Feb 29, 2008

19 Tahun~

Pejam celik-pejam celik..x sangka umo aku dh mjangkau ke angka 19 tahun hari ni.genap 28hb FEB la katakan,hehe.dah agak lama rupanya aku hidup dimuka bumi . Mmg dh bsr pnjg pn, coz rakan2 sebayaku ada yg dh btunang dan akan kahwin bln 5 n 6 tahun ni.mabruk alaikunna. Ana doakan korang mjadi isteri solehah..awai jgk yer korang kahwin,tp x per,dh smpai seru kan..kita x blh tolak.Lgpn pmpuan,so xkisahlah kawin awai pn.Bnda baik,buat apa nk ditangguh-tangguhkan ek,hehe..

Namun,berpatutankah umurku dgn pengabdianku kpdnya n amalan2 yang aku lakukan? Apakah pengorbananku terhadap mama baba? Perjuangan didalam menegakkan agama islam? Adakah aku lakukan amar ma’ruf nahi munkar? Semuanya perlu dimuhasabah balik sbb setiap detik yang blalu tidak akan terlepas pandang oleh Allah taala..

Dikesempatan ini,aku mengucapkan tq so much kepada semua orang yg berada disekelilingku:

My lovely mama n baba..
Tq a lot krn mdidik dan membesarkan caet tanpa erti jemu..tanpa mama baba,caet takkan hidup dimuka bumi ini..pengorbanan mama baba,x terbalas utk dibalas.caet akn bljar bsungguh2 n brusaha mjdi anak yg soleh/ah..Ya Allah,ampunilah dosa kedua ibubapaku,dan rahmatilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil..AMIN.

My siblings..,
Syg kamu! Walaupun kekadang da perselisihan faham antara kita,(biasala adk-beradk,hehe)tapi itulah yg lbh mengakrabkan ukhwah kita..smg kita mjadi anak soleh n solehah utk mama baba..biarlah titisan air mata mama baba mengalir kerana kjyaan kita..

To all my asaatiz,
Halalkan segala ilmu yang telah dberikan.tanpa kamu semua,caet takkan berdiri disini..
Ilmu2 yang dberikan sgt bermakna buat diriku..

Friends,
Semoga ukhwah kita semua diberkati n diredhai ALLAH..kepada yang wish,tq so much,yg terucap awal pn,tq. Kamu confius antara 18 FEB n 28 FEB yerk?huhu..but I totally appreciate, bcoz u forced ur mind to remembered my besday.!
Kembarku madihah yusof (maktab mahmud alor star) N mohd wafihuddin(maahad tarbiah islamiah sewaktu belajar STAM dulu),hepy besday! smg dpanjangkan umo n dimurahkan rezki! X sangka ada jg org yang kukenali lahir pada hari sama dgnku. Yang x ucap,jgn kecil hati,kerana anda masih da byk commitment yang perlu dilakukan dan diingati..anda semua adalah shabat2ku yang aku sayangi..Ukhwah fillah abadan abada..

Kenalan Friendster n chattingku,
Syukran kerana sudi bersahabat dgn ana. Dan tq juga kerana sudi membalas sebarang pertanyaanku sama ada berbentuk ilmiah ataupun tidak..Tq u all! Salam pjungan dan salam setinggi ukhwah,sekencang dakwah..

~hari ini hari lahirmu,hari ini btambah lg usiamu,
Hari ini akan btambah jg tanggungjawabmu,
Hari ini akan mjadikan dirimu lbh matang,dek ujian yg akan mdatang,
Hari ini akan mjadi saksi ktabahan dirimu mharung onak dan duri,
hari ini Allah tlh memendekkan lagi jarakmu dgnNya,smkn bkurang tempoh utk beramal,
smkn kubur mpersiap tmpat utkmu,smkn bsedia malaikat maut dtg mjemput,smkn dekat masa amalan dihitung,dan smkn hampir haruman firdaus atau azabnya jahanam…~

tq kak madiha atas msg yang sgt bharga..kpd kawan2 yg lain,maafkan ana,kerana x bkesempatan attachkan msg anda~

Hepy besday caet!

Feb 24, 2008

salam perjuangan
Kita umat Islam bertanggungjawab
memulihkan imej Islam yang sejak akhir-akhir ini telah dilabel sebagai pengganas supaya dijadikan sebab agar mudah umat Islam dipijak-pijak.

Kerana kita miskin segala-galanya termasuk miskin harta,ilmu,sahabat,amal,iman, maka kita dipandang rendah.

Setiap individu umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menaikkan semula imej Islam supaya dihormati, dijadikan pemimpin.

Setiap individu umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menguasai semula bidang teknologi supaya Islam menjadi pemimpin teknologi.

Keagungan dan kebesaran Islam mesti dikembalikan semula dan kita tidak boleh mengharap orang lain menaikkan semula imej tersebut sebaliknya ia bermula dari kita sendiri, individu, masyarakat, negara dan dunia.

Inilah tanggungjawab kita yang bukan hanya dipersoalkan didunia bahkan diakhirat nanti. Apakah peranan kita terhadap agama ALLAH SWT? Itulah yang perlu kita soal kepada diri sendiri setiap hari.

~dcopy paste drpd testimonial Friendster ana~
mbangun bersama islam!

Feb 18, 2008

FIRST IMPRESSION~

Bagaimanakah tanggapan pertama anda terhadap seseorang?
Erm,td ana baru jer abis program leadtrain(Leadership Training)..so ana nak kongsi sikit dgn antum ttg permainan yang kitorang main. “First Impression”.kumpulan ana terdiri daripada 14orang ahli,so masing2 perlu tulis first impression kita terhadap setiap ahli kumpulan kita.Yer la ,semua orang akan membuat tanggapan terhadap seseorang yg masih blm dikenali apabila bertemu.Best gak bila tau impression orang terhadap kita.
Ok ana nak kongsi sikit impression orang terhadap seorang hamba Allah ni:
1)Awak ni blur la,tapi bagus jgk.(ni fesi saya y tulis,mayb sbb saya suruh dia ulang apa yang dia jelaskan..saya tgh mamun kot waktu tu..hehe)
2)Tebalnya spek.(Erm,mcm xpatut lak,rasanya spek saya mn da tebal pun.power pn mn da tinggi sgt..tp fine)
3)tenang macam air di tasik(alhamdulillah kalau mcm tu..)
4)sopan,lembut,peramah(btl ker?huhu,no komen!)
5)tenang sikit ek…(eh,ni berbeza plk dari yang atas.so mn yg betul ni?)
6)berkeyakinan untuk cakap depan orang..(rasa macm nervous je td)
7)dapat Suami soleh..insyallah(Amin..sama2 la doakan utk saya ek)
8)cam baik jer..(no komen)
9)sebijik macam kawan kita! (huh,kt sni dah 2 org muka mcm saya..yg tersilap tegur pun ada)
10)Muslimah Solehah(Amin,doakan ek!)
11)-ALIM-( erm, dari segi ilmu or zahiriah,entah..moga2 dari kedua2 segila.tp bagi diri saya,saya x layak utk dpt title “alim”)
12)lemah-lembut,sejuk hati..(Yer ke? No komen!)
13)suka senyum( senyum kan sedekah..hehe.tapi mayb waktu tu kebetulan dia tgk ana tgh senyum,so dia kata ana suka senyum..yang sebetulnya wallahu’alam)
14)Baik..salam perkenalan!!(baik?baru pertama kali kenal,dh kata baik?huhu..Salam setinggi ukhwah, sekencang dakwah)

Ok,that’s all! Ini hanyalah First impression orang terhadap hamba Allah ni..zahir blh menipu kan?! Anyway,walau apapun impression orang terhadap kita,terimalah dengan hati yang terbuka..perbaikilah mana yang buruk dan kekalkan mana yang baik..

P/S: “saya” dalam ni bukan ana..hehe

Feb 16, 2008

Keimanan Tanpa cinta Tidak Tahan Diuji

Setiap orang islam berkewajipan utk meningkatkan keimanan mereka hingga ke tahap cinta dan kasih kpd Allah,krn keimanan tanpa kasih sayang tdk akan sampai kepada matlamat sebenar. Keimanan tanpa kasih sayang kpd Allah tidak tahan diuji seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W iaitu wujudnya golongan yang disebut sebagai beriman di waktu pagi dan kufur di waktu petang,beriman pada waktu petang manakala pada esok paginya sudah menjadi kufur semula.

Bagi mencapai tahap cinta kepada Allah,sesetengah ulama mengatakan kita mestilah melalui kaedah ihsan.sebagaimana yang dijelaskan oleh sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“adapun ihsan itu ialah bahawa apabila kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya,sememangnya kamu tidak dapat melihatnya, tetapi yakinlah bahawa Allah SWT tetap melihat kamu”
Ada juga ulama yang membahaskan ilmu membentuk hati itu melalui tasauf dan juga suluk serta tazkiyyah.

Sebagaiman firman Allah Taala yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah memberikan limpah kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutuskan diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah yang mentazkiyyahkan (membersihkan jiwa) mereka, dan mengajar kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah..”
(surah Ali Imran ayat 164)

Ayat itu memberitahu bahawa Allah SWT mengutuskan seorang Rasul adalah selain membacakan ayat-ayat Allah tetapi juga membersihkan hati dan jiwa orang-orang yang beriman.Apabila jiwa manusia bersih dari karat-karat syirik dan munuafiq,kemuncak darinya ialah meningkatkan iman dan tumbuh rasa cinta serta kasih sayang kepada Allah SWT.

Sesungguhnya apa yang disebut dengan “tasauf.,ihsan,suluk dan juga khulwah” itu adalah perkara yang sama,kesemuanya adalah kaedah untuk mentazkiyyahkan hati sehingga keimnan menjadi subur hingga kasih kepada Allah SWT.

Demikianlah keadaan nabi yang beruzlah dan berkhulwah di gua hira’ sebelum menjadi Nabi itu adalah semata-mata untuk menyuburkan rasa cinta terhadapAllah SWT,jesteru suasana karut yang berlaku di sekeliling kehidupan kota Makkah sedikitpun tidak mempengaruhi hati Nabi Muhammad SAW yang tertanam rasa cinta terhadap Allah SWT.

~dipetik daripada buku”Sirah Nabawiyyah” karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~

Feb 3, 2008

Kempen Taqarrub Ilallah~

Ana sbg salah seorang ahli Biro Tarbiah dan Dakwah usrah di kampus ana,telah diberi taklifat harian yang perlu ana amalkan..Tapi ana merasakan,perlu untuk berkongsi taklifat ini dengan antum semua untuk mendekatkan diri kita kepadaNya dan penyucian rohani kita. Kalau antum nak join,jom! Ana sangat berbesar hati andai antum juga cuba untuk amalkan. Sekecil-kecil tapak tangan, sebesar stadium bukit jalil ana tadahkan,hehe..
Di sini ana listkan taklifat-takifat untuk sama-sama kita amalkan secara istiqamah,demi kekuatan diri kita menghadapi tipuan duaniawi ini..

1) Solat jemaah sekurang-kurangnya 1x sehari
2) Baca Al-quran 1 maqra’ sehari
3) Qiyamullai sekurang-kurangnya 1x seminggu
4) Solat dhuha 3x seminggu
5) Ma’thurat sekurang-kurangnya 1x sehari
6) Zikir 7x50 kali setiap Satu
7) Hafaz surah as-Saff & terjemahan
8) Ziarah sahabat
9) Contact ibu bapa sekurang-kurangnya 1x seminggu
10) Senyum dan beri salam

* Tekunlah beramal dan bermuhadah,cintailah ilmu pengetahuan dan kehidupan akhirat..
Sakitilah nafsumu kerana ia adalah tunggangan syaitan.. Jika ia lemah,maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi merosakkanmu..
Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur,bebankan muatan atasnya dengan ibadah yang khusyu’~
Wallahu’alam