Jun 29, 2008

Kem motivasi adik-adik di Naka




Alhamdulillah,pada cuti short sem lepas,ana dan kawan-kawan PMIK yang lain berkesempatan conduct kem motivasi untuk adik-adik form 3,4,n 5 Maktab Mahmud Padang Terap. Program ni dijalankan selama 3 hari iaitu pada 11,12,dan 13 jun 2008. Alhamdulillah,walaupun kepenatan ke Kedah seorang diri daripada Taiping,tapi ianya terubat kerana disamping menjalankan kem untuk adik-adik,ana berpeluang menziarahi mak saudara ana,yang mana ana tinggal bersama mereka ketika ana bersekolah di Maktab Mahmud Alor Star dulu.(syukran jazilan mak chak,pak chak,kak tah,syuhada n sumayyah atas segala jasa yang ditaburkan sepanjang diri ini tinggal di sana. Diri ini tidak bisa untuk membalas segala jasa korang,hanya Allah yang layak membalasnya.luv u all fillah) Ana tahu,sekiranya ana tidak pergi mengikuti program ni,ana memang susah untuk ke sana kerana masa cuti ana selalu mencemburui diri ana.ehe,betul ker=)?



Itulah,orang kata"kalau kita nak kan sesuatu kita perlu melepaskan sesuatu yang lain"..yakni,ana terpaksa menghabiskan cuti ana yang sememangnya sedikit itu di Kedah selama seminggu kerana selepas kem tersebut ana ada reunion batch 4th generation di Maktab Mahmud Yan( Maktab Mahmud,sek yang banyak memberi pentarbiyyahan kepada diri ini).. Maaf mama baba,anakmu hanya menghabiskan masa beberapa hari sahaja di rumah,dan tidak sempat mengemas rumah sepenuhnya setelah pertambahan rumah kita siap sepenuhnya..

Ketika menjadi fesi di Kem Belantara Elit,Kuala Nerang untuk adik-adik, bukan hanya adik-adik sahaja yang mendapat pentarbiyyahan,malah kami juga secara tidak langsung menerima pentarbiyyahan ketika disana kerana mempunyai masalah bekalan air dan bilik fesi yang agak sempit. Sebenarnya kami sendiri yang memilih bilik tersebut, supaya adik-adik lebih selesa di bilik yang mereka nginapi dan secara tidak langsung untuk menanam sifat bersyukur didalam diri adik-adik kami.

Ana begitu teruja dengan semangat dan keazaman pemilik kem tersebut kerana hasil penyembangan ana bersama salah seorang guru MMPT, pemilik kem tersebut bukan hanya menjalankan projek tersebut sahaja,malah beliau turut membuka tadika dan menjalankan perniagaan lain. Apa yang lebih membanggakan,beliau merupakan seorang muslim. Alhamdulillah,, proud to be Muslim!



ADIK-ADIKKU YG BEGITU BERSEMANGAT BERIADAH




SBAHAGIAN DARIPADA FESI MUSLIMAT






BERUSAHA MENYIAPKAN SALAH SATU MODUL LDK..

Wallahu'alam..

Jun 23, 2008

walimah Fatin

Alhamdulillah pada 24 may lalu, sahabat seperjuangan STAM ana tahun lps,selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya.huhu..Disini ana lampirkan beberapa keeping gambar ketika walimah sahibah ana,Fatin..maaf,ana x dpt menghadiri walimah anti(sedey oooo..)
Anyway,ana doakan smg anti menjadi isteri solehah penyejuk dimata,penawar dihati..walaupun umur anti blh dikatakan agak muda ketika melangkah kealam perkahwinan,tp ingatlah,usia bukanlah penghalang utk menjadi seorang isteri solehah=)..









nurul,Fatin, Nasihah n Farhana( my cousin..)








cemburunya tgk pic ni..!! sbb ana x dpt sertai sekali..=(
mcm reunion plk..huh,x aci ni!!..
-xper,insyaAllah,ada hikmahnya..(smile^_^)

# syukran farhana,4 the pictures..=)