Sep 3, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Pejam celik pejam celik,bulan Ramadhan menjelma lagi.. Tak sangka pantas sungguh masa berlalu tanpa saya sedari.. Terasa baru semalam sahaja saya berpuasa. Namun begitu,inilah saat yang paling dinanti-nantikan kerana bulan ini adalah bulan terbaik untuk melakukan amal ibadah disamping 1001 keistimewaan yang ada pada bulan ini. Bukanlah maksud saya bulan lain tidak istimewa,tetapi Ramadhan mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana,sekiranya kita melakukan ibadah yang sunat,kita akan mendapat ganjaran pahala yang fardhu,dan kalau kita mengerjakan ibadah yang fardhu,pahalanya bersamaan dengan ibadah 70 fardhu pada bulan lain.!

Wah,siapa yang tak nak kan? Kalau ditanya,pasti semua orang nakkan ganjaran pahala yang sedemikian rupa. Hanya orang yang tidak tahu berfikir sahaja yang akan melepaskan peluang sebegini. Tetapi apa yang sedihnya, saya perlulah menerima hakikat diri bahawa umur saya semakin meningkat.kubur kata datang,dunia kata pergi..huhu,dah la sekarang pun dah dikatakan matured, masa akan datang lagi bertambah matured la saya ek..? huh.

Erm,berbalik kepada puasa ni,suka untuk saya mengajak anda semua merenung ayat Al-quran daripada surah al-Baqarah yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertakwa.

Melalui ayat ni dapatlah kita simpulkan bahawa matlamat atau objektif kita berpuasa ialah taqwa kepada Allah. Apa yang dimaksudkan dengan taqwa itu? Taqwa ialah kita menghampirkan diri kepadaNya, menjaga diri daripada perkara yang mendatangkan murka Allah dan azabnya,serta melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Jadi,untuk mencapai tujuan tersebut,Allah telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 fasa sebagaimana yang disebut didalam hadis Nabi saw:

"أوله رحمه وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار"

Maksudnya: Awalnya(Ramadhan) adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan dan pengakhirannya adalah selamat daripada api Neraka.

Oleh itu sahabat2,rebutlah keistimewaan Ramadhan yang banyak ini. Saya tinggalkan post saya kali ini dengan sepotong hadis yang bermaksud:

“Celakalah orang yanag masuk ke dalam bulan Ramadhan membawa dosa, dan keluar bersama dosa itu juga.”

Allahu taa’la a’lam..

No comments: