May 5, 2009

1MalaysiaGELITA!

Bersih seru rakyat berpakaian hitam pada 7 Mei

Wan Nordin Wan Yaacob & Irwan Muhammad Zain
Tue | May 05, 09 | 3:24:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda ' 1 Malaysia GELITA'.
Iklan

Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bersih menjelaskan kenapa mereka kali ini memilih warna hitam sebagai warna tema.

Hitam melambangkan protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak.

"Kerajaan BN Perak telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dijadualkan bermula pada 7 Mei melangkaui kuasa speaker V.Sivakumar sungguhpun mahkamah telah menetapkan tarikh 5 dan 6 Mei bagi menentukan kesahihan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar," tegas salah seorang jurucakap Bersih, Wong Chin Huat.

Beliau juga menegaskan segala perkembangangan yang berlaku menunjukkan kebobrokan Najib Razak terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi perlembagaan di Malaysia. Beliau telah mengabaikan pilihan pengundi dengan bertindak tidak berlandaskan perlembagaan dengan merampas kuasa. Pengundi membalasnya dengan keputusan di pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana marjin kemenangan bagi Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meningkat melebihi 2000 undi.

Menurut Chin Huat lagi slogan Najib: '1Malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan' sekarang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

"Adakah slogan '1Autoritarian-dan-Korup Malaysia' menjadi bertambah buruk? Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat didahulukan sekiranya mata rakyat dipaksa pejam,pekak, bisu dan tidak boleh bergerak dengan sekatan media dan seluruh bandaraya? Apakah yang dimaksudkan dengan 'pencapaian diutamakan' sekiranya 'pencapaian' di dalam perihal undang-undang tidak diketahui?

"Marilah kita tunjukkan satu warna � '1MalaysiaGELITA!' Kita tunjukkan padanya satu suara bagi rakyat Malaysia: 'Utamakan Demokrasi!' mari kita cadangkan satu penyelesaian bagi perak: 'Adakan Pilihan Raya Sekarang!'"tambahnya. - mks. _

*jom kita pakat2 pakai baju hitam..tunjukkan tanda protes kita terhadap kerajaan BN di Perak!!! hayya bina..

4 comments:

mhafizuddin mnoor said...

assalamualaikum...

sama2 kita bermunajat kpd Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa...
semoga kerajaan Perak dinaungi Purnama kembali...

ALLAHUAKBAR!!!

mr coklat said...

ameen ya rob!!

Mahbub said...

ya..semestinya bulan purnama yg kita idam2kan.!!
Allah with us..

bfggds said...

Not only do your feet stay Ugg Boots Sale dry but the Thinsulate ultra insulation also ensures greater ease. language learning software It works by trapping air molecules between you and the outside. The more air a material traps in a given space, true religion sale the greater is its insulating value. The microfibers in Thinsulate insulation are far finer than other fibers; they trap more air in less space, which naturally Babyliss Pro 230 makes it a better insulator.