Nov 26, 2009

HAJI AKBAR

sebelum mama n baba ke Mekah, mereka ada bagitau insyaAllah taun ni "haji Akbar".. sekadar apa yg ku tahu, haji akbar ialah para jemaah haji berwukuf di Arafah pd hari Jumaat dlm erti kata lain, raya haji jatuh pd hari jumaat.. itu jer!

erm, utk menambahkan maklumat n ilmu yg cetek ni, disini aku copy paste mengenai haji akbar dr sini ;)

Ulama mempunyai pendapat berbeza mengenai Haji Akbar. Ada yang mengatakan ia adalah hari wukuf kerana ia rukun terpenting dalam ibadat haji. Ada yang mengatakan hari ke-10 Zulhijjah kerana semua asas penting dalam haji sudah diselesaikan.

Imam Hasan Al-Basri ketika ditanya mengenai Haji Akbar menjawab: “Apa yang perlu ditanyakan lagi kerana hal ini berlaku pada tahun Abu Bakar dilantik Rasul SAW mengetuai rombongan menunaikan haji pada tahun ke-9 hijrah. Jawapan ini juga sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 3 bermaksud: “Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin”.

Menurut sejarah, ketika Haji Wada’ 10 Hijrah, Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat dan esoknya hari ke-10 di Mina masih dalam rangka Haji Akbar. Jika Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat nescaya wukuf Abu Bakar pada tahun sebelumnya bukan hari Jumaat sedangkan pada musim haji berkenaan disebut dalam surah Taubah berkenaan.

Ibnu Kathir pula lebih cenderung kepada hari yang ke-10 berdasarkan sebuah hadis Abdullah Ibnu Umar bahawa Rasul SAW berdiri berhampiran Jamrah ketika Haji Wada’ pada hari ke-10 lalu berkata, “Inilah dia Haji Akbar.’

Alasan kedua ialah hadis Abdul Rahman Bakrah yang menceritakan, “Pada hari duduknya Rasul SAW di atas belakang unta dan bertanya: “Hari apakah ini? Kami semua diam kerana mungkin Baginda akan mengumumkan sesuatu nama yang baru buat hari itu”. Lalu sabda Rasul SAW: “Bukankah hari ini yang bernama Haji Akbar? – (Hadis Bukhari).

Saidina Ali Abi talib pernah ditanya mengenai Haji Akbar, beliau menjawab: “Hari Nahar (hari ke-10)”.

Jadi tidaklah dapat dipastikan mengenai Haji Akbar ini. Namun demikian ada ulama yang mengambil jalan tengah dengan memberi maksud Haji Akbar – iaitu ‘Haji Besar’, ibadat haji itu sendiri dengan wukuf di Arafah dan umrah ‘haji kecil’. Ulama Tabi’in berpendapat ‘Haji Akbar’ ialah Haji Qiran (mengerjakan haji dan umrah serentak). Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ialah hari ke-10 di Mina kerana melontar Jamrah dan menyembelih binatang.

Sufya As-Tsaury berkata, “Keseluruhan ibadat haji itu adalah Haji Akbar kerana ia juga disebut Yaumul Fath (hari kemenangan). Setengah ulama berpendapat bahawa haji pertama dilakukan dalam hidup seseorang adalah ‘Haji Akbar’ kerana ia adalah ibadat yang amat bermakna dalam hidupnya kerana mendapat keistimewaannya yang besar..

wallahu'alam

~jom kita pakat posa hari ni!~
kata nabi saw: Puasa Arafah, aku hrp agr Allah mhapuskan dosa setahun sblm n slpsnya.(HR Muslim)

nak ilmu lg? kutiplah permata2 ilmu dr video ini..

دروس وعبر من وقفة عرفة والحج الأكبر للشيخ كهلان الخروصي 1





Nov 16, 2009

Ya Qalb::


Wahai hati…
Apakah perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau, segarkah dikau menempuhi hari-harimu yang semakin sukar ini?

Aku tidak tahu mengapa aku kerap mengingati dirimu kini,
Katanya kau semakin berubah,
Jika dulu engkau sentiasa sibuk dengan zikrullah,
Kedengarannya kini engkau semakin culas dengannya.
Mengapakah begitu wahai hati…?

Jika dulu dirimu sentiasa kelihatan di Masjid,
Di awal waktu, berpakaian suci dan bersih,
Begitu bersegera bertemu Rabbmu Yang Maha Agung.
Namun mengapa kini engkau jarang ke sana?
Jarang sekali.
Cukup jarang…

Kemana dirimu di waktu subuh?
Ketika setiap hamba menyahut seruan Ilahnya,
Mengorak langkah ke masjid, memperbanyak fikir dan zikir.
Kemana dirimu wahai hati.

Jika dulu setiap kata-katamu diselangi dengan ayat-ayat Allah,
Rasa takut dan gerun akan azab dan seksanya,
Mengapa kini cukup mudah engkau mengeluarkan kata?
Cukup mudah engkau bermadah walau songsang maksudnya walau sesat tujuannya.

Wahai hati…
Kesibukan apakah yang melanda dirimu?
Adakah kamu sibuk dengan pelajaranmu
hingga kamu tiada masa untukNya?
Apakah kamu asyik pula memikirkan soal duniamu,
Hingga kamu tidak lagi seronok bersama Rabbmu.
Atau mungkin dirimu terlalu hanyut dalam rasa cinta dan perasaan.
Hingga Dia engkau ketepikan.

Namun sedarkah dirimu,
Pelajaranmu untuk siapa?
Urusan dunia mu menuntut redha siapa?
Dan cinta dan perasaanmu, atas dasar apakah ia dibina?
Insaflah dikau wahai hati.
Insaflah dikau seketika ini dan selamanya…

Duhai hati…
Aku sebenarnya takut.
Aku sebenarnya risau.
Aku sebenarnya gerun.
Aku tidak mahu engkau terus-terusan begini.

Kerana…
Rosak dirimu maka akan rosaklah seluruh diriku.
Sedang baiknya dirimu maka akan eloklah diriku.
Bersegeralah engkau kearah keampunan dan maghfirahNya wahai hati.
Kerana di situ masih ada tempat buat dirimu,
Mencari REDHA ILAHI…