Nov 17, 2008

Muhasabah

mama dan baba selalu ingatkan kami supaya bersyukur dengan apa yang ada. jangan dilihat pada orang yang lebih senang daripada kita,tapi lihatlah pada orang yang lebih susah daripada kita. ya.. aku akan ingat pesanan ini dan sekarang dalam proses mencuba untuk menerima seadaanya.

sebagai contoh,raya baru-baru ini, baju raya aku juz sepasang sahaja sekiranya nak dibandingkan dengan adik beradik yang lain dimana baju raya mereka lebih daripada 3 pasang. aku tak kisah kerana apabila aku hidup berjemaah di universiti dan selalu mengikuti program,banyak pengajaran yang aku dapat. tapi mungkin disebabkan baju aku yang banyak sehingga tak terpakai menyebabkan aku berbuat demikian kot..ntah la..hanya aku yang tahu..

tapi apa yang pasti, aku sungguh terkesan hati apabila membaca didada akhbar mengenai kisah rakyat palestin. apabila tibanya musim perayaan, ketika kita semua kalut-kalut untuk membeli, membuat dan menempah baju raya,mereka tidak membuat demikian.. mereka tidak membuat, menempah,membeli apatah lagi memakai baju baru,tetapi mereka saling menukar baju untuk anak-anak mereka dengan jiran mereka.kerana apa? kerana mereka mahukan anak-anak mereka merasa memakai baju baru walaupun pada hakikatnya itu bukanlah baju baru. boleh kita katakan disini,kalu kita nak tengok sistem bater,bolehlah kita pergi ke sana. Allahu Akbar! sedih bangat.!

aku terkesan lagi pabila pergi menziarahi kenalan baba,mama dan kenalan kami. ada diantara mereka yang hidup serba kekurangan! sebagai contoh, ketika aku pergi menziarahi salah seorang kenalan kakakku naimah bersama mama dan baba.. apabila melihat keadaan rumah yang agak uzur,kita semua boleh menafsirkan keadaan mereka. apabila mengenangkan ayahnya yang kurang jelas penglihatannya dan sudah tidak boleh bekerja,menambahkan lagi keyakinan aku.tambahan pula, tetamu yang datang hanyalah duduk diluar berlantaikan tikar.apatah lagi secara kebetulan, apabila saudara-mara beliau datang menziarahi dan mahu beransur,ayahnya tidak memberikan duit raya kepada kanak-kanak. can u imagine it?

ketika didalam perjalanan pulang,baba menceritakan kepada kami bahawa ketika kawan kakakku hendak melanjutkan pelajaran ke menara gading, ayahnya telah meminjam wang lebih kurang rm400 daripada saudaranya untuk perbelanjaan anaknya.huh,cuba korang bayangkan duit sejumlah itu tiada didalam tangan. Allahu akbar! menitiskan air mataku.! (tapi pandai2 lah aku cover supaya diorang semua x nampak..huhu). kenapa tiba-tiba jer aku menitiskan air mata? kerana aku terlampau emosional kah? tepuk dada,tanya aku..

itulah,hidup serba kesusahan adalah tarbiyah dr Allah.. hidup senang juga tarbiyyah..
tapi apa yang penting macam mana kita menghadapi pentarbiyyahan tersebut.. adakah kita menghadapinya dengan penuh keimanan atau sebaliknnya?

kadang-kala aku sendiri hampir tewas dan tertewas dek nafsu yang tidak puas-puas.. nak beli itu,nak beli ini.. macam mana ni wahai diri? *masa untuk muhasabah*

~sekadar renungan bersama~

wassalam...

No comments: