Feb 3, 2008

Kempen Taqarrub Ilallah~

Ana sbg salah seorang ahli Biro Tarbiah dan Dakwah usrah di kampus ana,telah diberi taklifat harian yang perlu ana amalkan..Tapi ana merasakan,perlu untuk berkongsi taklifat ini dengan antum semua untuk mendekatkan diri kita kepadaNya dan penyucian rohani kita. Kalau antum nak join,jom! Ana sangat berbesar hati andai antum juga cuba untuk amalkan. Sekecil-kecil tapak tangan, sebesar stadium bukit jalil ana tadahkan,hehe..
Di sini ana listkan taklifat-takifat untuk sama-sama kita amalkan secara istiqamah,demi kekuatan diri kita menghadapi tipuan duaniawi ini..

1) Solat jemaah sekurang-kurangnya 1x sehari
2) Baca Al-quran 1 maqra’ sehari
3) Qiyamullai sekurang-kurangnya 1x seminggu
4) Solat dhuha 3x seminggu
5) Ma’thurat sekurang-kurangnya 1x sehari
6) Zikir 7x50 kali setiap Satu
7) Hafaz surah as-Saff & terjemahan
8) Ziarah sahabat
9) Contact ibu bapa sekurang-kurangnya 1x seminggu
10) Senyum dan beri salam

* Tekunlah beramal dan bermuhadah,cintailah ilmu pengetahuan dan kehidupan akhirat..
Sakitilah nafsumu kerana ia adalah tunggangan syaitan.. Jika ia lemah,maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi merosakkanmu..
Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur,bebankan muatan atasnya dengan ibadah yang khusyu’~
Wallahu’alam

No comments: