Jul 26, 2008

Fitnah Pakaian & Ujian Keimanan

Ada apa pada pakaian dan phiasan seorang wanita? saya kata,pakaian mencerminkan ehwal dalaman dan keperibadian seseorang.kenapa saya kata begitu? kerana sekiranya sebut pasal pakaian,ia tentu ada kaitan dengan soal keimanan..suka untuk saya mengajak anda semua sama-sama bertadabbur dengan surah an-Nur dimana ayat-ayatnya banyak menyentuh soal hukum dan petunjuk-petunjuk Allah bagi manusia,baik yang berhubungan dengan hidup kemasyarakatan mahupun dengan hidup rumah tangga.

Ada sebahagian dari kita berkata:"kenapa perlu memakai pakaian yang longgar-langgar dan tidak tipis?tak best la macam ni,tak up to date la.sekarang biasa jer orang pakai baju body shirt dll. jadi,jangan la jumud sangat!" ok,saya kata,klu nak pakai-pakai lah,tapi ingat, Allah meletakkan sesuatu hukum adalah untuk kemashatan hambanya juga. cuba kita lihat,andai tiada lampu isyarat di jalan raya,macam mana keadaan kita ketika itu? tentu sukar untuk bergerak dan akan mengakibatkan banyak accident kan. jadi dengan adanya lampu isyarat,kita semua akan lebih selamat dan perjalanan akan menjadi lebih lancar. apa yang boleh kita relate kan di sini ialah,Allah meletakkan sesuatu hukum itu adalah sebagai panduan dan petunjuk kita ke arah kebaikan. andai kita tidak mengikut apa yang Allah tetapkan,tentu kemudaratan lah yang akan kita depani.Alhamdulillah, proud to be a muslim!

Dikala ini,sudah ramai orang islam yang menganggap diri mereka telah menutup aurat,tetapi sebenarnya belum,sudah ada kemahuan,tetapi gagal dalam pelaksanaanya. mereka memakai tudung,namun tersilap langkah dalam pemilihan pakaian.pakaian mereka ketat dan tipis.tambahan pula dengan pemilihan tudung yang tidak mengikut syariat Islam.

saidina Aisyah pernah memarahi beberapa orang wanita daripada Bani Tamim yang datang menziarahi beliau dengan pakaian yang sangat nipis.beliau berkata:

kalau kamu orang mukmin,bukan begini pakaiannya orang-orang perempuan mukmin itu


pada waktu lain pula,beliau pernah menegur seorang pengantin baru dengan berkata:

perempuan yang memakai kain tudung seperti ini(singkat dan tipis) bererti tidak beriman dengan surah an-nur


Demikianlah tegasnya pendirian seorang mujahidah solehah terhadap pakaian wanita muslim. beliau sangat-sangat mementingkan soal aurat dimana suatu ketika dulu,beliau merupakan tempat rujukan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Jesteru itu,marilah saudara-saudara seislamku sekalian,sama-sama kita memperbaiki segala kekurangan diri kita. kita semua masih belum terlambat untuk menjadi seorang 'abyd' yang disayangi oleh Allah subhanahu wa ta'ala..

Wallahu'alam..

*idea untuk menulis artikel ini dilontarkan selepas penulis membaca majalah Anis,pedoman wanita solehah..hehe=)

No comments: