Aug 13, 2008

souvenir dr Brunei

ha,ni souvenir dari Brunei yg dikirim oleh kak Raihan baru-baru ni...( t-shirt+mug+key chain)..
walaupun perkenalan kami hanya terjalin melalui friendster n ym,namun ianya tetap indah sekiranya disuburi dengan keimanan kepadaNya..
Sherah doakan akak bahagia disamping keluarga tercinta..+ si kecil comel..=)

~huhu,tak tahu apa yang nk dipostkan..

Aug 10, 2008

PENCURI

Kereta babaku semakin menghampiri pintu pagar belakang rumah. Jam menunjukkan kra-kira pukul 3:30 pagi ketika itu kerana saya dan adkku Norehan baru sampai ke rumah setelah 7 jam berada dalam keretapi daripada kl centrel.. 

Aku: baba,kenapa ada papan kat sini?
Baba: Makhluk kepala hitam curi pulak besi penutup lubang aliran bilik air..
Aku: Allahu Akbar! Sabo jela..hari tu dah curi 2 besi penutup tu..ni amik 3 lagi? Kiranya semua penutup besi la yang diambilnya..
Baba: naam..sekarang tinggal kt depan umah je yang diorang tak curi sebab penutup tu telah di skrukan..kalau tak tentu kat depan dulu yang diorang ambil..
Aku: kenapa la jahat sangat diorang ni baba. Sakitnya hati sherah! 
Baba: baba agak penagih dadah yang curi benda ni..lepas tu diorang jual kat keling botol.waktu tu mama baba tak ada kat umah,kami balik umah tok.pagar depan n belakang dah dikunci..diorang panjat pagar la kiranya.
Aku: Mungkin Allah nak uji keimanan dan kesabaran kita dengan cara ni..Alhamdulillah bilik air tu masih belum digunakan.Kalau tak susah jugak kan baba.
Baba: Naam. 

Argh,sabo jela wahai diri! Kenapa la sampai begitu sekali diorang buat kerja..kalau tak de duit,cuba la cari kerja! Allah dah berikan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dll..

Usobru minal iman..~


Aug 7, 2008

Terkilan



  Kita sering melihat kemaksiatan di depan mata, malangnya begitu sangat sukar untuk kita menegurnya. Usah dicari contoh yang jauh, diri sendiri yang sedang menulis ni pun mungkin boleh menjadi contoh yang terbaik..ops,contoh terdekat!.

  Apa yang merunsingkan hati ini ialah masalah couple yang wujud dikalangan sahabat-sahabat saya. Saya mungkin tidak kisah sangat sekiranya mereka memilih untuk bercouple walaupun hati ini ada sedikit ketidak sukaan.tetapi dengan syarat,perlulah ada batas-batas tertentu diantaranya jangan sampai keluar berdua-duaan. 

  Suka untuk saya menyentuh bab ini walaupun sebenarnya dah ada entri khusus tentang “ ada apa dengan couple” sebelum ini. Idea untuk menulis disamping peringatan diri sendiri terlintas apabila terserempak dengan seorang pelajar putera sekolah lama saya di KL centrel dimana beliau juga belajar di CFS IIUM Nilai dalam jurusan BEN. Sebenarnya saya bukanlah kenal sangat dengan pelajar putera sekolah lama,tapi disebabkan dia pengawas, AJK Badan Dakwah dan penasyid sekolah,dia menjadi diantara pelajar putera yang saya kenal. Pada mulanya, terperasan juga dia di luar surau bersama seorang kawan lelakinya. Tapi buat tak tahu jela.. Then,bila naik tingkat atas dengan adik untuk mengambil beg-beg yang kami tinggalkan semasa ke PC Fair, saya terserempak sekali lagi dengan dia. Dia juga mengambil barang di sana,tetapi disampingnya adalah seorang perempuan,bukanlah kawan lelakinya tadi. 
  
  Huh,panas kepala saya bila melihatnya.. kalau diikutkan hati nak sahaja saya buat-buat tanya sama-ada dia budak sekolah saya atau tidak dan nasihat apa yang patut..tapi adikku tidak mengizinkan. Ok,fine,saya tahan juga sakit hati saya.Argh,tiba-tiba sakit mata melihat kelakuan dia pulak! Dia buat-buat caring,tolong bawakan beg perempuan tersebut.. huh,macam bagus jer! Tu belum jadi suami isteri lagi..ntah-ntah bila dah berkahwin,nak tolong bawakan barang pun tak nak..takper,saya tak doakan,saya cuma buat andaian 5 sen..
 
  Sebenarnya, kalau dia bukan pelajar sekolah agama,mungkin saya masih boleh bertolak ansur tapi disebabkan dia merupakan pelajar sekolah agama(sekolah saya lagi tu!!!) saya memang tak boleh nak bertolak ansur.Maaf,saya bukan nak mengecilkan pelajar sekolah menengah biasa,saya cuma terkilan dengan sikap pelajar sekolah agama. Mereka memang ditekankan dengan asas-asas agama,tapi mereka gagal mempraktikkannya apabila masuk ke alam universiti. 
  
  Masih segar diingatan saya kata-kata nasihat ustaz2,ustazah2 dan cikgu2 ketika di sekolah dulu di mana mereka sering mengingatkan kami perihal couple.. Rasanya pelajar putera tadi pun tentu pernah mendengar segala nasihat mengenai couple daripada ustaz2,kalau tak dengar memang bohong sangat la kot sebab ketika perhimpunan mingguan putera puteri ustaz2 sering juga menyentuh tentang ini.

  Pembaca-pembaca yang saya sayangi kerana Allah,ingatlah Islam itu indah dan Allah tidak membebankan hamba-hambaNya melainkan apa yang mereka mampu. Saya tahu,memang fitrah manusia untuk menyanyangi dan disayangi,namun begitu jangan jadikan ia sebagai alasan untuk menjadikan fitrah sebagai fitnah.. 

Wallahu’alam.


~sahabat,ingatkan saya andai saya terlupa kerana manusia memang mudah lupa!

Tak der apa-apa pun

 
Mama,baba,sherah demam, selsema dan sakit tekak la..macam mana nk buat operation sakgi? Takut la pulak..mungkin demam sebab terkejut nak kena operation kot,,ehe..! then,baba pun call Larut Medical Center whether blh x operate since aku demam.. nurse yang menjawab tu kata,xper,boleh..Namun begitu, kerisauan masih juga berbekas dihati mama baba..

Kami bertolak ke sana dalam pukul 10.10am walaupun masa appointment nya pukul 10 am..ehe,jam melayu la katakan.. tapi kelewatan kami tidaklah menjadi masalah kerana operation ku start pada pukul 1130 am..mungkin untuk menunggu kesarasian badanku setelah seorang nurse mencucukku sebagai penahan sakit.

Apabila tiba waktu operation, nurse membawaku ke bilik operation. Aku ke sana dalam keadaan terhuyung-hayang dan pening kepala,mungkin disebabkan ketika itu aku demam dan kesan cucuk tadi. Apabila tiba waktu kemuncaknya,yakni waktu operation, aku menyuruh Doktor Fong yang memang terkenal sebagai pakar surgery untuk membiusku seluruh bahagian badan..bukan hanya separuh badan seperti yang dia terangkan kepadaku sebelum ini kerana mungkin aku lemah semangat ketika tu.Sebenarnya sebelum ni setuju juga andai dia membiusku separuh badan coz boleh juga tengok cara-cara doctor tu membedahku! Baru la merasa ada pengalaman kena bedah sikit..Huhu..berani sangat la ketika itu..tengok-tengok lain pula jadinya!

Tapi bila difikirkan balik, aku patut bersyukur kalau Doktor Fong tu bius separuh badan sebab sekiranya aku berada di negara-negara yang sedang berperang seperti Pakistan,Afganistan, Iraq, Bosnia dll sudah tentu mereka berada didalam keadaan kekurangan.. mereka di operate dalam keadaan tiada ubat bius,kekurangan ubat tahan sakit dll lagi. Allahu Akbar! Aku yang hanya diuji dengan sedikit ujian sahaja sudah mudah mengeluh dan tidak tahan,macam mana dengan mereka?

Bagi aku,doktor Fong sangat bagus kerana dia memahami dan menghormati diriku sebagai seorang perempuan.. Alhamdulillah. Act,terkilan juga kerana bukan doctor perempuan yang merawat,tetapi apakan daya,doctor perempuan tidak ada. Berdasarkan pengalaman,di Taping Medical Centre pun doctor laki juga,kerana adikku Norehan pernah kena operate di sana. Jadi la budda(tidak dapat tidak/mesti) doctor lelakilah yang merawat aku..

Haha,sedar-sedar dari operation aku sudah ada di bilik wad dalam keadaan pening dan mengantuk yang amat sangat. Ketika tu,hanya mama sahaja yang ada kerana baba pergi amik kakakku Naimah di rumah.hehe,terpinga-pinga juga la ketika tu.. sebab memang tak sedar apa-apa. Selepas beberapa jam,aku dibenarkan balik dan berehat di rumah..Alhamdulillah kerana semuanya selamat..=)

• Terima kasih mama baba,kerana banyak bekorban masa dan wang ringgit untuk pembedahan sherah..
• Kakakku Naimah dan adikku Norehan syukran banyak-banyak kerana tolong menghidangkan makanan dan minuman kepada saudara-mara yang datang melihat keadaan sherah.hehe,Tq yer sebab datang walaupun ini hanyalah pembedahan kecil.. xdelah bahaya mana pun..Hehe.malu la plk!
• Sahabat-sahabat seperjuanganku,syukran kerana menelefon dan menghantar mesej untuk memberikan kata-kata semangat dan bertanya keadaanku..Ukhwah itu indah sekiranya semuanya keranaNya. =)
• Doktor Fong dan Nurse-nurse yang memang kesemuanya sudah terlatih..tochai2..

Argh..masa untuk berpantang!

Aug 6, 2008

PEMILIHAN KAWAN


Saya mempunyai kawan,anda juga mempunyai kawan. 

Saya mempunyai teman,anda juga mempunyai teman.
Saya mempunyai sahabat,anda juga mempunyai sahabat.
Dalam erti kata lain,kita semua sama sahaja,tiada beza! 

Saya menganggap,anda semua adalah sahabat saya,saudara saya,kerana kita semua adalah saudara seislam. Kita semua hidup diatas jalan yang sama yakni pengabdian kepada Allah sebagaimana firman Allah Taala:

"وما خلقت الجن والانس ﺇلا ليعبدون"
“tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”

insyaAllah,saya akan menganggap anda semua adalah sahabat saya selagi mana anda tidak membawa saya kepada kekufuran. Saya juga tidak akan membezakan sama ada saya kenal anda atau tidak kerana kita adalah saudara seislam. Namun begitu,perlu untuk saya tegaskan disini bahawa bukan semua manusia patut dijadikan sahabat sebagaimana sabda Rasulullah saw: 

"المرْ على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالْْلْ "
Maksudnya: seseorang itu atas agama(perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.

Begitu juga sebagaimana firman Allah didalam surah al-Kahfi: ayat 28 yang membawa maksud:

“Dan janganlah engkau menurut orang yang telah kami lalaikan hatinya dari mengingati kami,lalu ia mengikut hawa nafsunya”

Berdasarkan buku “Bimbingan Mukminin” hasil karya Imam Al-Ghazali,‘Alqamah berpesan kepada puteranya:wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau memilih yang sifatnya seperti berikut:
 
1) Jika engkau membuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu.
2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,ia akan membalas baik persahabatan itu. 
3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,dia akan membantumu.
4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5) Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu,dia akan menghargai atau menyambut kebaikanmu.
6) Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,dia akan menutupnya.
7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,dia akan mengusahakannya.
8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),dia akan menanyakan kesusahanmu.
9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,dia akan meringankan kesusahanmu.
10) Jika engkau berkata kepadanya,nescahaya dia akan membenarkanmu.
11) jika engkau merancangkan sesuatu,nescahaya dia akn membantumu.
12) Jika kamu berdua berselisih faham, nescahaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
# demikian pesanan ‘alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.

  Sesungguhnya memilih sahabat yang mementingkan hal keduniaan dan buruk akhlaknya, adalah seperti meminum racun yang membinasakan kerana tabiat manusia itu memang sentiasa terpengaruh untuk meniru dan mengikut sikap kawan. Sekiranya kita berdampingan dengan kawan yang buruk akhlaknya,nescahaya akan terbentuklah akhlak buruk dalam diri kita,begitu juga sebaliknya…

Wallahu’alam

Aug 2, 2008

Demi Cinta Suci

Demi Cinta Suci - In-Team

walaupun lagu ni mungkin sudah lapuk ditelan masa..huhu.. tapi ianya sedap didengar..!

*actually,baru pandai upload video je ni..kalau tak tak tahu pun..semuanya bermula dari kak Tehah=)

Aug 1, 2008

Mid Term Break=)

   Alhamdulillah..hari ni aku dah abes menduduki exam utk paper BMW,akidah dan nahu.. rasa seronok sangat walaupun pada hakikatnya masih ada 1 paper lagi yang perlu aku ambil selepas mid term break selama seminggu..tapi takper, janji boleh relax-relaxkan minda sikit untuk beberapa hari ni..hehe.

  K la,bila dah kata cuti tu,tentulah nak balik rumah..dan bila balik rumah,tentulah macam-macam yang hendak di buat dan dirancangkan.. insyaAllah,sepanjang seminggu aku berada di rumah,aku akan  abeskan cuti aku dengan perkara yang berfaedah tanpa melepaskan peluang keemasanku yang jarang-jarang datang ni,,(cewah,macam la tak selalu balik rumah sebelum ni! huhu..)

  Ok..berikut adalah perkara yang perlu aku buat sepanjang berada di rumah. erm, aku listkan yer walaupun tak penting sangat pun!

  1. hafaz surah al-Imran sebab ustaz nak tasmik lepas cuti ni.
  2. siapkan assignment akidah untuk ustaz yang suka senyum dan cool kalau pelajar lewat ke kelas=)
  3. study pelajaran al-Quran kerana aku ada exam lepas cuti.
  4. check kesihatan diri di hospital. 

   suka utk aku highlightkan tentang kesihatan diri tu..aku memerlukan doa dari korang semua(cheh,macam la ramai sangat yang ziarah blog ni!hehe).. sebab aku dapati terdapat satu ketumbuhan di bahagian badanku..kalau x silap lebih kurang 2 inci jugak la kot ketika check di klinik care 4 me.. then,doktor comei tu suruh aku buat scan di hospital..jadi cuti ni lah masa yang paling sesuai untuk merungkai segala misteri nusantara dan kerisauan hati ini.. actually,aku ada espect 1 penyakit,tp takut untuk ku katakan.. yang penting tunggu dan lihat keputusannya nanti.harapanku, ianya tidak lah seserius mana.. huh,tapi kalau buat operation,tentu seminggu jugak kot berada di hospital.jadi macam mana dengan perancangan-perancangan yang ku listkan? macam man dengan kegembiraan cutiku?? itulah yang menjadi kemusykilan aku sekarang.. anyway.aku akn terima apa sahaja keputusan dengan hati yang terbuka,insyaAllah..mana mungkin aku tidak mahu menerimanya andai aku kata bahawa aku beriman dengan qada dan qadar Allah taala?

   Akhir kata,senang je aku listkan perancangan-perancangan cutiku ini. namun begitu,adakah aku dah list kan perancangan-perancangan yang sangat penting untuk persediaan di "sana" nanti?? wa fil amsilah:

  1. amalan dah cukup ker?
  2. hutang semua dah jelaskan ker walaupun 1 sen?
  3. semua amalan dah di terima ke?
  4. macam mana dengan timbangan dosa dan pahala?

   Allahu Akbar!!! betapa kerdilnya diriku dihadapanMu..

wallahu'alam