Jul 19, 2008

warkah buat hawa

Hawa.....

Andai engkau masih remaja,jadilah anak
yang solehah buat kedua-dua ibu
bapamu,andai engkau sudah
bersuami,jadilah istei yang meringankan
beban suamimu,andai engkau ibu,didiklah
anakmu sehingga dia tidak gentar
mmperjuangkan ad-din Allah.


Hawa.....


Andai engkau belum berkahwin,jangan kau
risau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji
Tuhan kita,wanita yang baik adalah
untuk
lelaki yang baik.Jangan dimulakan
sebuah
pertemuan dengan lelaki yang bukan
muhrim kerana aku khuatir dari mata
jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam dan sekaligus
disusuli dengan pertemuan seterusnya
dan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.


Hawa.....


Lelaki yang baik tida melihat paras
rupa,lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannya,lelaki yang
warak tidak menilaiwanita melalui
keayuannya,kemanjaannya,serta
kemampuannya menggoncang iman
lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan
menilai wanita melalui
akhlaknya,peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak
menginginkan
pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi
kesempatan kepada syaitan untuk
menggodanya.Lelaki yang warak juga
tidak
mahu bermain cinta kerana dia tahu apa
matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki
dan wanita yakni sebuah perkahwinan....

Oleh itu hawa,jagalah
pandanganmu,awasilah
auratmu,peliharalah
akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.Andai
ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam
untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang
memenuhi dan menyinari kekosongan
jiwamu,biarlah cinta ibua bapamu yang
memberi hangat kebahagian buat
dirimu,cukuplah sekadar cinta
adik-beradik serta keluarga yang
membahagiakanmu.....Cintailah Allah
dikala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang
juga mencintai Allah.Cintilah ibu
bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan
Allah.Cintailah keluargamu kerana kau
tidak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga......



Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...


Wallahua'lam..

1 comment:

Anonymous said...

"Hiasilah pribadimu seindah az-azhra,tabahkan hatimu laksana humaira, nyalakan panji2 keimanan seumpama zulaika,smg Allah rahmatimu u mjd wanita mulia di sisinya.." Ameen...