama beliau.. juz sekadar coretan hati ana dan pengajaran buat diri yang lemah ini..

ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة
wallahu'alam bissowab..

Feb 15, 2009

Sukarelawan TERAS

alhamdulillah..hari ni ana bersama beberapa orang sahabat berkesempatan untuk join aktiviti kemasyarakatan bersama TERAS.. aktiviti ni lebih kurang aktiviti khidmat bantuan kesihatanlah..(huhu betul ke?)

apabila kak Nor yang baik hati tanya kami sama ada kami pernah join tak aktiviti macam ni sebelum ni..ana dengan serba salahnya menjawab "pernah"..huhu..(serba salah sebab waktu sertai dulu,ana bukannya tolong check orang pun..) tapi,ni kira pengalaman kedua lah yakni pengalaman pertama ana join aktiviti yang lebih kurang macam ni ketika ana ikut kakak ana pergi perkampungan orang asli utk check kesihatan mereka..hehe,ana dengan buat muka seposen, menyamar jadi budak medik yang last2 sekali terbongkar jugak penyamaran ana..huhu,geli hatilah pulak bila diingat kembali.. biasalah waktu tu tengah boring ketika cuti sabtu ahad n xda apa2 nak buat kt damansara(umah mak sedara),jadi, kebetulan kakak ana yg Mesir datang kl dr taiping,so bila dia ajak,dengan rela hatinya ana nak pergi dengan mengenepikan satu "perasaan"..huhu..

tapi alhamdulillah..semua yang ada kat sana sporting2 belaka..mula2 sampai diorang kenal ana dengan title "pelajar medik Mesir"..kih2..ana tak cakap macam tu pun..cuma diorang yang terfikir macam tu..mungkin sebab ana pergi dgn geng2 budak medk Mesir kot..tapi lama2 sikit,barulah ana dikenali sebagai budak IRK UIAM..huhu..malu lah pulak kt senior2 UIA medik yang join sekali progam tu.. tapi ana buat muka seposen je..6_^.. "bersandar pada kenangan"..

pengalaman berharga~

~anak2 org asli..sedih bila tengok diorang~

kenangan oooo..baru 1st time gi kg org asli.. tp ana setakat jadi tukang masak jer..
inilah bakal2 doktor dan 2 org doktor yg bergaya..kecuali seorang budak yang bermuka seposen..
(30 ogos 2008)

Eh..terlajak cerita pasal ni pulak dah..

k..anyway, program kemasyarakatan pagi tadi memang best..! kalau antum ada peluang untuk join program2 sebegini,pergilah.. bak kata diri ana,pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..



sukarelawan yang perasan bergaya..huhu~

buat2 sibuk mengambil maklumat peribadi tetamu yang hadir..~

rasanya setakat ni dulu..
wassalam..


Feb 10, 2009

Kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang


tengah hari tadi ana mndapat tahu bahawa ahli parlimen Bukit Gantang meninggal dunia daripada senior seperjuangan.. terkejut ana! kerana bukit gantang adalah kampung baba ana,berdekatan juga dengan rumah ana di taiping..
dalam fikiran ana, ana merasakan yang ana seperti kenal dengan ahli parlimen tersebut.. tapi bibir tak mengeluarkan kata untuk bertanya siapakah gerangan beliau..
lebih kurang pukul 7.00pm gitu, sahabat stam ana ketika dulu send info mengenai kematian Allahyarham kepada ana dan memberitahu nama allahyarham.. bertambah terkejut kerana beliau adalah orang yang ana kenal! yakni abang ipar kepada sepupuku..
then ana menelefon mama ana untuk mendapatkan maklumat lanjut.. mama bagitahu,beliau meninggal akibat sakit jantung dan meninggalkan 11 orang anak.. umurnya tua setahun daripada baba.. memang boleh dikatakan agak muda lagi..
actually,ana merasakan seperti baru semalam sahaja bertemu dengannya ketika kenduri sepupuku dulu..
akhir kata,..
"..kullu nafsin zaiqatul maut.."

sama2 kita doakan kesejahteraan Allahyarham disana.. al-Fatihah..

Feb 6, 2009

Perak Owh Perak

hari ni sedih bila mengenangkan negeri tercinta dikuasai oleh UMNO semula..
baru sahaja pakatan rakyat memerintah negeri tersayang,
tup2 Perak diambil alih semula oleh diorang yang sememangnya ana tidak setuju..
tetapi walau sesedih mana pun,
ana perlu ingat,
tumbangnya pakatan rakyat tidak bererti lumpuhnya organisasi PR..
mungkin ada hikmah disebalik segala-galanya..
who knows?
mungkin Allah menarik sesuatu yg kita anggap baik adalah untuk menggantikan dengan yang lebih baik daripadanya..
Apa-apapun,yakin dengan Allah,bahawa Dia tetap akan membantu pihak yang benar..
cuma masa sahaja yang menentukannya..

"Bila hati berjuang kerana Allah,
Dugaan itu tempat bersinggah,
Keperitan ditelan sbg juadah,
Kejayaan dianggap 1 mimpi yang indah,
Andai ditakdirkan rebah,
Hati tetap REDHA kerana ALLAH swt.."

wallahu ta'ala 'alam 'ala kulli hal..

Feb 4, 2009

BUNGA








~MUSLIMAH dan BUNGA memang TIDAK dapat DIPISAHKAN~