Aug 7, 2008

Tak der apa-apa pun

 
Mama,baba,sherah demam, selsema dan sakit tekak la..macam mana nk buat operation sakgi? Takut la pulak..mungkin demam sebab terkejut nak kena operation kot,,ehe..! then,baba pun call Larut Medical Center whether blh x operate since aku demam.. nurse yang menjawab tu kata,xper,boleh..Namun begitu, kerisauan masih juga berbekas dihati mama baba..

Kami bertolak ke sana dalam pukul 10.10am walaupun masa appointment nya pukul 10 am..ehe,jam melayu la katakan.. tapi kelewatan kami tidaklah menjadi masalah kerana operation ku start pada pukul 1130 am..mungkin untuk menunggu kesarasian badanku setelah seorang nurse mencucukku sebagai penahan sakit.

Apabila tiba waktu operation, nurse membawaku ke bilik operation. Aku ke sana dalam keadaan terhuyung-hayang dan pening kepala,mungkin disebabkan ketika itu aku demam dan kesan cucuk tadi. Apabila tiba waktu kemuncaknya,yakni waktu operation, aku menyuruh Doktor Fong yang memang terkenal sebagai pakar surgery untuk membiusku seluruh bahagian badan..bukan hanya separuh badan seperti yang dia terangkan kepadaku sebelum ini kerana mungkin aku lemah semangat ketika tu.Sebenarnya sebelum ni setuju juga andai dia membiusku separuh badan coz boleh juga tengok cara-cara doctor tu membedahku! Baru la merasa ada pengalaman kena bedah sikit..Huhu..berani sangat la ketika itu..tengok-tengok lain pula jadinya!

Tapi bila difikirkan balik, aku patut bersyukur kalau Doktor Fong tu bius separuh badan sebab sekiranya aku berada di negara-negara yang sedang berperang seperti Pakistan,Afganistan, Iraq, Bosnia dll sudah tentu mereka berada didalam keadaan kekurangan.. mereka di operate dalam keadaan tiada ubat bius,kekurangan ubat tahan sakit dll lagi. Allahu Akbar! Aku yang hanya diuji dengan sedikit ujian sahaja sudah mudah mengeluh dan tidak tahan,macam mana dengan mereka?

Bagi aku,doktor Fong sangat bagus kerana dia memahami dan menghormati diriku sebagai seorang perempuan.. Alhamdulillah. Act,terkilan juga kerana bukan doctor perempuan yang merawat,tetapi apakan daya,doctor perempuan tidak ada. Berdasarkan pengalaman,di Taping Medical Centre pun doctor laki juga,kerana adikku Norehan pernah kena operate di sana. Jadi la budda(tidak dapat tidak/mesti) doctor lelakilah yang merawat aku..

Haha,sedar-sedar dari operation aku sudah ada di bilik wad dalam keadaan pening dan mengantuk yang amat sangat. Ketika tu,hanya mama sahaja yang ada kerana baba pergi amik kakakku Naimah di rumah.hehe,terpinga-pinga juga la ketika tu.. sebab memang tak sedar apa-apa. Selepas beberapa jam,aku dibenarkan balik dan berehat di rumah..Alhamdulillah kerana semuanya selamat..=)

• Terima kasih mama baba,kerana banyak bekorban masa dan wang ringgit untuk pembedahan sherah..
• Kakakku Naimah dan adikku Norehan syukran banyak-banyak kerana tolong menghidangkan makanan dan minuman kepada saudara-mara yang datang melihat keadaan sherah.hehe,Tq yer sebab datang walaupun ini hanyalah pembedahan kecil.. xdelah bahaya mana pun..Hehe.malu la plk!
• Sahabat-sahabat seperjuanganku,syukran kerana menelefon dan menghantar mesej untuk memberikan kata-kata semangat dan bertanya keadaanku..Ukhwah itu indah sekiranya semuanya keranaNya. =)
• Doktor Fong dan Nurse-nurse yang memang kesemuanya sudah terlatih..tochai2..

Argh..masa untuk berpantang!

No comments: