Aug 7, 2008

Terkilan



  Kita sering melihat kemaksiatan di depan mata, malangnya begitu sangat sukar untuk kita menegurnya. Usah dicari contoh yang jauh, diri sendiri yang sedang menulis ni pun mungkin boleh menjadi contoh yang terbaik..ops,contoh terdekat!.

  Apa yang merunsingkan hati ini ialah masalah couple yang wujud dikalangan sahabat-sahabat saya. Saya mungkin tidak kisah sangat sekiranya mereka memilih untuk bercouple walaupun hati ini ada sedikit ketidak sukaan.tetapi dengan syarat,perlulah ada batas-batas tertentu diantaranya jangan sampai keluar berdua-duaan. 

  Suka untuk saya menyentuh bab ini walaupun sebenarnya dah ada entri khusus tentang “ ada apa dengan couple” sebelum ini. Idea untuk menulis disamping peringatan diri sendiri terlintas apabila terserempak dengan seorang pelajar putera sekolah lama saya di KL centrel dimana beliau juga belajar di CFS IIUM Nilai dalam jurusan BEN. Sebenarnya saya bukanlah kenal sangat dengan pelajar putera sekolah lama,tapi disebabkan dia pengawas, AJK Badan Dakwah dan penasyid sekolah,dia menjadi diantara pelajar putera yang saya kenal. Pada mulanya, terperasan juga dia di luar surau bersama seorang kawan lelakinya. Tapi buat tak tahu jela.. Then,bila naik tingkat atas dengan adik untuk mengambil beg-beg yang kami tinggalkan semasa ke PC Fair, saya terserempak sekali lagi dengan dia. Dia juga mengambil barang di sana,tetapi disampingnya adalah seorang perempuan,bukanlah kawan lelakinya tadi. 
  
  Huh,panas kepala saya bila melihatnya.. kalau diikutkan hati nak sahaja saya buat-buat tanya sama-ada dia budak sekolah saya atau tidak dan nasihat apa yang patut..tapi adikku tidak mengizinkan. Ok,fine,saya tahan juga sakit hati saya.Argh,tiba-tiba sakit mata melihat kelakuan dia pulak! Dia buat-buat caring,tolong bawakan beg perempuan tersebut.. huh,macam bagus jer! Tu belum jadi suami isteri lagi..ntah-ntah bila dah berkahwin,nak tolong bawakan barang pun tak nak..takper,saya tak doakan,saya cuma buat andaian 5 sen..
 
  Sebenarnya, kalau dia bukan pelajar sekolah agama,mungkin saya masih boleh bertolak ansur tapi disebabkan dia merupakan pelajar sekolah agama(sekolah saya lagi tu!!!) saya memang tak boleh nak bertolak ansur.Maaf,saya bukan nak mengecilkan pelajar sekolah menengah biasa,saya cuma terkilan dengan sikap pelajar sekolah agama. Mereka memang ditekankan dengan asas-asas agama,tapi mereka gagal mempraktikkannya apabila masuk ke alam universiti. 
  
  Masih segar diingatan saya kata-kata nasihat ustaz2,ustazah2 dan cikgu2 ketika di sekolah dulu di mana mereka sering mengingatkan kami perihal couple.. Rasanya pelajar putera tadi pun tentu pernah mendengar segala nasihat mengenai couple daripada ustaz2,kalau tak dengar memang bohong sangat la kot sebab ketika perhimpunan mingguan putera puteri ustaz2 sering juga menyentuh tentang ini.

  Pembaca-pembaca yang saya sayangi kerana Allah,ingatlah Islam itu indah dan Allah tidak membebankan hamba-hambaNya melainkan apa yang mereka mampu. Saya tahu,memang fitrah manusia untuk menyanyangi dan disayangi,namun begitu jangan jadikan ia sebagai alasan untuk menjadikan fitrah sebagai fitnah.. 

Wallahu’alam.


~sahabat,ingatkan saya andai saya terlupa kerana manusia memang mudah lupa!

No comments: