Nov 18, 2008

critical thinking yg meng"critical"kan pemikiranku~

tadi aku baru sahaja balik dari kelas critical thinking.. adui,pening kepala la jugak dalam kelas tu.. pelbagai persoalan dan masalah yang beliau timbulkan sehingga sedikit sebanyak aku tidak dapat menerima pendapat beliau.. mungkin di sebabkan beliau adalah seorang salafi dan sedikit sebanyak pendapatnya bercanggah dengan pendapatku.. tapi insyaAllah aku perlu terima segalanya dengan hati terbuka kerana itu hanyalah masalah khilafiah..~

ketika sesi pembelajaran sedang dijalankan, terdengar bacaan al-Quran berkumandang di udara menandakan hampir masuk waktu solat fardhu 'asar. then,beliau pun mengatakan bahawa beliau akan tersentak walaupun pada perkara kecil dan ianya secara tidak langsung berkaitan dengan critical thinking jugalah.. beliau memulakan hujah beliau dengan memberi contoh sekiranya masjid menguatkan bacaan al-Quran sehingga orang sekeliling dengar dan di situ juga terdapat penduduk yang terdiri daripada orang kristian dan bukan orang Islam, tentu ia akan mengganggu hidup mereka.. sekiranya kita berada ditempat mereka, yakni orang kristian menguatkan doa mereka di gereja barangkali, kita tentulah akan terganggu.. aduh, semua sahabat2 seperjuangan didalam kelasku diam termasuklah diriku.. kami tidak tahu apa yang patut dikatakan..* diam tandanya setuju* ( tapi aku kurang setuju.)

kemudian azan berkumandang, tiba-tiba terdetik di hatiku,sakgi tentu beliau akan membangkitkan hal berkaitan angkat tangan apabila membaca doa.. ha! memang tepat jangkaanku. beliau mengatakan sekiranya kita tak angkat tangan adakah doa kita tidak dimakbulkan?

seterusnya, beliau mengemukakan persoalan dimana didalam mazhab syafi'ie,mengapa ayah yang perlu menjadi wali kepada anak perempuannya apabila berkahwin? memanglah ar-rijal qawwamun 'ala nisa'.. tapi sedangkan ibu yang melahirkan anak tersebut.. ada hadis yang memuliakan mak sebanyak 3x kemudian barulah ayah. beliau juga ada menyebut,menurut mazhab maliki(kalau tidak silap aku)membenarkan sesiapa sahaja menjadi wali kepada anaknya.. aduh,memang memerlukan critical thinking sungguh perkara ni..Allahu Akbar.. aku sungguh kesal kerana aku tidak dapat memberikan pendapat tentang perkara tersebut.. ceteknya ilmu aku..!

ha, ada lagi, berdasarkan kes tangkap khalwat Norman hakim bersama sapa ntah ana xingat, beliau mengemukakan persoalan mengapa perlunya pencegah maksiat pergi mencari kesalahan mereka.. yang membuka pintunya perempuan tersebut, then, pencegah maksiat masuk dan mencari2 norman hakim didalam bilik.. tajassus namanya tu.. kemudian pihak media mewawarkan kes tersebut ke masyarakat umum( beliau tdk setuju..ana juga kurang setuju gak)..beliau mengemukakan hadis yang mafhumnya" sesiapa yang menyembunyikan keaiban muslim,Allah akan menyembunyikan keaibannya di akhirat". kemudian beliau mengemukan contoh, mengapa pihak pencegah maksiat tidak menagkap pelakon didalam televisyen yang secara terang-terang berpelukan dan mendedahkan aurat. mengapa juga mereka tidak mencegah dan menagkap orang2 islam yang pergi ke disko di malam hari??? benda yang nampak di depan mata tak nak tangkap, sedangkan benda yang tidak nampak itulah yang nak di carinya..
aduh, sebenarnya nak jer aku angkat tangan mengemukakan pendapat aku.. tapi mungkin disebabkan tiada keyakinan kot( sebab xda seorang pun yang argue..jadi,aku pn terikut sama..) =(..

aduh.. sakit kepala juga ni.. bukan marahkan beliau,tetapi marahkan diri sendiri kerana kurang yakin dengan diri n kurangnya ilmu untuk memberikan jawapan dan mengemukan pendapat sendiri..

* maaf sekiranya aku yang khilaf didalam memahami, tetapi persoalan2 beginilah yang akan aku hadapi dalam sem ni..*

tema hari ini: perkasakan ilmu didada..~

No comments: