Jan 22, 2009

Kelemahan Diri

sebak sungguh dadaku ketika telefon baba n mama untuk memberitahu yang aku tak berpeluang balik ke umah ketika cuti raya cina ni..aku perlu meng"aula"kan apa yang lebih penting daripada yang penting..kena "Takdimul ahammul minal muhim".. tapi alhamdulillah 28hb mama n baba nak datang KL sebab baba ada program kt sana,so moga2 Allah mengizinkan diriku untuk berjumpa dengan mereka..=)

di sini aku terkesan, memang ada hikmahnya aku tak belajar di Mesir.. kalau belajar di sana,mungkin aku tidak boleh setabah kakakku yang hanya pulang setahun atau 2 tahun sekali ke Malaysia.. sekiranya diingat kembali, ketika belajar di Kedah dulu,hampir setiap kali aku telefon baba mama,setiap kali itulah air mataku yang murah ini menitis.. kalau x menitis pun,dari gaya percakakapanku pun mereka dah boleh agak yang aku sedang sebak menahan rindu..huhu,x per la,itu kisah lama..6_^..

yelah, anak mana yang tak seronok kalau dapat jumpa face 2 face dengan family?..dan ibu bapa mana yang tak seronok kalau anak2 balik ke rumah?.. bertambah seronok kalau semuanya dapat berkumpul pada masa yang sama. manisnya ukhwah memang terasa..

tapi aku memang respect pada sahabat2 ku yang tinggal di Sabah Sarawak.. ada juga yang ketika raya aidil fitri pun x balik ke kg..mgkn disebabkan faktor kewangan.. MasyaAllah,tabah sungguh hati mereka..

kalau aku berada di tempat mereka macam mana? adakah aku akan setabah mereka juga..?
huh,aku dah tahu jawapannya.. Ya Allah,lemahnya diri ini..

No comments: