Jan 23, 2008

Seronok,gembira, atau sedihkah ana??

Cuba antum fikir andai antum lihat kemaksiatan berlaku didepan mata antum,antum suka tak? baru sebentar tadi ana blk dari Giant n Nilai Square bersama seorang teman..then,kami terserempak dengan sahabat kami sedang berjalan dengan couple dia..adoi,sedihnya!! Pelajar yg mengambil jurusan agama tp tak mengamalkan apa yang diketahui..ntahla,sedih sangat..nk tegur,tp mcm tak da kekuatan,just blh tegur dlm hati jer..(itulah selemah-lemah iman)
Ana harap,bila ana tulis entri ni,antum semua dapat muhasabah diri balik dan perbetulkan mana yang patut dperbetulkan. Especially bab ikhtilat.ana juga sedang dalam usaha untuk memperbetulkan dan lakukan yang terbaik untuk diri ana..ISLAH MASTATA’TUM!!

~huh,banyak lagi yang nak ditulis,tapi masa tak mengizinkan coz ana baru dapat panggilan yang ana perlu ke PJ dalam beberapa jam yang akan datang.Ada opening ceremony untuk Sport & Martial Arts Carnival 2008(SMAC)~ Pray for me!!

Jan 11, 2008

Ikhtilat Ikhwah & Akhawat, Bagaimana Dengan Ana?

Ana terfikir,adakah ana pernah melakukan ikhtilat(percampuran) diantara lelaki dan perempuan yang tidak ada maslahah dalam agama? Ana tak pasti,sama ada ana tergolong atau tidak,tapi mungkin sesiapa yang mengenali diri ana boleh membuat kesimpulan sendiri samaada ana pernah melanggar batasan pergaulan antara ikhwah/akhawat atau tidak yang boleh dikatakan sebagai ikhtilat.Tapi yang pastinya,syaitan keliling pinggang dan dia sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak adam..

Ikhtilat diantara lelaki dan perempuan adalah diharuskan didalam islam sekiranya ia mempunyai kemaslahatan dalam agama contohnya dalam bidang muamalah seperti jual beli,pendidikan dan penyaksian di pengadilan.Namun perhungan itu mestilah seiring dengan batasan syariat islam.Ia mungkin akan menjadi haram apabila mereka melakukan perhubungan tanpa ada sebab munasabah yang dibenarkan seperti ikhwah dan akhawat berhubung just setakat untuk bertanya khabar,bercakap soal hati dan perasaan dan bersembang perkara yang melaghokan sehingga melanggar batas-batas perhubungan itu sendiri.

Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat ini terjadi mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Ok,suka untuk ana berikan contoh dikalangan sahabat/sahabiah sekampus ana sendiri yang mostly melanggar batas prgaulan antara ikhwah dan akhawat. Ikhtilat yang tidak berlandaskan syara’ ni bukanlah berlaku kepada orang tidak berpendidikan agama sahaja,malah yang berpendidikan agama juga turut terjebak dalam perkara ini.Adakah ana tergolong sama?muhasabah diri balik caet!!

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.Itulah yang berlaku pada masyarakat hari ini.

Di sini ana nak sebut tentang pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini:-

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".

Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’.Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,

1)"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".

2)"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu". (HR Ahmad)

Dan firman Allah yang bermaksud:
"... maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)

2) Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjalan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'jangan jaga tepi kain orang'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tiada lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalangan masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda dengan sewenang-wenangnya berdua-duaan.perlu diingat bahawa couple boleh menjerumuskan kita kepada pelbagai jenis zina(boleh rujuk post ana yang lepas) Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan hingga melibatkan keluarga.

Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat.Sepertimana yang kita sedia maklumi,alam pertunangan banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita rintangi.

Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.(fakir-fikirkan..)

Erm,contoh yang paling dekat sekali dengan ana ialah sahabat-sahabat ana sendiri,yang ada certainnya,bersembang sehingga larut malam bersama buah hati masing-masing.Yela,sekarangkan dah ada macam-macam pelan berbual especially maxis.super saver la katernya..ish2.menambahkan dosa lagi adala sekiranya digunakan pada tempat yang salah..perlu diingat bahawa orang-orang barat sekarang sedang berusaha untuk menghancurkan islam dan menjadi musuh dalam selimut umat islam hari ini. barangkali salah satu caranya ialah dengan mempromosikan super saver sehingga melalaikan ummah hari ini.Bagi yang tak sependapat dengan ana minta maaf yer..:)

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.

Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.(terasakah aku?kerana ana juga mempunyai YM..YaAllah,aku memohon kepadamu daripada melakukan perkara sia-sia)

Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum adam dan hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka diantara satu sama lain. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat kita sendiri.

The most important,bagi yang belum mengetahui tentang ikhtilat,cuba-cubalah untuk memahaminya,dan bagi yang sudah memahami mari kita mengamalkan ilmu yang kita sudah sedia maklumi..ana sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan antum semua.dan selepas ini,menjadi tanggungjawab ana untuk berusaha memperbaiki diri dalam perhubungan antara muslimin dan muslimat.wallahu’alam

~orang yang menulis tidaklah sebaik orang yang membaca~

P/s: tolong perbetulkan andai ada kesilapan didalam maudhu'post kali ini..

Jan 8, 2008

so,apa penyelesaiannya??couple oh couple..

Ok,utk menyahut seruan faidz,ana rasa jalan terbaik yang perlu diambil bagi pasangan yang sudah terjebak dan sedang berjinak-jinak dengan percintaan adalah dengan kesedaran dan muhasabah diri. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan. so,segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredai dan dimurkai Allah ini dan mengambil keputusan untuk menjalinkan pernikahan.sesungguhnya pernikahan itu membawa kepada sakinah,mawaddah dan rahmah.Marilah sama-sama kita renungi firman Allah yang bermaksud:

“dan diantara tanda-tanda kekuasaannNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
Surah Ar-Rum(30) ayat 21.

Bagi pasangan yang benar-benar serius,anda harus ingat,semakin manis hubungan sebelum berkahwin,semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti.thats why bcoz,sekiranya kita terus melakukan hubungan sebelum perkahwinan,kita tentu akan tahu banyak perkara tentang si Dia,n bila dah berumah tangga,ape lagi yang perlu kita tahu dan dikongsi cerita? Perlu diingat perkahwinan bukan hanya untuk sehari atau setahun dua,tapi utk sepanjang hayat..apabila kita berkahwin,bermaksud kita sudah menyempurnakan sebahagian dari agama kita. Ni adalah hadis k,tapi minta maaf,ana terlupa siapa perawi dan matan hadis ini sepenuhnya.tapi insya-Allah ni hadis sahih.kalau nak confirmkan,sila cari dalam buku “Tentang Cinta”.insyaAllah ada.ana baca buku tu dua tahun lepas kot..huhu

Ana percaya,setiap dari kita tentu nak pasangan yang beriman sebagai teman hidup.so bagi merealisasikan impian tersebut,kita perlulah mengikut prosedur yang betul dalam menjalinkan hubungan percintaan barulah kita akan dapat pasangan yang soleh/solehah insya-Allah. Firman Allah,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah,

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”
Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki.itu memang fitrah bagi insan yang bernama manusia. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah,

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.

Ana rasa,cukuplah setakat ini..dah tengah malam pun,esok da kelas lak kol 9am.sama-samala kita ambil ikhtibar dan pengajaran serta mnyebarkan fikrah dakwah..
insya-Allah...

P/S: ni ada sedikit bingkisan yang ana peroleh dari sahabat ana melalui YM..Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya ttg hbgn cinta sblm nikah. Jawab beliau; Jika hbgn itu seblm nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adlh HARAM, krn tidak boleh sesorg utk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Jgnlah seorang lelaki bedua-duaan dgn seorg wanita kecuali ada brsama-sama mahramnya, dan jgnlah sesorg wanita berpergian kecuali brsama mahramnya...

Jan 6, 2008

Couple..ada apa dengan coule??

“Aku teringat kt bdk 2 la..mcm mn nk buat ek?dah lama x jumpa dia and sms dia.ei,rindunya kat dia..”
Erm,kita selalu dengar perbualan sebegini kan? Kalau korang kata korang tak pernah,boleh percaya ker?hehe.tapi yang penting aku pernah..huhu..biasala,bila dah masuk ke alam universiti,macam-macam ragam manusia yang kita boleh jumpa.kalau waktu aku di alam persekolahan dulu, mungkin perkara ni masih terkawal bagi membentuk “biah solehah” dikalangan pelajar.

Actually bercouple ni boleh menjurus kita kepada zina hati dan cabang-cabang zina yang lain.korang kena ingat zina tu ada byk jenis dan salah satunya adalah apa yg telah ana perkatakan tadi.ok,aku nak tanya korang beberapa soalan cepu mas:
-ada apa dengan couple?
-best ke cople tu?
-betul ke bila korang bercouple korang akan kawin dengan si dia?
-adakah perhubungan korang tu diredhai Allah and berpandukan syariat islamiah?
-pernah tak korang keluar berdua tanpa muhrim?
-mak ayah korang izinkan ke korang bercouple n keluar bersama?
-Apa hala tuju perhubungan korang?
-…………………
huh,kalau nk tanya soalan sampai esok pun tak abes kot aku rasa.ok,bagi pasangan yang sudah “bercouple” tentu tak suka dengan isu yang aku tengah bincangkan ni dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan demi mempertahankan cinta suci korang tu,betul tak?

Ok,bagi orang muslim yang berIMAN.suka utk aku highlightkan perkataan beriman sebab sekarang ni ramai orang yang mengaku beragama Islam, tapi tak mengamalkan cara hidup Islam itu sendiri. Aku rasa korang tentu faham maksud aku kan?erm,berbalik kepada muslim beriman tadi,kita perlulah merujuk kepada Al-Quran dan As-sunnah sebagai pegangan kita.Ada segelintir daripada kita yang mungkin terkhilaf dalam memahami berkata” Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, so kenapa tak boleh bercouple?
memang tak dinafikan tentang perkara tersebut sebagaiman firman Allah daripada Surah Yasin(36) ayat 36 yang bermaksud:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nur(24) ayat 30

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”
Surah An-Nur(24) ayat 31.

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu.so,kalau kita sudah terjebak didalam gejala “couple”, sudah tentu kita asyik nak berdating dengan dia dan mata telah memainkan peranan penting dalam cintan-cintun ni,betul tak?. Bagi yang berkata “kami cuma sms je,mana da jumpa pun”sudah tentu kekadang terfikir-fikirkan si dia padahal banyak benda lagi yang kita perlu fikirkan dan masa yang ada ni perlu kita gunakan dalam menggerakkan gerak kerja islamiah.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul(berpegangan,brgurau menggunakan tangan). Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina.So fikir-fikirkan sendiri jalan mana yang kita nak pilih,couple or tak.lagipun bagi para remaja,korang kena “takdimul ahammul minal muhim”.pelajaran lebih penting dan bagi ana,jangan sesekali kita cuba berjinak-jinak dengan budaya couple,biarlah kita persiapkan diri kita dengan iman yamg mantap dulu,pastu baru fikir pasal “couple”(couple yang ana maksudkan kat sini ialah perkahwinan).tanpa iman masakan kita dapat melahirkan generasi rabbaniyyin yang memerintah daulah islamiah dengan adil.ye tak?

~sekadar pesanan dan peringatan untuk diri ana dan para pembaca. Mohon maaf andai da terkasar bahasa dan semoga kita memperoleh kebahagian duniawi dan ukhrawi~

Jan 3, 2008

Kenapa Kita Perlu Menghafaz Al-Quran?

Ditulis oleh Sallehuddin Ishak, Glasgow

Tuesday, 01 August 2006

Cuba tanyakan kepada diri kita sendiri, ‘Kenapa saya harus menghafaz al-Quraan?’. Kemudian tanya pula mereka yang arif dalam soal motivasi diri, ‘bagaimanakah cara untuk berjaya mencapai cita-cita?’ dan ‘Kenapa pula ada orang yang ‘mati celik?’.

Mungkin ada pakar motivasi menyarankan bahawa orang-orang berjaya adalah mereka yang mempunyai kekuatan dalam diri dan mempunyai ‘definite purpose’ dalam perjuangan hidup.

Apakah pula ‘definite purpose’ para penghafaz al-Quraan?. Adakah kerana mengikut 'trend' atau kerana budaya satu-satu bangsa (terutamanya bangsa Arab)?

Adakah kerana sekeping sijil atau kerana salah satu syarat untuk memperoleh kelulusan akademik?. Mungkinkah juga bagi mencapai cita-cita untuk menjadi imam yang tersohor atau untuk digelar orang sebagai al-Hafiz, al-Qari’ wal-Muqri'?.

Tanyakan diri kita sendiri, dari mana asalnya gelaran-gelaran tersebut? Adakah bersumberkan nas-nas yang sahih?, Adakah gelaran-gelaran tersebut telah wujud di zaman Rasul SAW, Sahabat dan Tabi-ein?

Untuk mengimbau cita-cita para huffaz, cuba lihat nas-nas berikut:

NAS-NAS KUMPULAN 1

وعن أبي موسى رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « إِنَّ مِنْ إِجْلالِ اللَّهِ تعالى إِكْرَامَ ذى الشَّيْبةِ المُسْلِمِ ، وَحَامِلِ الْقُرآنِ غَيْرِ الْغَالي فِيهِ ، والجَافي عَنْهُ وإِكْرَامَ ذِي السُّلْطَانِ المُقْسِطِ » حديثٌ حسنٌ رواه أبو داود .

Dari Abu Musa (lah.A) meriwayatkan bahawa RasulAllah S.A.W bersabda, “antara orang-orang yang dimuliakan oleh Allah ialah orang tua Muslim, penghafaz al-Quraan yang tidak membuat silap; dan seseorang yang apabila diberi kuasa dia berlaku adil” ; Nota : perkataan ‘ghairu ghali’ boleh diterjemahkan ke bahasa Inggeris sebagai ‘not aggressive when putting into practice and not taking shelter of far-fetched interpretations to justify own intellectual and religious perversion’

وعن جابرٍ رضي اللَّهُ عنه أَنَّ النبي صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم كَانَ يَجْمَعُ بيْنَ الرَّجُلَيْنِ مِنْ قَتْلَى أُحُدٍ يَعْني في القَبْرِ ، ثُمَّ يَقُولُ : « أَيُّهُما أَكْثَرُ أَخْذاً لِلْقُرْآنِ ؟ » فَإِذَا أُشِيرَ لَهُ إلى أَحَدِهِمَا قَدَّمَهُ في اللَّحْدِ . رواه البخاريُّ

Jaabir (lah.A) meriwayatkan bahawa, selepas peperangan Uhud, ketika sedang mengaturkan susunan kedudukan di dalam liang lahad bagi dua jenazah tentera yang syahid, RasulAllah S.A.W bertanya kepada para Sahabat, “siapakah di kalangan mereka ini yang lebih banyak hafazan al-Quraannya?”. Mana-mana yang dikenal pasti sebagai lebih lebih hafiz akan disemadikan terlebih dahulu .

NAS-NAS KUMPULAN 2

Siapakah Ibn ‘Abbas?. Namanya Abdullah bin ‘Abbas bin ‘Abdul Mutalib. Beliau ialah sepupu RasulAllah S.A.W. Ketika beliau dilahirkan, RasulAllah S.A.W. berdoa supaya Allah mengurniakan bayi tersebut tiga perkara iaitu supaya (1) menjadi seorang yang faqih-fi-ddin, (2) diajarkan oleh Allah mengenai ‘ta’weel’ al-Quraan, dan (3) ditunjukkan kepadanya ‘sirat al-mustaqeem’. Selepas RasulAllah S.A.W. wafat beliau telah menjadi pakar rujuk kepada semua sahabat termasuk Khulafa’ al-Rasyideen. Oleh kerana faqihnya beliau dalam hukum-hakam dan tersangat tinggi kefahamannya mengenai ‘ta’weel’ al-Quraan, beliau banyak menegur tafsiran-tafsiran al-Quraan yang tidak tepat yang dilakukan oleh para Sahabat dan Tabi-een. Ibn ‘Abbas dianggap oleh para Sahabat sebagai lautan ilmu. Sekiranya kita meneliti latar belakang para ulama’ yang masyhur, sama juga seperti Ibn ‘Abbas, tiada seorangpun daripada mereka yang tidak menghafaz al-Quraan. Pendek kata, tidak sempurna kefaqihan seseorang tanpa menghafaz al-Quraan.

NAS-NAS KUMPULAN 3

Dalam ayat Aali-'Imraan, ayat no. 146, Allah SWT menyatakan bahawa ramai daripada mereka yang berperang bersama-sama para nabi adalah yang bersifat ‘Rabbaniyy’. Di tempat lain, di surah yang sama pada ayat no. 79, Allah SWT menjelaskan bahawa antara tugas para Rasul ialah untuk menyeru manusia supaya masuk ke dalam golongan ‘Rabbaniyyun’ - iaitu dengan cara mempelajari belajar ‘Kitab Allah’. Dalam konteks yang sama tetapi daripada perspektif yang berbeza, jika kita tinjau sejarah Islam, rata-rata para sejarawan bersetuju bahawa inisiatif pengumpulan dan penulisan al-Quraan adalah berpunca daripada kebimbangan para Sahabat terhadap ramainya penghafaz al-Quraan yang gugur syahid dalam peperangan-peperangan, sama ada di zaman Rasul S.A.W. atau selepasnya. Hatta di zaman kita hari inipun, ramai daripada ulama’ yang gugur syahid adalah terdiri daripada penghafaz al-Quraan. Imam Hasan al-Banna, Sayyid Qutb dan Sheikh Ahmed Ismail Yassin hanyalah sebahagian daripada contoh. Ringkasnya, sejarah mengisyaratkan bahawa terdapat kaitan yang rapat antara menghafaz al-Quraan dan peluang untuk mati syahid.

NAS KUMPULAN 4

عن عبدِ اللَّهِ بنِ عَمْرو بن العاصِ رضي اللَّه عَنهما عنِ النبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : « يُقَالُ لِصاحبِ الْقُرَآنِ : اقْرأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَما كُنْتَ تُرَتِّلُ في الدُّنْيَا ، فَإنَّ منْزِلَتَكَ عِنْد آخِرِ آيةٍ تَقْرَؤُهَا » رواه أبو داود ، والترْمذي وقال : حديث حسن صحيح .

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘As, RasulAllah (SAW) bersabda, ‘pada hari kiamat nanti, Sahibul-Quraan akan diperintahkan oleh Allah dengan “bacalah dan naiklah darjat kamu dan bacalah ia sebagaimana kamu membacanya di dunia. Darjat kamu akan ditentukan pada ayat terakhir kamu mampu membacanya”…’

KESIMPULAN

Daripada nas-nas al-Quraan, hadith, seerah dan dan sejarah sekurang-kurang ada empat ‘definite purpose’ yang yang menjadi motivasi untuk mendorong generasi terdahulu untuk menghafaz al-Quraan, iaitu:

PERTAMA – Dimuliakan oleh Allah semasa masih hidup lagi sehinggalah kepada penentuan kedudukan di dalam liang lahad;

KEDUA – Sebagai syarat kesempurnaan untuk kefaqihan dalam soal-soal agama;

KETIGA – Bagi mendekatkan diri kepada peluang untuk mati syahid;

KEEMPAT – Sebagai persediaan untuk menyahut perintah Allah supaya membaca al-Quraan di Padang Mahsyar nanti.


Sallehuddin Ishak, Glasgow

http://www.alkis.orang.my/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=68&Itemid=2

DOA MENCARI CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. ..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada MU......

Ya Allah, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU, agar tidak terjatuh aku dalam jurang yang jauh dari cintaMU..... ..

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati MU....

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan MU.......

Ya Allah jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga MU.....

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya melihatMU di akhirat nanti……

Ya Rabbi, pertemukanlah aku dengan seorang hambamu yang dapat menjamin kehidupanku di dunia yang fana ini supaya aku dan dia tetap patuh dan reda dengan kehendak dan iradahmu……

Berilah taufik dan hidayahMU agar aku tetap mencintaiMU, orang yang mengasihiMU dan seorang yang dapat menjamin solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untukMU……..!!

HIKMAH DI SEBALIK 10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

1. Segeralah tunaikan solat, kerana ia mendidik diri kepada takwa dan disiplin.

2. Bacalah Al- Quran, ia melembutkan hati dan menyegarkan jiwa.

3. Bertuturlah dengan bahasa yang jelas, kerana ia membawa keberkesanan dakwah.

4. Janganlah terlalu banyak berdebat, kerana ia menghapuskan kemesraan sesama muslim.

5. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana ia menjadikan hati anda keras dan tidak sensitif

6. Jangan terlalu banyak bergurau kerana ia boleh menyebabkan anda lalai daripada perjuangan.

7. Jangan bersuara lebih kuat daripada yang diperlukan, kerana ia menjadikan pendengar jemu dan bosan.

8. Jangan mengumpat, kerana ia dosa dan perosak kepada perhubungan yang baik sesama mukmin.

9. Kembangkanlah taaruf, kerana ia meningkatkan kemesraan dan boleh membina medan- medan dakwah yang luas.

10. Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu jagalah waktu.

Jan 1, 2008

Siapakah Sejahat-jahat manusia???

Ana bukanlah nk membincangkan ttg perogol,perompak dan penzina yang boleh kita golongkan sebagai manusia yg paling jahat tetapi ana akan membincanagkan ttg sejahat-jahat manusia berdasarkan hadis nabi saw.Ianya ana dpt drp buku tazkiyah jiwa & nafsu yang dikarang oleh tuan guru nik Abdul Aziz Nik Mat.ana merasakan bahawa ana perlu berkongsi dgn antum semua tentang hadis ini.
Suatu hari abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa nabi saw bersabda:“hendakkah kamu semua mendengar sesuatu tentang manusia yang paling jahat disisi ALLAH? Ibnu Abbas dab sahabat-sahabat yang lain merkata:”beritahu kami wahai Rasulullah,kami semua ingin mengetahui siapakah mereka”.lalu Rasulullah bersabda:”mereka ialah seseorang yang meminta dgn nm Allah ttp tiada seorang pun yang memberinya,sedangkan mereka mampu berbuat demikian”
Berdasarkan hadis ini kita boleh simpulkan bahawa sekiranya ada seorang saudara semuslim dan sahabat handai disekeliling kita yang berada didlam keuzuran,maka kita haruslah membantu mereka.tambahan pula ,sekiranya seseorang itu benar-benar terdesak sehingga dia menyebut nama Allah.sekiraranya hal ini berlaku,namun orang yang diminta tlg itu tidak memberikan pertolongan(sedangkan dia mampu) ertinya mereka tidak menghargai nama Allah.maka dialah yang akan menjadi sejahat-jahat manusia(Na’uzubillahiminzalik) disisi Allah kerana tidak menghiraukan kesusahan orang lain walaupun dia mampu berbuat demikian.
Akhir kalam,smg kita semua dpt mengambil iktibar drp hadis ini dan mempraktikkannya didalam kehidupan harian.
~yaAllah,hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah dan jauhilah kami dari sifat mazmumah~