Jul 26, 2008

Fitnah Pakaian & Ujian Keimanan

Ada apa pada pakaian dan phiasan seorang wanita? saya kata,pakaian mencerminkan ehwal dalaman dan keperibadian seseorang.kenapa saya kata begitu? kerana sekiranya sebut pasal pakaian,ia tentu ada kaitan dengan soal keimanan..suka untuk saya mengajak anda semua sama-sama bertadabbur dengan surah an-Nur dimana ayat-ayatnya banyak menyentuh soal hukum dan petunjuk-petunjuk Allah bagi manusia,baik yang berhubungan dengan hidup kemasyarakatan mahupun dengan hidup rumah tangga.

Ada sebahagian dari kita berkata:"kenapa perlu memakai pakaian yang longgar-langgar dan tidak tipis?tak best la macam ni,tak up to date la.sekarang biasa jer orang pakai baju body shirt dll. jadi,jangan la jumud sangat!" ok,saya kata,klu nak pakai-pakai lah,tapi ingat, Allah meletakkan sesuatu hukum adalah untuk kemashatan hambanya juga. cuba kita lihat,andai tiada lampu isyarat di jalan raya,macam mana keadaan kita ketika itu? tentu sukar untuk bergerak dan akan mengakibatkan banyak accident kan. jadi dengan adanya lampu isyarat,kita semua akan lebih selamat dan perjalanan akan menjadi lebih lancar. apa yang boleh kita relate kan di sini ialah,Allah meletakkan sesuatu hukum itu adalah sebagai panduan dan petunjuk kita ke arah kebaikan. andai kita tidak mengikut apa yang Allah tetapkan,tentu kemudaratan lah yang akan kita depani.Alhamdulillah, proud to be a muslim!

Dikala ini,sudah ramai orang islam yang menganggap diri mereka telah menutup aurat,tetapi sebenarnya belum,sudah ada kemahuan,tetapi gagal dalam pelaksanaanya. mereka memakai tudung,namun tersilap langkah dalam pemilihan pakaian.pakaian mereka ketat dan tipis.tambahan pula dengan pemilihan tudung yang tidak mengikut syariat Islam.

saidina Aisyah pernah memarahi beberapa orang wanita daripada Bani Tamim yang datang menziarahi beliau dengan pakaian yang sangat nipis.beliau berkata:

kalau kamu orang mukmin,bukan begini pakaiannya orang-orang perempuan mukmin itu


pada waktu lain pula,beliau pernah menegur seorang pengantin baru dengan berkata:

perempuan yang memakai kain tudung seperti ini(singkat dan tipis) bererti tidak beriman dengan surah an-nur


Demikianlah tegasnya pendirian seorang mujahidah solehah terhadap pakaian wanita muslim. beliau sangat-sangat mementingkan soal aurat dimana suatu ketika dulu,beliau merupakan tempat rujukan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Jesteru itu,marilah saudara-saudara seislamku sekalian,sama-sama kita memperbaiki segala kekurangan diri kita. kita semua masih belum terlambat untuk menjadi seorang 'abyd' yang disayangi oleh Allah subhanahu wa ta'ala..

Wallahu'alam..

*idea untuk menulis artikel ini dilontarkan selepas penulis membaca majalah Anis,pedoman wanita solehah..hehe=)

Jul 19, 2008

warkah buat hawa

Hawa.....

Andai engkau masih remaja,jadilah anak
yang solehah buat kedua-dua ibu
bapamu,andai engkau sudah
bersuami,jadilah istei yang meringankan
beban suamimu,andai engkau ibu,didiklah
anakmu sehingga dia tidak gentar
mmperjuangkan ad-din Allah.


Hawa.....


Andai engkau belum berkahwin,jangan kau
risau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji
Tuhan kita,wanita yang baik adalah
untuk
lelaki yang baik.Jangan dimulakan
sebuah
pertemuan dengan lelaki yang bukan
muhrim kerana aku khuatir dari mata
jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam dan sekaligus
disusuli dengan pertemuan seterusnya
dan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.


Hawa.....


Lelaki yang baik tida melihat paras
rupa,lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannya,lelaki yang
warak tidak menilaiwanita melalui
keayuannya,kemanjaannya,serta
kemampuannya menggoncang iman
lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan
menilai wanita melalui
akhlaknya,peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak
menginginkan
pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi
kesempatan kepada syaitan untuk
menggodanya.Lelaki yang warak juga
tidak
mahu bermain cinta kerana dia tahu apa
matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki
dan wanita yakni sebuah perkahwinan....

Oleh itu hawa,jagalah
pandanganmu,awasilah
auratmu,peliharalah
akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.Andai
ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam
untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang
memenuhi dan menyinari kekosongan
jiwamu,biarlah cinta ibua bapamu yang
memberi hangat kebahagian buat
dirimu,cukuplah sekadar cinta
adik-beradik serta keluarga yang
membahagiakanmu.....Cintailah Allah
dikala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang
juga mencintai Allah.Cintilah ibu
bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan
Allah.Cintailah keluargamu kerana kau
tidak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga......



Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...


Wallahua'lam..

Qiamullail jamai’e..

Alhamdulillah,td ana baru je selesai program qiamullail jamai’e anjuran hisbah ana. Soronok, sbb yg hadirnya hanya seramai 7 orang sahaja daripada lbh krg 180 org.. ok,fine,sbb mgkn ramai yg blk kg..huhu..msh blh senyum lg krana ana tiada kuasa utk marah. Tp apa yg sedihnya, program ini merupakan program under ana sbg ketua lajnah tarbiyyah n dakwah. Bila difikirkan blk, mcm x berbaloi kerana ana perlu abeskan sedikit masa juga utk buat kertas kerja program ni dan buat announcement dari bilik ke bilik selain mengunakan microfon di pondok pak guard. Nway,terima kasih kak teha,sbb teman sherah ke sana..(heh,mcm merungut plk!..)

Sebenarnya bkn lah apa sgt perasaan ana ini, Cuma terdapat secalit kesedihan jer. Bknlah ana seorang sahaja yang mharapkan kehadiran para penghuni hisbah ummu ‘atiah untuk meng’imarahkan musolla,malah,madam juga bersusah payah utk program ini. Bagi ana,alhamdulillah madam x dtg kerana klu x, tentu ana akan malu dengan beliau.

Ketika masih didalam perancangan utk program ni,ana diberitahu oleh fellow bahawa budget yang kami minta hanya di’approved”kan utk 80 org makan(drpd 180), kerana musolla agak kecil kata RMDD. Jesteru itu,ana cuba utk mengecilkan budget setiap makanan yg dipesan kerana tkt bilangan pelajar yg hadir melebihi drpd 80 org..tkt ada plk nnt yg x dpat makan..hihi,tp sebaliknya plk yg berlaku.^-^

Xper,kita hanya mampu merncang,ttp Allahlah sebaik-baik perancang. Mungkin kali ini krg berjaya.tp insyaAllah,bln depan mgkn akan lbh bjaya..

Dikesempatan ini,ana ingin ucapkan tahniah kpd yang berjaya hadir,kerana kita adalah insan terpilih di mana orang lain msh di buai mimpi ketika kita sama2 menjayakan qiamullail jamai’e..alhamdulillah..=)


* jazakillah kak Nani,sbb byk tolong sherah untuk jayakan program yang berjaya dalam ketidak berjayaan ini..ehe!mcm ni la kakak yang baik..=)