Dec 21, 2008

tanggungjawab..

hari ni aku cukup terkesan dengan satu perkara.. yakni aku terkesan dengan tugas dan kepercayaan yang diberikan oleh madam Nik Kamilah dan sahabat2 hisbahku dengan melantikku sebagai biro tarbiyyah dan dakwah ketika sem pertama dulu..

tadi beberapa orang roommateku bising2 mengatakan ada seorang foreigner yang tidak menutup aurat sepenuhnya seperti yang dikehendaki syarak.. beliau kurang mengambil berat tentang aurat kita sesama perempuan. tanpa rasa apa2,sesedap oren sahaja beliau bersembang bersama seorang sahabatnya yang lain di water cooler.. mungkin beliau fikir,tiada siapa yang akan menegurnya dan melihatnya..erm,dari jauh aku cuba mendapatkan kesahihannya..namun kurang jelas kerana kerabunan mataku..

alhamdulillah..berkat sokongan sahabat2, mereka menyuruhku menegurnya kerana jawatan yang aku sandar.. ketika itu aku mula tersentak..

Ya Allah,aku tidak menjalankan sepenuhnya kewajipan yang dipertanggungjawabkan keatas diriku..selama ini aku hanya sekadar menyiapkan jadual ABC untuk setiap bilik dan adakan aktiviti qiamullail untuk hisbah.. tetapi kurang memainkan peranan penting dalam soal aurat sesama perempuan..

tanpa membuang masa,berkat kekuatan yang Allah berikan kepada diriku..aku berjaya menghampiri beliau dan sahabatnya.. aku memulakan uslub dakwahku dengan cara yang sesuai dengan mad'u ku..alhamdulillah,penerimaannya baik.. sebenarnya takut juga kerana perlu menggunakan bahasa inggeris dengan beliau.. tapi ok jer.. aku hentam sahaja.. yang penting mesej yang aku ingin sampaikan berjaya.huhu..

nway,syukran sahabat2 kerana ingatkan tugasku dikala aku terlupa.. uhibbukunna fillah ya sahabat..sayang hampa semua..6_^

p/s: esok ada exam Feqah..doakan ana ya..

*malam liqa' mahabbah..alhamdulillah,bilik kami menang dalam pertandingan "cleanliness" dan dikir barat..=)

Pesanan

baru-baru ni ketika pakcik idris hantar aku n adikku norehan di station keretapi Sg Buloh,beliau sempat berpesan kepada kami ketika kami bersalaman dengan beliau.."jaga nama baik baba dan pakcik".. perkataan keramat yang selalu terpahat disanubariku.. tidak kira dari sesiapa pun yang menuturkannya..

di mana sahaja aku berada,aku membawa imej islam..dimana sahaja aku berada,aku membawa imej baba dan mama..imej ayah2 saudaraku..

masih ingat di ingatan...kami adik beradik,kalau dicampak ke sekolah mana2,ada sahaja yg mengenali baba kami. paling tidak pun salah seorang pakcik kami.." ustaz2 selalu menyebut..ni anak ustaz zakaria ni..ni anak saudara ustaz.... n bla bla bla.."
sampaikan my sis di Mesir, pernah mengatakan bahawa dia segan untuk memakai tudung yang bercorak pelik2 sikit.baju pelik2 sikit n so on.even pemakaian tu adalah menepati syarak.. salah satu sebabnya ialah kerana dia membawa nama baba n pak saudaraku disana..huh!

apa yang nak ana nyatakan kat sini..dimana sahaja kita berada,kita membawa imej Islam.. orang kafir melihat Islam melalui diri kita.. kalau kita tunjukkan contoh tak baik,pemakaian yang tak menepati syarak, orang kafir akan judge Islam sebagaimana kita membawa imej Islam itu sendiri..

begitu juga dengan aku dan sahabat2 semua.. semua orang melihat baba ana,pak saudara ana melalui diri ana sendiri.. seandainya ana berkelakuan tidak sopan, berperangai tidak senonoh,orang lain akan menghakimi diri baba ana atau pak saudara ana dengan imej yang ana bawa.. diorang akan kata.." ish..anak ustaz zakaria macam ni..macam nu..n pelbagai ayat dan perkataan yang tidak sedap untuk didengari.."

kadang-kadang terasa berat dengan title yang ada pada diri.. kadang-kadang terasa kerdil dengan ilmu yang ada.. dan kadang2 mempunyai perasaan yang membuak2 ingin menjadi seperti mereka.. mewarisi ilmu mereka..

tapi itulah..ana teringat pada bait2 lagu kumpulan Raihan..
"iman x dapat diwarisi.. dari seorang ayah yang bertaqwa.."
begitu juga dengan ilmu.. hanya orang yang bersungguh-sungguh sahaja yang berhak untuk mendapatkannya.bukan dengan cara warisan..
conclusionnya, MAN JADDA WA JADDA..

wallahu'alam~