Nov 11, 2008

Sem Baru



Hari ini hari baru..

Hari ini bermulanya azam baru..
Hari ini tinggalkan perangai kurang bagus..

Kerana hari ini bermulanya sem baru yang lebih mencabar sedang menantiku..


Dimulakan dengan langkah bismillahi tawakkaltu 'alALLAH disertai solat hajat,aku berharap sem ini menjadi sem yang terbaik buat diriku sebelum menjejakkan kaki ke main camp as a student di sana dan sekaligus menjadikan sem yang terbaik dari sem-sem sebelumnya..

Sem ini juga merupakan sem yang perlu dipulun lebih kerana contact hour aku adalah 18 jam di mana ia merangkumi 6 core course.. Aduh,sakit jugak tu,kerana sem sebelum ni aku juz ambil 4 core course only n 12 jam contact hour sahaja.. Erm,tapi takper,sebenarnya kalau contact hour 18 jam x per lagi sekiranya nak dibandingkan dengan 1st sem dulu,37 jam lagi tuh!sangat letih!! tapi sekarang alhamdulillah..


Memandangkan sem ini adalah sem last dan azamku adalah azam baru,harapanku aku tidak tergodalah untuk tidur selepas subuh. InsyaAllah,aku boleh buat! kalau di rumah boleh,limaza kt sini tak boleh ek? jadi sekarang adalah masa untuk mengembara mencari sifat istiqamah..=)

Sahabat, ingatkan aku sekiranya aku terlupa, kerana aku seringkali di uji dengan setiap apa yang aku tuturkan atau lebih tepat,apa yang aku nasihatkan.. Kadang kala, perkara tersebut berlaku kembali kepada diriku.. Tapi aku tahu bahawa Allah sentiasa akan menguji hamba-hambanya yang beriman..seperti mana didalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermkasud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;" Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

Wa akhiran,sahabat ana memohon doa dari kalian semua,doakan ana berjaya dunia akhirat yer..!

ّاللهم جعلني من الناجحين في كل امتحان في الدنيا والأخرة~

1 comment:

Anonymous said...

salam shira....
huhhuhhuhhuh byk tu 6 core cos..
KAK TEHA DOAKAN SMOGA SHIRA BRJAYA...
DOAKN KAK TEHA JUGAK K...
HUHHUH
Study molek2...
jangn lagho2
hhahahhahhaha
ni kak teha btol2 nak comment..yg sblom ni shirah yg sroh COMMENT hahhahaha
gurau ja hangpa jagn mara ek..
hehhehehehehehe
good luck k.....