Feb 16, 2008

Keimanan Tanpa cinta Tidak Tahan Diuji

Setiap orang islam berkewajipan utk meningkatkan keimanan mereka hingga ke tahap cinta dan kasih kpd Allah,krn keimanan tanpa kasih sayang tdk akan sampai kepada matlamat sebenar. Keimanan tanpa kasih sayang kpd Allah tidak tahan diuji seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W iaitu wujudnya golongan yang disebut sebagai beriman di waktu pagi dan kufur di waktu petang,beriman pada waktu petang manakala pada esok paginya sudah menjadi kufur semula.

Bagi mencapai tahap cinta kepada Allah,sesetengah ulama mengatakan kita mestilah melalui kaedah ihsan.sebagaimana yang dijelaskan oleh sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“adapun ihsan itu ialah bahawa apabila kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya,sememangnya kamu tidak dapat melihatnya, tetapi yakinlah bahawa Allah SWT tetap melihat kamu”
Ada juga ulama yang membahaskan ilmu membentuk hati itu melalui tasauf dan juga suluk serta tazkiyyah.

Sebagaiman firman Allah Taala yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah memberikan limpah kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutuskan diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah yang mentazkiyyahkan (membersihkan jiwa) mereka, dan mengajar kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah..”
(surah Ali Imran ayat 164)

Ayat itu memberitahu bahawa Allah SWT mengutuskan seorang Rasul adalah selain membacakan ayat-ayat Allah tetapi juga membersihkan hati dan jiwa orang-orang yang beriman.Apabila jiwa manusia bersih dari karat-karat syirik dan munuafiq,kemuncak darinya ialah meningkatkan iman dan tumbuh rasa cinta serta kasih sayang kepada Allah SWT.

Sesungguhnya apa yang disebut dengan “tasauf.,ihsan,suluk dan juga khulwah” itu adalah perkara yang sama,kesemuanya adalah kaedah untuk mentazkiyyahkan hati sehingga keimnan menjadi subur hingga kasih kepada Allah SWT.

Demikianlah keadaan nabi yang beruzlah dan berkhulwah di gua hira’ sebelum menjadi Nabi itu adalah semata-mata untuk menyuburkan rasa cinta terhadapAllah SWT,jesteru suasana karut yang berlaku di sekeliling kehidupan kota Makkah sedikitpun tidak mempengaruhi hati Nabi Muhammad SAW yang tertanam rasa cinta terhadap Allah SWT.

~dipetik daripada buku”Sirah Nabawiyyah” karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~

No comments: