Jan 3, 2009

ISRAEL TERUS MENUNJUKKAN TARINGNYA

bismillahirrahmanirrahim..

ISRAEL TERUS MENGGANAS... Kekejaman Israel terus memuncak apabila serangan udara yang dilancarkan sejak minggu lalu mengorbankan lebih ramai orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa. Dalam serangan terbaru Israel di bandar Gaza semalam(2 JAN), seorang komander Hamas, nizar rayyan bersama empat isteri dan lapan anak mereka terkorban (gambar kanan).


keadaan rumah pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan di kem pelarian Jabaliya yang musnah dalam serangan udara tentera Israel yang turut meragut nyawa Nizar dan juga empat isteri serta lapan anaknya, malam kelmarin.


PENDUDUK Palestin meninjau kemusnahan di kediaman pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan (gambar kecil) yang maut bersama empat isteri dan 8 anaknya kerana serangan udara Israel.

..............................................................................................

Sahabat,apa peranan kita sebagai umat Islam???
apakah peranan kita sebagai aktivis dakwah???

ADAKAH KITA HANYA HENDAK MELIHAT SAHAJA KEGANASAN2 YANG DILAKUKAN OLEH ISRAEL SERTA GOLONGAN MURTADDIN DAN MUNAFIQIN YANG BERSAMA MEREKA???

Sekurang2nya sahabat,sama-sama kita lakukan:-
  • solat hajat(rakaat ke-2 qunut nazilah),
  • solat ghaib dan baca alquran berjamaah(al-mulk@taubah@anfal) khas bg memohon kemenangan mujahidin,ksabaran umat Islam dan kehancuran Israel,serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama mereka.

#sahabat,angka terkini syahid lebih daripada 400+cedera 2100..berdoa untuk mereka adalah fardhu ain..sama2 kita laksanakan!!!

cuba kita andaikan kita berada ditempat mereka.. bagaimanakah perasaan kita???


No comments: