Feb 24, 2008

salam perjuangan
Kita umat Islam bertanggungjawab
memulihkan imej Islam yang sejak akhir-akhir ini telah dilabel sebagai pengganas supaya dijadikan sebab agar mudah umat Islam dipijak-pijak.

Kerana kita miskin segala-galanya termasuk miskin harta,ilmu,sahabat,amal,iman, maka kita dipandang rendah.

Setiap individu umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menaikkan semula imej Islam supaya dihormati, dijadikan pemimpin.

Setiap individu umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menguasai semula bidang teknologi supaya Islam menjadi pemimpin teknologi.

Keagungan dan kebesaran Islam mesti dikembalikan semula dan kita tidak boleh mengharap orang lain menaikkan semula imej tersebut sebaliknya ia bermula dari kita sendiri, individu, masyarakat, negara dan dunia.

Inilah tanggungjawab kita yang bukan hanya dipersoalkan didunia bahkan diakhirat nanti. Apakah peranan kita terhadap agama ALLAH SWT? Itulah yang perlu kita soal kepada diri sendiri setiap hari.

~dcopy paste drpd testimonial Friendster ana~
mbangun bersama islam!

No comments: