Sep 7, 2008

PJ vs NILAI

Ramadhan kali ini,agak berbeza sikit bagi aku.. Apa yang berbezanya tu ek?? Erm,sbb berpuasa di tempat baru kah? Mungkin juga kot.. kalau di matrik UIA PJ tahun lepas,aku susah untuk merasa nasi ketika sahur,dan seingat aku, memang tak pernah pon,melainkan bila balik umah.. hehe,sian jugak bila parent aku dengar..act,aku dan roommates 3 orang yang sememangnya sekepala hanya makan roti sahaja ketika sahur. Huhu,malas nak turun café la katakan..maklumlah, bila nak turun,macam2 yang perlu dipersiapkan..

Sekarang berpuasa di tempat baru..tempat yang terkenal dengan destinasi membeli baju kot..hehe,mana lagi kalau bukan di Nilai. Disini lain pula keadaannya.. kejutan budaya kerana duduk di kawasan pedalaman,hehe.. kejutan sebab perlu berkongsi bilik seramai 20 orang..macam kembali ke zaman muda-muda @ nostalgia lama pulak..zaman persekolahan dulu,di mana dulu ketika di asrama memang duduk dalam dorm..sekarang dah masuk zaman universiti pun lebih kurang sama sahaja keadaanya..

Tapi itu lah,di sebalik kesusahan dan ketidaksukaan,insyaAllah,ada rahmat disebalik semuanya..

Seperti sekarang,aku tidak perlu lagi kebuluran nak makan nasi ketika sahur kerana roommates ku semuanya pandai memasak.. kami curi2 bawa rice cooker.hehe,kalau diketahui fellow,habes la kitorang..dah la bilik aku ni paling ramai AJK hisbah..presiden, head com dakwah dan head com akademik semuanya ditakdirkan duduk di dalam kotak yang sama..mereka tidaklah skema sangat.huhu.tapi kalau kantoi,mampus la kami!! Tentu diberi memo perletakan jawatan dalam masa 24 jam..huhu, semuanya x boleh diharapkan..!! tapi berdasarkan pendapat tak berguna aku,x per la kot nak langgar disiplin sat,bulan puasa,bagi la kelonggaran sikit ek..!! hihi..


Sharing is caring…begitulah yang kurasakan pada bulan puasa ni..kami bergotong royong masak dan berkongsi-kongsi makanan.. ukhwahnya memang terasa…alhamdulillah,berkat pindah ke matrik Nilai la ni.. so lepas ni x blh la nak meluahkan ketidak puasan hati bila berada di sini..hihi.. bila cakap pasal masak ni,aku baru teringat yang aku perlu menunaikan janjiku untuk memasak tomyam waktu berbuka nanti, semuanya dok mengingatkan aku tentang tomyam tu.. well,aku pun x sabar2 nak pergi giant n beli apa yang patut untuk dijadikan ramuan tomyam nanti.. biar diorang rasakan tomyam tidak cukup rasaku..=)

No comments: