Aug 1, 2008

Mid Term Break=)

   Alhamdulillah..hari ni aku dah abes menduduki exam utk paper BMW,akidah dan nahu.. rasa seronok sangat walaupun pada hakikatnya masih ada 1 paper lagi yang perlu aku ambil selepas mid term break selama seminggu..tapi takper, janji boleh relax-relaxkan minda sikit untuk beberapa hari ni..hehe.

  K la,bila dah kata cuti tu,tentulah nak balik rumah..dan bila balik rumah,tentulah macam-macam yang hendak di buat dan dirancangkan.. insyaAllah,sepanjang seminggu aku berada di rumah,aku akan  abeskan cuti aku dengan perkara yang berfaedah tanpa melepaskan peluang keemasanku yang jarang-jarang datang ni,,(cewah,macam la tak selalu balik rumah sebelum ni! huhu..)

  Ok..berikut adalah perkara yang perlu aku buat sepanjang berada di rumah. erm, aku listkan yer walaupun tak penting sangat pun!

  1. hafaz surah al-Imran sebab ustaz nak tasmik lepas cuti ni.
  2. siapkan assignment akidah untuk ustaz yang suka senyum dan cool kalau pelajar lewat ke kelas=)
  3. study pelajaran al-Quran kerana aku ada exam lepas cuti.
  4. check kesihatan diri di hospital. 

   suka utk aku highlightkan tentang kesihatan diri tu..aku memerlukan doa dari korang semua(cheh,macam la ramai sangat yang ziarah blog ni!hehe).. sebab aku dapati terdapat satu ketumbuhan di bahagian badanku..kalau x silap lebih kurang 2 inci jugak la kot ketika check di klinik care 4 me.. then,doktor comei tu suruh aku buat scan di hospital..jadi cuti ni lah masa yang paling sesuai untuk merungkai segala misteri nusantara dan kerisauan hati ini.. actually,aku ada espect 1 penyakit,tp takut untuk ku katakan.. yang penting tunggu dan lihat keputusannya nanti.harapanku, ianya tidak lah seserius mana.. huh,tapi kalau buat operation,tentu seminggu jugak kot berada di hospital.jadi macam mana dengan perancangan-perancangan yang ku listkan? macam man dengan kegembiraan cutiku?? itulah yang menjadi kemusykilan aku sekarang.. anyway.aku akn terima apa sahaja keputusan dengan hati yang terbuka,insyaAllah..mana mungkin aku tidak mahu menerimanya andai aku kata bahawa aku beriman dengan qada dan qadar Allah taala?

   Akhir kata,senang je aku listkan perancangan-perancangan cutiku ini. namun begitu,adakah aku dah list kan perancangan-perancangan yang sangat penting untuk persediaan di "sana" nanti?? wa fil amsilah:

  1. amalan dah cukup ker?
  2. hutang semua dah jelaskan ker walaupun 1 sen?
  3. semua amalan dah di terima ke?
  4. macam mana dengan timbangan dosa dan pahala?

   Allahu Akbar!!! betapa kerdilnya diriku dihadapanMu..

wallahu'alam

   

No comments: