Aug 6, 2008

PEMILIHAN KAWAN


Saya mempunyai kawan,anda juga mempunyai kawan. 

Saya mempunyai teman,anda juga mempunyai teman.
Saya mempunyai sahabat,anda juga mempunyai sahabat.
Dalam erti kata lain,kita semua sama sahaja,tiada beza! 

Saya menganggap,anda semua adalah sahabat saya,saudara saya,kerana kita semua adalah saudara seislam. Kita semua hidup diatas jalan yang sama yakni pengabdian kepada Allah sebagaimana firman Allah Taala:

"وما خلقت الجن والانس ﺇلا ليعبدون"
“tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”

insyaAllah,saya akan menganggap anda semua adalah sahabat saya selagi mana anda tidak membawa saya kepada kekufuran. Saya juga tidak akan membezakan sama ada saya kenal anda atau tidak kerana kita adalah saudara seislam. Namun begitu,perlu untuk saya tegaskan disini bahawa bukan semua manusia patut dijadikan sahabat sebagaimana sabda Rasulullah saw: 

"المرْ على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالْْلْ "
Maksudnya: seseorang itu atas agama(perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.

Begitu juga sebagaimana firman Allah didalam surah al-Kahfi: ayat 28 yang membawa maksud:

“Dan janganlah engkau menurut orang yang telah kami lalaikan hatinya dari mengingati kami,lalu ia mengikut hawa nafsunya”

Berdasarkan buku “Bimbingan Mukminin” hasil karya Imam Al-Ghazali,‘Alqamah berpesan kepada puteranya:wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau memilih yang sifatnya seperti berikut:
 
1) Jika engkau membuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu.
2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,ia akan membalas baik persahabatan itu. 
3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,dia akan membantumu.
4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5) Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu,dia akan menghargai atau menyambut kebaikanmu.
6) Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,dia akan menutupnya.
7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,dia akan mengusahakannya.
8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),dia akan menanyakan kesusahanmu.
9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,dia akan meringankan kesusahanmu.
10) Jika engkau berkata kepadanya,nescahaya dia akan membenarkanmu.
11) jika engkau merancangkan sesuatu,nescahaya dia akn membantumu.
12) Jika kamu berdua berselisih faham, nescahaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
# demikian pesanan ‘alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.

  Sesungguhnya memilih sahabat yang mementingkan hal keduniaan dan buruk akhlaknya, adalah seperti meminum racun yang membinasakan kerana tabiat manusia itu memang sentiasa terpengaruh untuk meniru dan mengikut sikap kawan. Sekiranya kita berdampingan dengan kawan yang buruk akhlaknya,nescahaya akan terbentuklah akhlak buruk dalam diri kita,begitu juga sebaliknya…

Wallahu’alam

No comments: